30 October 2017

Azmin MB perli Bajet 2018 tapi dia sendiri hanya penumpang kejayaan Khalid Ibrahim!



1. Selepas sahaja pembentangan Bajet 2018 oleh YAB PM selaku Menteri Kewangan Azmin Ali MB Selangor seperti kebudak-budakan dalam komen Bajet 2018 sambil mengemaskinikan dalam Twitternya. Dia memerli PM dengan Bajet TVET, membanding program TAWAS dengan ADAM50 malah mempertikaikan MyBrain yang kononnya Selangor Brain Bank lebih lama diadakan berbanding apa yang diumumkan PM. Pendek kata PM menirulah Bajet Selangor.

2. Tapi sayang dia mengata orang lain akhirnya tertembak diri sendiri. TVET yang dia kata RM4.5 juta Selangor RM 50juta rupanya dalam Bajet 2018 adalah RM4.9 bilion. Nasib bakal menantu dia Syed Saddiq tu dah padam tweet TVET tu. Kalau tak malulah.  Selangor Bank Brain yang dia banggakan hanyalah dilaksana sekitar 2014 sedangkan MyBrain yang dilaksana KPT sudah dimulakan pada tahun 2010 lagi. Begitu juga program TAWAS yang Azmin katanya dia lebih awal melaksanakannya. Dia lupa TAWAS bukan dia yang laksana tetapi Tan Sri Khalid Ibrahim. Dia hanya penerus sahaja. Nak banding TAWAS untuk selangor wang RM1500 hanya boleh dikeluarkan ketika berumur 18 tahun. ADAM50 terus dapat RM200. Lagipun manfaat semua rakyat Malaysia. 

3. Apa legasi Azmin Ali di Selangor? Dia hanya menumpang kejayaan Khalid Ibrahim saja. Rezab Selangor yang hampir RM4 bilion itupun adalah hasil kerja peninggalan Tan Sri Khalid Ibrahim, Dia MB Selangor 'tukang belanja' hasil kerja orang lain sahaja. Apa dia hendak bangga rezab Selangor, Kerajaan Persekutuan beri peruntukan kepada Majlis Amanah Raya (MARA) setiap tahun pun hampir RM5 bilion sama seperti sebuah negeri. Belanja MARA lebih besarlah dari Selangor. Itu baru sebuah agensi KKLW.


4. Sembang beri pendidikan percuma dan PTPTN. Apa yang dia waris dari Tan Sri Khalid mengenai hutang Unisel pun dia tak dapat selesaikan. Dia bukan sahaja menumpang hasil Tan Sri Khalid dia juga menumpang hutang Tan Sri Khalid. Kes Unisel pun belum selesai yang kini masih dalam siasatan SPRM.


5. Mengenai pemansuhan 4 tol dan dua darinya di Selangor. Azmin sekali lagi 'claim' semua itu usaha dia. Apa dia lupa Selangor sendiri mempunyai pegangan saham dalam konsesi tol pun masih tak mampu menghapuskan mana-mana tol di Selangor sejak PRU 13. Sudah 2 penggal Azmin terus membisu. Ketika ada tol mereka bising ketika tol dimansuhkan mereka terus bising. Apa lagi mereka hendak?


6. Kerajaan BN telah memansuhkan 12 tol sejak 1993. Tun M sebagai PM mansuhkan 1 tol, Paklah 4 dan YAB PM Najib 7 tol termasuk 4 tol dalam Bajet 2018. Tun M yang memerintah 22 tahun kerajaan masih memerlukan lebih 21 tahun untuk memansuh 12 tol. 




1 comment:

  1. Asalamualaikum sahabat seperjuanganku"" sob kalau kerja jadi tkw sangat-sangat lelah" beruntun kalau dapat majikan yang baik.. jangan sampai seperti yang aku alami dulu waktu di singapur. Dapat majikan galak cerewet lagi. salah sedikit kena marah lagi.. tapi aku tidak boleh menyerah demi keluarga yang aku cintai"" yang penting badan ku sehat. kebetulan waktu itu teman ku buka internet di temukan nama mbah Suro beserta dengan nomor Whatsapp nya +6282354640471 di halaman facebook. ternyata beliau orang pintar dan bisa di percaya. awalnya aku sangat takut, penasaran dan takut berdosa sama yang kuasa. tapi apalah boleh buat nasi sudah jadi bubur, aku ceritakan ke adaanku dan dia berikan saran, untuk keluar dari himpitan ekonomi melalui Pesugihan Dana Ghaib ini. Alhamdulillooh bener2 terbukti sama aku. Ku doakan buat sahabat2 seperjuanganku semoga kalian sukses amin...
    Beliau juga bisa bantu orang seperti togel 3D/4D/5D/6D, pelet, penglaris Usaha, dll











































    Asalamualaikum sahabat seperjuanganku"" sob kalau kerja jadi tkw sangat-sangat lelah" beruntun kalau dapat majikan yang baik.. jangan sampai seperti yang aku alami dulu waktu di singapur. Dapat majikan galak cerewet lagi. salah sedikit kena marah lagi.. tapi aku tidak boleh menyerah demi keluarga yang aku cintai"" yang penting badan ku sehat. kebetulan waktu itu teman ku buka internet di temukan nama mbah Suro beserta dengan nomor Whatsapp nya +6282354640471 di halaman facebook. ternyata beliau orang pintar dan bisa di percaya. awalnya aku sangat takut, penasaran dan takut berdosa sama yang kuasa. tapi apalah boleh buat nasi sudah jadi bubur, aku ceritakan ke adaanku dan dia berikan saran, untuk keluar dari himpitan ekonomi melalui Pesugihan Dana Ghaib ini. Alhamdulillooh bener2 terbukti sama aku. Ku doakan buat sahabat2 seperjuanganku semoga kalian sukses amin...
    Beliau juga bisa bantu orang seperti togel 3D/4D/5D/6D, pelet, penglaris Usaha, dll
















    ReplyDelete