10 May 2015

Kabinet Malaysia sudah tidak berfungsi? Rombakan kabinet bakal berlaku?


Kabinet Malaysia sudah tidak berfungsi? 

By: JBJ

Apa sahaja GLC yang berurus niaga dengan IMDB akan kelihatan buruk dan mendapat masalah

1. Buatlah apapun rakyat tak akan percaya. Itulah antara kata-kata yang didengar dari rakyat jelata sama ada secara lisan atau media sosial. Permainan persepsi nampaknya lebih tajam dari pedang!

2.  Isu IMDB nampaknya seperti barah yang boleh berjangkit. Tidak hairanlah LTH GLC yang berurusan membeli tanah IMDB menerima kecaman yang hebat. Kerosakan telah berlaku. Memulihkan kerosakan nampaknya memakan masa. Meyakinkan rakyat nampaknya bukan sesuatu yang mudah.

3.  YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri semasa di Milan Itali mengakui jentera Barisan Nasional (BN) sukar menjawab persoalan tentang isu-isu semasa seperti IMDB dan GST yang dibangkitkan rakyat sehingga dieksploitasi oleh pembangkang menjadi antara punca kekalahan BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh. IMDB katanya isu yang paling menghantui dan perlu diselesaikan segera.


4.    Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah YB Dato’ Seri Shafie Hj Apdal selaku Naib Presiden UMNO membuat kenyataan media mengenai Isu pembelian Tanah 1MDB oleh LTH. Katanya isu 1MDB perlu diberi perhatian serius dengan menjawab segala persoalan berkaitan secara terperinci bagi kredibiliti kerajaan akan terus dipertikaikan.

5.      Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia Pemuda UMNO menzahirkan kebimbangan berkenaan pembelian oleh Tabung Haji daripada 1MDB yang bernilai RM188.5 juta dan memohon pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX) dapat dibatalkan bagi mengelakkan persepsi kurang baik daripada rakyat.

6.   Terbaru YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussien, Menteri Pertahan Malaysia selaku Naib Presiden UMNO membuat kenyataan media menegaskan bahawa jika ada sebarang salah laku dalam isu 1MDB, tindakan undang-undang harus diambil dengan segera. Beliau berkongsi kegelisahan masyarakat tentang satu pendedahan baru-baru ini berkenaan transaksi hartanah yang signifikan di antara 1MDB dan Tabung Haji Properties di Tun Razak Exchange (TRX).

7.    Katanya lagi Lembaga Tabung Haji merupakan salah satu institusi yang dihormati, justeru, integriti dan nilai pelabuhan pencarum Tabung Haji perlu dilindungi dan ini seharusnya menjadi prioriti kerajaan. Kerajaan harus mempercepatkan proses untuk mengetahui kedudukan kewangan sebenar 1MDB, tidak perlu menunggu sahaja hasil siasatan Ketua Audit Negara, memanjangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC dan mencadangkan agar lembaga pengarah 1MDB melantik satu lagi firma audit antarabangsa yang bebas.

Apa yang Naib-Naib Presiden ini mahu tunjukkan?
Satu persaingan? perlumbaan siapa lebih ke depan?


8.   Hanya seorang sahaja Naib Presiden UMNO selaku Menteri Dalam Negeri berkata berbeza katanya beliau tidak perlu mengeluarkan kenyataan secara terbuka sebaliknya lebih kepada mencari jalan untuk mewujudkan kembali kebolehpercayaan kepada kerajaan dan parti yang semakin terhakis kredibiliti kerana permasalahan yang wajib diselesaikan sebelum barah merebak ke seluruh anggota badan.



Apabila ahli Jemaah Menteri bersuara


9.   Apa telah jadi dengan Kabinet Malaysia? Mereka berkata atas kapasiti jawatan parti jadi “body” yang berkenaan tiada kaitan dengan jawatan Menteri?

10.   Menteri-menteri kabinet jemaah Menteri Malaysia yang bermesyuarat setiap minggu dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri yang membincangkan segala Kertas Kabinet serta hal-hal lain nampaknya tidak perlu lagi bertanya dengan YAB Perdana Menteri dalam kabinet tetapi sudah boleh membuat kenyataan terbuka di luar sana untuk membuat kenyataan media seolah-olah menyelar tindakan kerajaan dan secara tidak langsung menggambarkan protes kepada YAB Perdana Menteri. Apakah Kabinet Malaysia sudah tidak berfungsi kini?

