02 March 2016

Kisah Nokia: Belajarlah dari Pengkhianatan!

Ramai yang berkongsi tentang kegagalan Nokia. Malah tidak kurang membandingkannya dengan parti politik.
Siapa yang tidak mengenali brand gadget Nokia? Jenama yang terkenal dengan tagline “connecting people” 14 tahun menguasai pasaran akhirnya hanya dengan USD 7.6 juta Nokia berjaya dijual kepada microsoft. Nokia akan tinggal nama. Malah nama Nokia juga boleh lenyap dengan penggunaan nama "Microsoft Lumia".
Jikapun kelemahan Nokia untuk tidak cepat berubah menghadapi evolusi "handphone" dari Symbian OS menentang perlumbaan Android dan Iphone hakikatnya Nokia juga tidak terlepas dari "pengkhianatan orang dalam". Kegagalan nokia, sebahagian besar disumbang oleh pengurusan tertinggi Nokia.



Stephen Elop adalah bekas Microsoft. Ia adalah CEO pertama Nokia yang bukan dari kumpulan Nokia. 3 tahun memimpin Nokia pendapatan menurun 40 %.Keuntungan menjunam 95% dan harga saham menjunam 60 peratus. Malah Symbian dimatikan pada tahun 2011. MeeGo juga dihentikan pengembangannya kerana dianggap tidak selaras. Kemudian, Nokia memilih Windows Phone. Dan akhirnya nasib Nokia berakhir pada pengambilalihan oleh Microsoft.
Nampak tak peranan pengkhianat meruntuhkan Nokia dari dalam, kemudian secara tak langsung Microsoft dapat membeli syarikat itu dan Stephen Elop kembali ke Microsoft.


Agaknya berapa ramai watak Stephen Elop ini di negara ini? 

JBJ