10 May 2015

Rakyat Alergik dengan IMDB?




1. Kemelut IMDB yang masih dalam penyiasatan Jabatan Audit Negara nampaknya menjadi ‘alergik” kepada rakyat. Apa sahaja urusan yang berkaitan dengan IMDB dianggap sebagai salah dan jijik. Memandangkan asakan Tun M serta siasatan yang belum selesai jawapan YAB PM sebelum ini dalam wawancara TV3 masih belum dianggap sebagai jawapan.

2. Alergik rakyat nampaknya terbawa-bawa dalam kempen PRK Rompin dan Permatang Pauh.  Eksploitasi oleh pembangkang menjadi antara punca kekalahan BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh dan pengurangan undi majoriti di Rompin.

3. Kini seperti dirancang GLC Melayu Islam seperti Lembaga Tabung Haji pula diserang hanya kerana penjualan sebidang tanah IMDB bernilai RM188.5 juta di Tun Razak Exchange (TRX) kepada Tabung Haji (TH) yang menyebabkan kerajaan dituduh “bail out” IMDB. TRX seluas 70 ekar dibeli oleh 1MDB dengan harga RM194.1 million untuk 70 ekar. Sekarang Tabung Haji membeli satu setengah ekar dengan harga 188.5 million Ringgit, hampir sama dengan harga 1MDB beli 70 ekar. Ya IMDB untung tetapi adakah cukup untuk “bail out”? Sepatutnya TH berurusan sehingga RM5 bilion!

4.Ya umum mengetahui sejak Tabung Haji di tubuhkan sehinggalah sekarang begitu banyak anak syarikat Tabung Haji daripada pemilikan Bank, hartanah, perladangan, hotel, pelaburan dan lain-lain lagi. Sudah berbilion mereka berbelanja dalam dan luar negara malah ada juga yang lebur tetapi dana penyimpan kekal selamat serta mendapat dividen tinggi 6 ke 6.5 % setahun. Tidak pula menjadi isu di kala ada pegawai TH yang dihukum kerana menyeleweng dana. Tapi sekarang, kerana Alergik IMDB maka TH sudah menjadi mangsa “Persepsi”.



5. Siapa boleh menafikan tanah di kawasan Segitiga Emas KL tidak untung? Kajian yang dijalankan mendapati apabila siap kelak projek di tanah TRX nilai bangunan itu RM 828 juta. Dijangka THP akan mendapat untung RM 183.5j dalam masa 3 tahun. Tapi siapa mahu mendengar hujah THP sekarang? Kerana Alergik IMDB.



6.Maka jawapan TH bagi elak fitnah dan isu mereka menjualnya kepada pihak ketiga. Berapa harganya, kepada siapa, berapa untungnya? Tidaklah diketahui lagi. Dikatakan ada 3 tawaran. Harap ia dari syarikat GLC atau syarikat bumiputera.



7. Saya cuma ingin mengutarakan beberapa perkara selepas semua ini hampir selesai. Jika ahli lembaga pengarah Lembaga Tabung Haji dan dalam masa sama adalah Ahli Lembaga Pengarah IMDB apa yang mereka perlu lakukan pada urusan yang gagal seperti dalam kes IMDB menjual tanahnya kepada TH? Letak jawatan? Dan menggunakan alasan untuk asset bumiputera sedangkan tanah itu pula asalnya sepatutnya dijual pada Syarikat Pelaburan Hartanah Bumiputera Berhad (PHBB). Adakah TH akan jual semula tanah itu kepada PHBB? Kerana tentu mereka sangat bumiputera!

8. Selepas ini apa pula? Adakah serangan apa sahaja GLC yang berkaitan dengan IMDB dengan mana-mana Lembaga Pengarah IMDB yang ada dalam GLC lain? Seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT). Bukankah Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin adalah Pengerusi IMDB dan dalam masa sama mempunyai jawatan utama di Boustead Holdings Berhad dan LTAT? Malah 1MDB memberikan kontrak bernilai RM2.1 bilion kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera (melalui anak syarikatnya Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) memajukan lapan tapak untuk pemindahan Pangkalan Udara Kuala Lumpur yang bakal dijadikan Bandar Malaysia. Apakah hubungan seperti ini juga bakal dibesar-besarkan oleh rakyat Malaysia? LTAT bernasib baik tidak membeli tanah TRX milik IMDB. Jika ada tentu akan lebih bermasalah!






No comments:

Post a Comment