11.  Atau semua anggota kabinet yang juga berjawatan dalam parti hanya meraikan dunia media sosial untuk memberi kenyataan terbuka sebagai trending baru untuk menghebah kepada rakyat betapa dekatnya mereka kepada rakyat?

12. Atau adakah sekarang mencerminkan situasi ibarat seorang Ketua Kelas gagal untuk mengawal murid-murid dalam kelas yang membuat bising?

13. Apa telah jadi dengan peraturan Anggota Pentadbiran Kerajaan atau kabinet yang melarang anggotanya bercakap secara terbuka kepada perkara-perkara yang telah diputuskan dalam kabinet secara bersama? Sudah tidak berguna lagi atau situasi sekarang memerlukan semua menteri berlumba-lumba membuat kenyataan media meminta secara terbuka agar ketuanya (Ketua Kerajaan) menyelesaikan segera masalah IMDB. Apakah maksudnya mesyuarat sudah tidak relevan lagi?

14. Kalau Menteri kabinet yang boleh berhubung rapat dengan YAB PM secara terus boleh bertanya dan meminta YAB PM secara terbuka menyelesaikan segera isu IMDB apatah lagi kita sebagai rakyat biasa yang sentiasa sahaja boleh keliru dengan persepsi luar sekarang.

15.   Kesan media sosial di luar dan provokasi pembangkang ternyata sangat kuat sekarang. Jika pemimpin tidak bereaksi mereka kelihatan tertinggal sehingga YAB Perdana Menteri terpaksa memberi arahan dalam media sosial kepada YB Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKM) untuk menyelesaikan masalah Kad Prabayar (Top-up).

16.   Kita berharap para pemimpin tidak membuat keputusan “confius” untuk menjadikan rakyat lebih “confius”. Atau sudah ada “Game” baling bola lebih awal di luar sana? Demi Collective Responsibility? Siapa agaknya Menteri atau anggota pentadbiran berani meletak jawatan kalau sudah tidak boleh menerima kepimpinan YAB Perdana Menteri? Tentu ini akan menjadi tanda aras Collective Responsibility yang tinggi; tidak begitu?

17. Nampaknya kita sudah memasuki fasa ketiga sebagaimana tulisan Tan Sri Dato’ Dr Nordin Kardi dalam Utusan Malaysia tahun 2010 “Terperangkap dalam Kerangka PsyOps musuh”? Katanya;

Peringkat ketiga, sesudah rakyat merasa tidak selamat, satu lagi tekanan dikenakan iaitu mencabar status quo institusi yang mengatur rakyat dan pemerintah iaitu Perlembagaan dan undang-undang bertulis negara termasuk pihak yang menjadi penjaga institusi itu seperti badan kehakiman, pasukan penjaga keamanan, jentera pentadbiran dan institusi pembuat Perlembagaan dan perundangan seperti dalam konteks Malaysia adalah Dewan Negara, Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.
Pihak tersebut akan mengusahakan supaya institusi-institusi itu dan penjaga-penjaganya dilihat sebagai tidak lagi mempunyai kredibiliti yang menjamin negara berada dalam satu sistem yang teratur. Justeru, proses politik dan perundangan sedia ada tidak diberi kerjasama. Ini dilakukan bagi mengemukakan hujah bahawa pemerintah sedia ada tidak mempunyai legitimasi memerintah kerana institusi dan jenteranya tidak mempunyai kredibiliti.
Kesannya, anggota jentera institusi-institusi itu turut mengambil pendekatan populis dan menjadi sangat takut dilihat memihak pemerintah walaupun dalam keadaan yang legitimasinya cukup jelas.

© Utusan Melayu (M) Bhd 

 




2 comments:

  1. KJ nampak macam cerdik tapi tak cerdik rupanya,Mdin ngan Pedal tu memang nampak pun tak berapa cerdik.

    ReplyDelete
  2. The PM just cannot command his ministers.

    ReplyDelete