09 August 2015

RM2.6 billion untuk sekat IS?


PENJELASAN USTAZ DR FATHUL BARI MAT JAHYA
1) Gambar  diambil ketika saya merasmikan Persidangan Pemuda UMNO Bahagian Ketereh, Kelantan pd 7 Ogos 2015.
2) Ucapan perasmian saya menyentuh soal bahaya fitnah di akhir zaman. Saya mengulas panjang hadis Hudzaifah bin al-Yaman ttg fitnah, sejarah perpecahan dalam Islam, peperangan siffin&jamal, kaedah berhadapan dengan fitnah etc. Nampaknya tiada satupun di"quote" oleh media. Subhanallah. Demikian juga statement saya tidak dinyatakan secara sempurna.
3) Soalan saya: Siapa yg tahu duit tersebut dari siapa dan untuk apa? Jika tahu, sila nyatakan bukti dan penjelasan tuntas tentangnya. Bukan sekadar persepsi & nukilan dari internet yg tidak diketahui keshahihannya. Jika tidak tahu, rujuklah kepada pemilik akaun. Setakat ini, maklumat dari SPRM bahawa wang tersebut adalah derma/donation. Cuma, utk tujuan apa derma tersebut? Saya sendiri tidak tahu. Di luar sana pelbagai andaian muncul. Ada yang kata itu dana politik, CSR dan ada juga pihak menyatakan bahawa antara kemungkinan kegunaan wang tersebut adalah bertujuan utk sekat IS&Syiah. Sepertimana Saudi berikan USD100million utk UN bagi tujuan yg sama. Statement SEBENAR saya merujuk kepada KEMUNGKINAN bukan KEPASTIAN.
4) SPRM telah mengesahkan bahawa wang itu bukan wang 1MDB dan SPRM juga mengesahkan bahawa wang tersebut wang derma.
5) Yang sedang disiasat adalah proses aliran wang tersebut masuk dan keluar. Adakah menyelisihi undang-undang atau tidak. Hal ini dalam siasatan. Jadi, jika tuan-puan bukan panel PAC @ SPRM @ PDRM @ MACC @ BANK NEGARA, lebih baik tunggu siasatan. Tak payah buat olahan seperti pakar. Ia hanya menonjolkan ketidakmatangan dalam berhujjah.

Wallaahua'lam.

Belum terlambat buang pegawai Musang berbulu Ayam!