15 November 2015

SKANDAL YaPEIM Satu lagi koleksi gurauan RAFIZI, AKMAL dan NOW?



1) Kebiasaannya semua program kementerian atau apa yang dirancang agensi/ jabatan/ GLC telah  dibawa dalam mesyuarat pasca kabinet kementerian atau pengurusan kementerian. Terutama penentuan peruntukan atas apa hendak dibelanjakan dan penglibatan menteri.

2) Para pegawai juga memahami Garis Panduan Perbelanjaan secara berhemat bagi mengawal perbelanjaan termasuk lawatan ke luar negara. Malah Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, JPM sentiasa memaklumkan dasar dan pekeliling berhubung Hak- Hak seorang anggota pentadbiran ( Menteri/ Timbalan) semasa menjalankan tugas, perbelanjaan dan kelayakan yang sesuai di dalam dan keluar negara.




3) Kebiasaannya lawatan menteri keluar negara akan dimaklumkan dengan kertas kabinet. Dari segi implikasi perbelanjaan dan pegawai yang terlibat bersamanya. PM dan TPM akan menandatangani kelulusan keluar negara dan Menteri keluar negara pula menamakan Menteri Pemangku semasa ketiadaannya. Penulis hanya membaca kenyataan media Dato Seri Jamil yang berkata dia selaku Menteri di Jabatan Perdana hadir program pada 21 – 29 Mei 2014 adalah bagi memenuhi jemputan program yang dianjurkan oleh agensi-agensi di bawah seliaan Menteri JPM itu terutamanya YaPEIM dengan kerjasama Kedutan Malaysia di Amerika Syarikat dan Education Malaysia (EM) Chicago sempena Mid West Game yang menghimpunkan lebih 1000 orang pelajar daripada Amerika Syarikat dan Kanada di bawah strategi program "Strategi Lautan Biru". Kemungkinan ia disampaikan dalam kertas kabinet sedemikian dengan menggunakan implikasi bajet dari YaPEIM selaku agensi penganjur tanpa perlu menggunakan peruntukan di Jabatan Perdana Menteri. Jika ia Agensi JAKIM maka JAKIMlah yang menanggungnya. Dalam kes ini YaPEIM.

4) Dari segi kelayakan tiket penerbangan yang ditunjukkan dalam bil-bil berkenaan sememangnya kelayakan penerbangan Menteri adalah penerbangan "Kelas Pertama" layak membawa bersama Isteri pergi dan balik selagi program yang melibatkan isteri dikategorikan sebagai #rasmi. Justifikasi perbelanjaan atau bil hanya perlu dirujuk kepada pegawai yang menguruskannya.

5) [Bagi Kelayakan tiket] Ini terpakai juga bagi kelayakan Menteri Bercuti di seberang laut atau cuti gantian yang mana kementerian layak memberi tiket "Kelas Pertama" pada Menteri, Isteri selain tiket untuk dua lagi anak mereka berumur 18 tahun ke bawah. Kos paling jauh diambil kira ialah London pernah ditukar utk Asia Tenggara (Laos) semasa penjimatan. ( Kalau cuti!- ini hujah kelayakan tiket). Sekali lagi justifikasi perbelanjaan atau bil hanya perlu dirujuk kepada pegawai yang menguruskannya.

6) Kesilapan pada bil-bil YaPEIM sama ada sengaja oleh pegawainya atau tidak ialah menulis sesuatu yang sepatutnya Tidak ada, tidak perlu dan tidak wajar seperti Golf dan lain-lain yang boleh memberi persepsi tidak elok. Jika bil-bil demikian tidak rasmi sepatutnya pihak YaPEIM boleh memaklumkan bahaya yuran berkenaan perlu dibayar sendiri Menteri dan pegawai. Ia perkara biasa. Saya percaya pegawai kementerian tidak akan menulis bil sedemikian rupa kerana menjustifikasi bil. Mungkin GLC tiada masalah?

7) Begitu juga dengan keputusan pihak pengurusan YaPEIM yang memilih entiti atau insitusi dibawahnya yang perlu membayar bil berkenaan. Sama ada Institusi milik YaPEIM,  koperasi atau Yayasan sesuai dengan penganjuran bersama secara "Strategi Lautan Biru" itu yang dikatakan melibatkan peserta Skim Anugerah Kecemerlangan Pelajar Nasional (SANTUN) tajaan YaPEIM dan beberapa kumpulan sasaran lain yang berada di seluruh Amerika Syarikat dan Kanada. Jadi menuduh Menteri menyalahgunakan duit anak yatim dan miskin yang diperoleh daripada hasil sumbangan orang ramai itu amatlah berat.

8) Menteri dan YaPEIM atau agensi dibawahnya seharusnya mengambil iktibar dari kebocoran maklumat dan adanya pegawai Musang Berbulu Ayam. Ini sangat tidak bertanggungjawab kerana boleh memberi persepsi buruk pada kerajaan jika maklumat yg dibocorkan tidak tepat.

9) Jadi memandangkan Menteri kata ini tuduhan jahat maka kita tungggulah proses saman itu. Lagipun bagi Rafizi, Akmal dan NOW itu buat pendedahan bil, tidak tarik kenyataan adalah Proses Gurauan mereka selalu sebagaimana Rafizi kata Cincin dulu adalah gurauan. Kalau kalah mahkamah pun Ia hanya menambahkan satu lagi Koleksi Minta Maaf gurauan mereka. Mari kita tunggu! Lalala

Nota: Kebetulan bulan lalu ada rombakan besar-besaran YaPEIM. Sebahagiannya ada yang marah-marah. Agak-agak siapa bocorkan dokumen?

Hari ini katanya Menteri akan membuat laporan kepada PDRM. Menarik


JJ
15 Nov 2015