27 April 2015

SIAPA LEBIH MAHAZALIM DAN MAHAFIRAUN?



1. Suatu ketika apa bahasa pembangkang tidak gunakan untuk menghentam Tun M? Mahazalim dan Mahafiraun. Malah ada laman web khusus. Tapi semua orang termasuk ahli UMNO mempertahankan Presiden Parti.

Apa lagi Tun M mahu?
2. Teguran Tun M kepada PM Najib pada mulanya boleh dianggap sebagai teguran ayah kepada anaknya. Tetapi selepas beberapa siri teguran dan tulisan keras Tun M nampaknya keadaan sudah berubah kepada desakan kepada peletakan jawatan PM Najib. 

3. Nampak sudah berlebihan dan boleh memburukkan persepsi kepada UMNO dan kerajaan BN. Sedangkan semua soalan sudah dijawab oleh PM Najib. Selebihnya jika 1MDB hanya perlu menunggu siasatan Ketua Audit Negara. 

4. Di Malaysia orang yang dikatakan bersara itu tidaklah semutlaknya bersara. Masih boleh menikmati gaji, elaun dan pencen yang sedia untuknya. Apatah lagi jika beliau seseorang bekas pemimpin negara.

5. Tidak hairan yang telah bersara boleh dilantik sebagai Penasihat atau pengerusi mana-mana GLC. Boleh meminta peruntuka untuk GLC bawah jagaannya. Malah yang dilantik kadang-kadang boleh belasah kaw-kaw orang yang melantiknya. 

6. Hanya Zaman PM Najib perkara-perkara itu berlaku. PM Najib ini terlalu baik sehingga membiarkan orang yang dilantiknya mengkritiknya. Zaman Tun M dahulu siapa yang melawan tiadalah masa depan.  Banyak peristiwa sebagai bukti jadi biarlah kita simpan sahaja.

7. Parti bukan milik individu. Ia ada ahli. Kalau ahli rasa tidak sesuai pada masa pemilihan itu mereka akan menolaknya sendiri.

No comments:

Post a Comment