13 May 2015

Rombak kabinet PM nafi siapa dalang?

Selepas Mesyuarat MT UMNO dan sambutan kelahiran UMNO 11 Mei tersebar desas desus mengenai rombakan kabinet Malaysia dalam media sosial.

Senarai yang dikesan tersebar sejak semalam mendakwa antara menteri yang akan digugurkan ialah Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Datuk Seri Anifah Aman, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Seri Idris Jala and Datuk Seri Shahidan Kassim.

Selain itu, itu antara lainnya mendakwa Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan akan dilantik menjadi menteri penerangan Datuk Bung Moktar Radin akan menjadi menteri di kementerian perumahan dan kerajaan tempatan.
Begitu juga nama-nama baru seperti Irmohizam, Asyraf, Nordin Kardi, Johari Abdul Ghani, Azeez Rahim, Bung Mukhtar dan Azwan Bro. 
macam-macam
Panas yang membahang menjadikan desas desus menjadi Viral dan akhirnya Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan media menafikan khabar angin itu.
Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan dakwaan di media sosial bahawa 7 orang menteri akan digugurkan dari Kabinet dalam rombakan baru.











No comments:

Post a Comment