30 April 2015

Siapa Dalang melindungi syarikat Telco di Malaysia?


Dalam masa 24 jam sahaja U-Turn. hebat

National Blue Ocean Strategy yang gagal!
Apabila dua agensi tidak berkolaborasi, masing-masing tunjuk kuasa maka inilah jadinya.

Seorang kelihatan mendahului ‪#‎rakyat‬, seorang lagi kelihatan mendahului syarikat ‪#‎Telco‬.

Membuat keputusan untuk kebaikan rakyat memang susah berbanding untuk menurut kehendak kapitalis yang berkuasa!

hebatkan syarikat Telco?. Kerajaan pun tidak mampu berbuat apa jika mereka berdehem. Siapa melindungi siapa agaknya.

Perkara ini sepatutnya selesai 3 bulan sebelum laksana GST. Tapi dengan Telco mereka boleh tangguhkan lagi sehingga kajin siap. 

Keputusan Flip Flop ini salah siapa? Menteri -menteri yang menjaga tugas masing-masinglah. Kalau hal Top up pun susah nak selesai. Bahayalah untuk BN.

27 April 2015

SIAPA LEBIH MAHAZALIM DAN MAHAFIRAUN?



1. Suatu ketika apa bahasa pembangkang tidak gunakan untuk menghentam Tun M? Mahazalim dan Mahafiraun. Malah ada laman web khusus. Tapi semua orang termasuk ahli UMNO mempertahankan Presiden Parti.

Apa lagi Tun M mahu?
2. Teguran Tun M kepada PM Najib pada mulanya boleh dianggap sebagai teguran ayah kepada anaknya. Tetapi selepas beberapa siri teguran dan tulisan keras Tun M nampaknya keadaan sudah berubah kepada desakan kepada peletakan jawatan PM Najib. 

3. Nampak sudah berlebihan dan boleh memburukkan persepsi kepada UMNO dan kerajaan BN. Sedangkan semua soalan sudah dijawab oleh PM Najib. Selebihnya jika 1MDB hanya perlu menunggu siasatan Ketua Audit Negara. 

4. Di Malaysia orang yang dikatakan bersara itu tidaklah semutlaknya bersara. Masih boleh menikmati gaji, elaun dan pencen yang sedia untuknya. Apatah lagi jika beliau seseorang bekas pemimpin negara.

5. Tidak hairan yang telah bersara boleh dilantik sebagai Penasihat atau pengerusi mana-mana GLC. Boleh meminta peruntuka untuk GLC bawah jagaannya. Malah yang dilantik kadang-kadang boleh belasah kaw-kaw orang yang melantiknya. 

6. Hanya Zaman PM Najib perkara-perkara itu berlaku. PM Najib ini terlalu baik sehingga membiarkan orang yang dilantiknya mengkritiknya. Zaman Tun M dahulu siapa yang melawan tiadalah masa depan.  Banyak peristiwa sebagai bukti jadi biarlah kita simpan sahaja.

7. Parti bukan milik individu. Ia ada ahli. Kalau ahli rasa tidak sesuai pada masa pemilihan itu mereka akan menolaknya sendiri.

24 April 2015

Akaun 1MDB didedahkan! RM27 billion yang hilang ditemui?

Selepas akaun 1MDB didedahkan. Adakah anda telah menemui jawapan  RM27 billion yang hilang tidak boleh dijelaskan itu sebagaimana persoalan Tun M? 

atau sudah tidak mahu menunggu siasatan Ketua Audit Negara lagi?







Gerakan menjatuhkan Presiden sudah bermula?

Desas - desus pelbagai pihak mahu menjatuhkan pemimpin sudah kedengaran.Apakah ia benar atau hanyalah persepsi sahaja?