04 May 2015

Kenapa MP Pembangkang marah syarat lulus BM SPM sebagai wakil rakyat?



Rakyat Malaysia harus fasih bertutur Bahasa Melayu- Bahasa Kebangsaan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneliti cadangan bagi mensyaratkan individu yang ingin menjadi wakil rakyat perlu mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Eloklah bagi elak wakil rakyat meraban di parlimen dan dun bercakap Bahasa Kebangsaan. kesian tengok wakil rakyat kita Rakyat Malaysia tapi hilang satu ciri.


Marah MP Pembangkang tak ramai fasih BM ke? Kenapa Lim Kit Siang boleh 

Bagaimanapun cadangan cadangan lulus BM SPM itu dibantah oleh MP Pakatan Rakyat N Surendran Padang Serai. "Sikap pengerusi SPR yang mahu menimbang cadangan itu, dan ahli Parlimen bersara seperti Tan Sri Rais Yatim yang menyokongnya, menunjukkan mereka tidak menghormati kebijaksanaan pengundi," kata Surendran kepada The Malaysian Insider.

"Kredit dalam BM belum menjamin kefasihan dalam BM. Terdapat ramai orang yang sangat fasih berbahasa Melayu, tetapi mungkin tidak berjaya di dalam peperiksaan."

Sepatutnya N. Surendran yang perlu dibicarakan ialah sebagai rakyat Malaysia tidak kira wakil rakyat atau rakyat biasa perlu boleh bertutur bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Tidak kira anda bersekolah dimana sama ada dari Sekolah Kebangsaan, Jenis Kebangsaan, sekolah swasta atau luar Negara sebagai rakyat Malaysia mesti boleh bertutur dalam BM. 60 tahun Negara Merdeka tak kan masih merangkak dan meraban lagi?

Dalam kes ini sama ada anda MP Pembangkang atau BN anda perlu wajib fasih dan boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.

Mari kita lihat wakil rakyat yang Bahasa Melayunya kurang betul sebagai Ahli Parlimen atau ADUN. Bandingkan pula mereka dengan pelajar –pelajar luar Negara seperti China dan Jerman yang lebih fasih bertutur dalam Bahasa Melayu.


Fikirkan mengapa mereka dalam Negara tidak boleh bertutur fasih sebagai rakyat Malaysia sedangkan orang luar boleh. Apakah masalah mereka. Mungkin bukan setakat lulus BM SPM tetapi ujian Oral Bahasa Melayu. 


Cubaan MP Segambut Yang Tak Fasih Bahasa Melayu Ambil Alih Kuasa YDP Speaker

 

  Bahasa Jiwa Bangsa




MP Kota Kinabalu



MP Bandar Kuching




Cuba banding dengan mereka ini Pelajar China Fasih Bertutur Bahasa Melayu



Mahasiswa Jerman Cakap Melayu

No comments:

Post a Comment