21 April 2017

TOLAK PERUNTUKAN RATUSAN JUTA TAPI MEROYAN PROJEK RM1.5 JUTA DIBATAL!


IRONIS PERUNTUKAN PBT BP 1 DIBATAL MEROYAN, BERI BERATUS JUTA DALAM PELAKSANAAN SISA PEPEJAL DITOLAK!
1. Sejak surat Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Abu Bakar Johar, yang bertarikh 17 Mac didedahkan mengenai pembatalan projek BP1 ( projek berskala kecil PBT) di kawasan bukan Parlimen BN maka meroyanlah pembangkang sejak semalam.



2. Setiap tahun Jabatan Kerajaan Tempatan KPKT membelanjakan peruntukan tidak kurang RM350 juta setahun. JKT banyak memberikan peruntukan kepada PBT bukan setakat peruntukan BP1 ia termasuk Geran Tahunan, SMK, bil elektrik dan lain-lain lagi. Peruntukan BP 1 bagi setiap PBT secara purata setiap PBT dalam RM1.5 juta ke 2.5 juta mengikut kesesuaian PBT. Ini baru satu kementerian belum cerita kementerian lain.
3. Pembatalan projek BP1 di kawasan Bukan BN hanya satu dari penyelarasan peruntukan mengikut keutamaan. Kena difahami peruntukan yang disalurkan kepada PBT secara terus memberi kuasa kepada PBT / Ahli Majlis di kawasan itu bukan lagi kuasa KPKT. Kita percaya ditarikbalik tidak bermakna tidak memberi langsung. Boleh jadi peruntukan yang ada dimasukkan dalam peruntukan YBM bagi memudahkan jika ada permohonan semula secara 'request' dari pemimpin tempatan. Ia satu kaedah saja terpulang kepada Menteri yang melaksanakannya.
4. Tapi sangat ironis ketika kerajaan melaksanakan penswastaan kutipan sisa pepejal melibatkan Alam Flora Sdn Bhd (Zon Tengah), Environment Idaman Sdn Bhd ( Zon Utara) dan SMW Environment Sdn Bhd ( Zon Selatan) apabila Akta Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dilaksanakan tahun 2011 Selangor dan Pulau Pinang memilih tidak mahukannya. Sedangkan kerajaan memberi peruntukan sehingga beratus juta untuk negeri seperti Selangor.
5. Kerajaan Selangor sanggup memberikan peruntukan sendiri kepada Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) memonopoli projek Pengurusan Sisa Pepejal, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor melalui KDEB Waste Management dan Hebat Abadi Sdn Bhd anak syarikat KDEB.
6. Azmin Ali Menteri Besar pun sedar kalau beri terus peruntukan kepada PBT Negeri Selangor dia sendiri tak akan dapat mengawal semua PBT. Jadi bila beri kepada KDEB maka Menteri Besar dapat mengawal semuanya.
7. Jadi bukanlah satu masalah jika menteri KPKT menyelaraskan peruntukan itu menggunakan kuasanya dan beri kepada kawasan mengikut keutamaan. Selebihnya adalah permohonan dan perundingan dengan menteri. Lagipun pembangkang kan punya sumber kewangan yang banyak untuk membuktikan mereka melaksanakan janji-janji mereka apatah lagi kalau negeri Selangor dan Pulau Pinang.

JBJ

No comments:

Post a Comment