23 April 2017

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa dunia tidak lagi menghormati Malaysia benarkah?


Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa dunia tidak lagi menghormati Malaysia.
Tetapi apa kata kita lihat apa yang berlaku sejak Pilihanraya Umum ke-13.
Jul 2013: Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengadakan lawatan ke Malaysia.
Okt 2013: Perdana Menteri Kanada, Steven Harper melawat Malaysia.
Nov 2013: Presiden China, Xi Jinping tiba di Malaysia bagi lawatan rasmi tiga hari. Tiada Presiden China yang masih menjawat jawatan pernah mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia ketika pentadbiran Dr Mahathir.
Apr 2014: Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama mengadakan lawatan bersejarah ke Malaysia. Presiden Amerika Syarikat pertama yang mengadakan lawatan ke Malaysia selepas 1966. Tiada Presiden Amerika Syarikat pernah mengadakan lawatan ke Malaysia ketika pentadbiran Dr Mahathir.
Oct 2014: Malaysia dipilih sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC). Sebanyak 187 negara dari keseluruhan 192 negara mengundi Malaysia.
Dis 2014: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.
Jul 2015: Perdana Menteri Britain, David Cameron melawat Malaysia.
Nov 2015: Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama mengadakan lawatan ke Malaysia sekali lagi.
Nov 2016: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan lawatan rasmi ke China. Presiden Xi Jinping dan Najib menyaksikan pemeteraian bersejarah bagi pinjaman dan pelaburan bernilai RM144 bilion ke Malaysia.
Nov 2016: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Jepun. Jepun menghadiahkan dua buat bot rondaan penguatkuasaan kepada Malaysia.


Dan bagi tahun 2017 setakat ini:
Jan 2017: The Economist mengunjurkan ekonomi Malaysia akan lebih pesat membangun dan mengekalkan kedudukannya sebagai negara yang mengalami pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ke-8 paling pesat di dunia bagi 2017.
Feb 2017: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud mengunjungi Malaysia dengan nilai pelaburan RM31 bilion. Tiada Raja Arab Saudi pernah mengunjungi Malaysia ketika pentadbiran Dr Mahathir.
Mac 2017: Kementerian Pelancongan mengumumkan Malaysia menerima 26,757,392 pelancong pada 2016 dengan membelanjakan RM82.1 bilion ketika melancong dan ia turut menunjukkan peningkatan 18.8 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2015.
Mac 2017: Malaysia dipilih sebagai negara yang terbaik bagi pelaburan oleh BAR and Young & Rubicam, sebuah firma komunikasi pemasaran antarabangsa.
Mac 2017: Presiden Perancis, Francois Hollande mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia.
Mac 2017: Alibaba, syarikat teknologi terbesar China melantik Malaysia sebagai hub untuk ASEAN
Mac 2017: Laporan Kebahagiaan Sejagat 2017 oleh Jaringan Huraian Pembangunan Lestari (SDSN) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyenaraikan Malaysia sebagai negara keempat paling bahagia. Malaysia menganjak naik lima tangga pada indeks global pada kedudukan ke-42 daripada 155 negara seluruh dunia.
Mac 2017: Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan lawatan rasmi ke India. Perdana Menteri India, Narendra Modi dan Najib menyaksikan pemeteraian perjanjian perniagaan bersejarah bernilai RM157 bilion dengan RM142 bilion adalah bagi projek yang akan dilaksanakan di Malaysia.
Mac 2017: Malaysia Airports melaporkan bagi tiga bulan pertama 2017, jumlah penumpang melonjak naik sebanyak 10.5 peratus manakala penerbangan antarabangsa ke negara bukan Asean meningkat kepada 14.6 peratus berbanding 2016.
Apr 2017: Eksport Malaysia bagi Februari meningkat 26.5 peratus, satu pertumbuhan kukuh bagi tempoh tujuh tahun.
Apr 2017: Putera Mahkota Jepun, Putera Mahkota Naruhito, mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia.
Apr 2017: Bloomberg meletakkan Malaysia di kedudukan negara ke-11 bagi negara yang paling kurang sengsara daripada senarai 65 negara di dunia. Negara maju seperti China, Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Australia, New Zealand adalah lebih sengsara daripada Malaysia.
Apr 2017: Forum Ekononi Dunia (WEF) meletakkan Malaysia dalam senarai 10 negara paling banyak dikunjungi di dunia.
Apr 2017: Malaysia memperbaiki kedudukannya dengan melonjak dua tangga dan kini pasport Malaysia adalah yang ke-4 paling kukuh di dunia, berdasarkan kepada penarafan dibuat Penyenaraian Kuasa Pasport Dunia 2017. Jika Malaysia tidak boleh dipercayai atau dihormati, hanya beberapa negara sahaja akan memberikan status tanpa visa.
Apr 2017: Pasaran saham Malaysia melonjak 7 peratus sejak awal 2017. Peningkatan sebanyak 140 mata daripada 1617 mata pada Disember 2016, kepada 1756 mata pada 21 April 2017 dengan dana asing sebagai pembeli paling aktif.
Berdasarkan senarai di atas, adakah benar apa yang didakwa Dr Mahathir, Malaysia tidak lagi dihormati?
Jika anda masih lagi mahukan butiran lebih terperinci, klik dan baca capaian berikut:

No comments:

Post a Comment