07 May 2017

YB Rafizi Ramli buat tuduhan liar tentang Tabung Haji dan SRC lagi



Tuduhan beliau begini:

"Sekitar masa yang sama (Disember 2014), Tabung Haji telah membeli 30% pegangan di dalam syarikat induk Putra Perdana Berhad dan menyuntik sejumlah RM193.5 juta ke dalam Putra Perdana Berhad, yang menimbulkan tanda tanya sama ada sebahagian dari wang RM193.5 juta itulah yang dipindahkan ke akaun SRC (RM170 juta) dan kemudiannya dipindahkan dan ditunaikan oleh Ariffin Ismail Shahul Hameed?"

Dia menuduh bahawa SRC menggunakan wang Tabung Haji untuk membayar balik RM170 juta kepada SRC.

Orang ramai boleh semak bahawa jumlah saham Putrajaya Perdana tidak bertambah dari tahun 2013 ke kini walaupun Tabung Haji sudah ambil-alih kepentingan 30%.

24 April 2017

Kalau Lim Kit Siang Jadi PM- Tun Dr Mahathir




Kata Tun Dr Mahathir jika Lim Kit Siang jadi PM. Paling tidak jika DAP berkuasa kerana mereka mempunyai kerusi terbanyak dalam Pakatan Harapan

23 April 2017

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa dunia tidak lagi menghormati Malaysia benarkah?


Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa dunia tidak lagi menghormati Malaysia.
Tetapi apa kata kita lihat apa yang berlaku sejak Pilihanraya Umum ke-13.
Jul 2013: Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengadakan lawatan ke Malaysia.
Okt 2013: Perdana Menteri Kanada, Steven Harper melawat Malaysia.
Nov 2013: Presiden China, Xi Jinping tiba di Malaysia bagi lawatan rasmi tiga hari. Tiada Presiden China yang masih menjawat jawatan pernah mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia ketika pentadbiran Dr Mahathir.
Apr 2014: Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama mengadakan lawatan bersejarah ke Malaysia. Presiden Amerika Syarikat pertama yang mengadakan lawatan ke Malaysia selepas 1966. Tiada Presiden Amerika Syarikat pernah mengadakan lawatan ke Malaysia ketika pentadbiran Dr Mahathir.
Oct 2014: Malaysia dipilih sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC). Sebanyak 187 negara dari keseluruhan 192 negara mengundi Malaysia.
Dis 2014: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bermain golf dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.
Jul 2015: Perdana Menteri Britain, David Cameron melawat Malaysia.
Nov 2015: Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama mengadakan lawatan ke Malaysia sekali lagi.
Nov 2016: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan lawatan rasmi ke China. Presiden Xi Jinping dan Najib menyaksikan pemeteraian bersejarah bagi pinjaman dan pelaburan bernilai RM144 bilion ke Malaysia.
Nov 2016: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Jepun. Jepun menghadiahkan dua buat bot rondaan penguatkuasaan kepada Malaysia.

21 April 2017

TOLAK PERUNTUKAN RATUSAN JUTA TAPI MEROYAN PROJEK RM1.5 JUTA DIBATAL!


IRONIS PERUNTUKAN PBT BP 1 DIBATAL MEROYAN, BERI BERATUS JUTA DALAM PELAKSANAAN SISA PEPEJAL DITOLAK!
1. Sejak surat Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Abu Bakar Johar, yang bertarikh 17 Mac didedahkan mengenai pembatalan projek BP1 ( projek berskala kecil PBT) di kawasan bukan Parlimen BN maka meroyanlah pembangkang sejak semalam.