16 May 2015

Rohingya yang ditangisi, Mufti Perlis pula sindir kerajaan

Rohingya Yang Ditangisi



Maksud pelarian

1. Konvensyen Geneva 1951 berkaitan dengan Status Pelarian, seseorang pelarian merupakan seorang yang berada di luar negara asalnya, mempunyai perasaan takut yang berasas atas sebab- sebab bangsa, agama, kewarganegaraan, pandangan politik atau keahlian dalam sesuatu kumpulan social, dan disebabkan perasaan takut tersebut, mereka tidak dapat atau tidak sanggup mendapatkan perlindungan negara itu.

2. Walau bagaimanapun Kerajaan Malaysia bukan pihak kepada konvensyen antarabangsa yang mengiktiraf dan melindungi pelarian (1951 Konvensyen Geneva Berkaitan dengan Status Pelarian). Ini bermakna bahawa semasa pelarian berada di Malaysia mereka tidak akan diiktiraf sebagai seorang pemastautin yang sah di sisi undang-undang.


3. Seperti laporan UNHCR setakat Februari 2015, sudah ada 141,570 orang pelarian UNHCR dari Myanmar saja di negara kita. Ini meliputi 49,800 etnik Chins, 45,170 etnik Rohingyas, 12,340 Myanmar Muslims, 7,320 Rakhines & Arakanese yang kesemuanya adalah pelarian berdaftar UNHCR dari Myanmar. 

4. Apabila berdaftar dengan UNHCR mereka diiktiraf sebagai pelarian dan akan menerima kad pelarian menggantikan sijil pemohon suaka dan UNHCR akan cuba untuk mengenalpasti penyelesaian jangka lama. UNHCR mengiktiraf tiga penyelesaian jangkalama kepada pelarian: penghantaran pulang secara sukarela, integrasi tempatan dan penempatan semula.

i) Penghantaran Pulang secara sukarela. 

Apabila pelarian secara rela dan selamat dapat pulang ke negara asalnya . UNHCR mungkin boleh membantu mereka jika ingin pulang ke negara asal.

ii) Integrasi Tempatan 

Integrasi Tempatan adalah apabila seorang pelarian telah dibenarkan oleh negara suaka untuk menetap secara sah di negara tersebut dan dapat menikmati sama kebanyakan hak warganegara dan adalah di bawah perlindungan negara suaka.

iii) Penempatan Semula

Penempatan semula adalah apabila seorang pelarian meniggalkan negara suaka dan menempat semula di negara lain yang bersetuju bahawa mereka adalah pelarian serta memberi mereka status pemastautin tetap di negara itu secara sah. Penempatan semula bukan hak. UNHCR tidak ada kewajipan di sisi undang-undang untuk menghantar mereka. 

5. Isu pelarian Rohingya mesti diselesaikan secara diplomatik negara dengan Myanmar juga negara-negara Asean serta Negara lain terlibat seperti Bangladesh.

6. Ia bukan sekadar pandangan simpati, emosi, kemanusiaan tetapi berasaskan fakta yang berlaku. Kesan jangka pendek dan panjang.

7. Etnik Rohingya bukanlah tidak ada di Malaysia yang menjadi warganegara atau penduduk tetap. Di bawah kad UNHCR pun 45,170 orang seperti dilaporkan. 

8. Baru -baru ini didapati lebih 1000 Warga myanmar dan Bangladesh mendarat di Langkawi. Di laporkan ada 8000 orang lagi sedang berada di lautan untuk sampai ke Malaysia dan Indonesia. 

9. Yang sampai di daratan telah diberikan makanan serta tempat tinggal malah kemudahan kesihatan. DiIaporkan Mercy dan ATM ( mindef) menghantar bantuan makanan serta sumbangan korporat Mydin lebih 800k begitu juga sumbangan NGO lain. 



10. Berdasarkan itu Apakah Malaysia tidak membantu sebagaimana sindiran mufti Perlis?

11. Ke Mufti Perlis mahu mencadangkan Perlis sebagai tempat penempatan sementara Rohingya yang dah sampai atau bakal sampai?

12. Atau jika diplomatik negara sudah tidak mampu sebagaimana fikiran mufti Perlis maka kita daftarkan sahajalah 8000 atau lebih yang bakal sampai di daratan untuk kad UNHCR. Dan kita uruskan secara penyelesaian jangka lama 3 perkara seperti disebut di atas.  

13. Bukankah sebagai Mufti elok dia mencadangkan selain faktor rezeki tetapi solusi tempat dan tentulah barangkali Negeri Perlis amat sesuai pada pandangannya untuk tujuan kemanusiaan itu!

14. Mengapa hal kemanusiaan dan diplomatik perlu diulas dengan hal-hal yang tiada kaitan seperti IMDB & MH370? 

15. Ulaslah berfakta dan wajar bukan emosi yang dibayangi persepsi. Negara Asean mesti menyelesaikan masalah ini bersama. Seperti kata PM, isu Rohingya bukan setakat isu ASEAN tetapi kemanusiaan sejagat. Beri peluang kepada pihak berkuasa menyelesaikan.

JBJ. 

No comments:

Post a Comment