02 May 2015

Pra Bayar: 2/3 warga asing, Telco atau keutamaan kepada rakyat?



Yang disebut oleh Menteri KKKM mengenai Kad Prabayar.

- Kerajaan bakal kehilangan sejumlah RM800 juta pulangan hasil kutipan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sekiranya cukai terhadap kad prabayar berkenaan dihapuskan. 

- Shabery berkata sebahagian besar pengguna kad prabayar telefon di Malaysia hari ini adalah warga asing. “Sebanyak dua pertiga daripada pengguna talian prabayar adalah warga asing yang kebanyakannya dari Myanmar, Indonesia dan Bangladesh.

 “Saya harus akui berdasarkan fakta, JKDM lebih berkuasa dalam isu ini. Bagaimanapun dalam sudut teknikal, agak mustahil untuk menarik balik kesemua kad prabayar dan mencetak semula dalam tempoh dua hari,” katanya.

Populasi dan Guna Tenaga Malaysia 2013


Mari Kita lihat beberapa data; 

-Populasi penduduk Malaysia : 29.7 juta
-Populasi umur 0-14 tahun ( 7.74 juta)
-Populasi umur 15-64 tahun ( 20.3 juta)
- Pelajar 2.83 juta
- akan melanjutkan pelajaran 0.14 juta

Anggaran warga asing 6.7 juta (menurut Kementerian Sumber Manusia). 

Fakta Suku Pertama 2013- Laporan SKMM menyatakan; 

1. Pengguna telefon bimbit: 143.4%
2. Pengguna jalur lebar: 66.6%
3. Pengguna pasca bayar: 7,471,000
4. Pengguna prabayar: 34,974,000
5. Langganan 3G (pasca bayar): 3,963,000
6. Langganan 3G (pra bayar): 11,378,000
7. Pengguna telefon di bandar (akhir 2012): 68.8%
8. Pengguna telefon luar bandar (akhir 2012): 31.2%
9. Pengguna telefon bimbit (lelaki) sehingga 2012: 56.5%
10. Peratusan pengguna telefon bimbit (perempuan) sehingga akhir 2012: 43.5%
11. Jumlah SMS dihantar: 20,826.6 juta 

Jika penduduk Malaysia 29.7 ( 30 juta) dan bilangan Pengguna prabayar ; 34,974,000 lebih banyak dari jumlah penduduk ( pengguna pra bayar lebih dari  satu), Jumlah warga asing 6.7 juta di Malaysia tetapi dikatakan 2/3 pra bayar adalah warga asing.   Wah hebat warga asing! berapa kali ganda agaknya warga asing mendaftarkan pra bayar di negara ini?

Saya berpendapat fakta warga asing menggunakan pra bayar ini tidak wajar disebut secara terbuka hatta menyatakan kerajaan rugi RM800 juta kerana cukai. Ia sesuai untuk makluman kita sahaja bagi mengelak disalah tafsir. dan Tugas utama kita sekarang ialah menyelesaikan masalah Kad Pra bayar ini yang sepatutnya telah selesai sebelum GST dilaksanakan. 

Jika kita mengambil kira populasi umur 0-14 tahun ( 7.74 juta), populasi umur 15-64 tahun ( 20.3 juta) dan pelajar 2.83 juta yang mungkin ramai menggunakan kad pra bayar, Kerajaan BN menempah masalah jika hal top up tidak ditangani segera.

Antara jawapan terbaru Menteri KKKM

Ahmad Shabery berkata perbincangan dan kajian juga harus dibuat dengan teliti kerana proses mencapai penyelesaian adalah agak kompleks, dan ia perlu mengambil kira kesulitan yang dialami semua pihak.

"Sebagaimana kita tahu, ini bukan soal 60 sen (penambahan daripada harga asal kad prabayar) atau enam peratus (nilai cukai barang dan perkhidmatan (CBP) yang dikenakan), kerana ia melibatkan banyak pihak.

"Kad prabayar atau tambah nilai prabayar merupakan suatu ekonomi tersendiri...ia melibatkan akar umbi yang banyak dalam sistem kita. Ia seperti wang dan syarikat telco (telekomunikasi) bukannya menjual secara langsung tetapi ia mempunyai lapisan tertentu yang semuanya mesti diambil kira dalam soal ekonomi prabayar," jelas beliau.

Sebagai contoh, katanya, kebanyakan ejen penjual kad prabayar di peringkat bawahan sudah membeli baucar dengan nilai terdahulu dan agak sukar untuk mereka menjual kepada pelanggan sekiranya nilainya berubah mendadak.

"Ini antara perkara yang perlu kita teliti kerana ia tidak boleh diubah dalam masa sehari dua," katanya.


JBJ

No comments:

Post a Comment