09 September 2016

Taman Tugu yang dikatakan taman bukan sekadar taman!


1. RM650 juta untuk mewujudkan Taman Tugu. Pendek kata ia Taman bukan sekadar taman. Rakyat sekarang sedang berfikir ia hanya sebuah taman. Cabaran Khazanah ialah menjelaskan secara mudah kepada rakyat Taman berkos RM650 juta sebagai sesuatu yang logik dan rasional. Apakah ia hanya sekadar beli pokok, tanam pokok, dan landskap. Persepsi rakya taman adalah taman!
2.  Taman ini dipakejkan Meliputi 4 komponen
 i. memelihara dan mengaktifkan taman 
ii. menghubungkan kawasan-kawasan sekitarnya 
iii. pusat pembelajaran dan inovasi, dan
iv. operasi, penyelenggaraan, perkongsian dan pembangunan masyarakat di taman ini sehingga 12 tahun.
3.  Taman Tugu adalah inisiatif tanggungjawab sosial korporat ( CSR) Khazanah dalam mentransformasikan kawasan hutan sekunder di belakang Tugu Negara 66 ekar menjadi taman rimba kota (taman dalam bandar)
4. Kira-kira 15 peratus daripada kos adalah untuk komponen keempat, manakala kos selebihnya akan berpecah kira-kira satu pertiga untuk tiga komponen lain. Kos pokok sahaja adalah kurang daripada 5 peratus. merujuk kepada anggaran kos bagi pemuliharaan daripada 1,000 pokok yang sedia ada di kawasan itu serta pemindahan 5,000 pokok lain. 
5. Bagi menghubungkan kawasan sekitar Taman Tugu juga melibatkan usaha meningkatkan hubungan laluan pejalan kaki antara Taman Tugu dan kawasan sekitarnya termasuk dek utama yang menghubungkan KL Sentral ke Taman Botani Perdana melalui Muzium Negara. 
6. Apakah jenis pokok baru atau diselenggara itu tidaklah dinyatakan. Begitu juga pecahan kos projek setiap 4 komponen itu. Dan rasanya adalah tidak wajar Tan Sri Azman berkata spesifik kontrak secara terperinci tidak boleh didedahkan. RM650 juta bagi taman, landskap, penyelenggaraan sehingga lebih 10 tahun,  komponen ‘connector' dan pembangunan lain disekitar taman sehingga Muzium Negara bukanlah sesuatu yang tidak logik. cuma rakyat mahu tahu apa yang khazanah bina. Rakyat hendak tahun berapa kos selenggara hingga 12 tahun itu... anggaran sebulan malah setahun. 
7. Atau Khazanah hanya "lock" kawasan tanah di situ melalui projek CSR mereka bagi satu perancangan lain yang kita tidak ketahui dimasa depan.