07 May 2017

YB Rafizi Ramli buat tuduhan liar tentang Tabung Haji dan SRC lagi



Tuduhan beliau begini:

"Sekitar masa yang sama (Disember 2014), Tabung Haji telah membeli 30% pegangan di dalam syarikat induk Putra Perdana Berhad dan menyuntik sejumlah RM193.5 juta ke dalam Putra Perdana Berhad, yang menimbulkan tanda tanya sama ada sebahagian dari wang RM193.5 juta itulah yang dipindahkan ke akaun SRC (RM170 juta) dan kemudiannya dipindahkan dan ditunaikan oleh Ariffin Ismail Shahul Hameed?"

Dia menuduh bahawa SRC menggunakan wang Tabung Haji untuk membayar balik RM170 juta kepada SRC.

Orang ramai boleh semak bahawa jumlah saham Putrajaya Perdana tidak bertambah dari tahun 2013 ke kini walaupun Tabung Haji sudah ambil-alih kepentingan 30%.