23 February 2015

USIM KILANG PERKADERAN PAS YANG DILUPAKAN?


GAMIS dan USIM 



Kabinet GAMIS 2015/16. Presiden, Timbalan dan SUA mereka sapu


Nampaknya pengumuman barisan kabinet GAMIS 2015/2016 mencetuskan kontroversi apabila Naib Canselor USIM mengutus surat amaran kepada Presiden, timbalan dan beberapa AJK yang lain.  GAMIS mempelopori USIM bukan benda baru kerana tahun lalu sahaja lebih 5 orang yang menjadi AJK Gamis. Tahun ini mereka hanya mencipta sejarah kerana USIM mengetuainya.


SURAT NAIB CANSELOR USIM YANG DIDEDAHKAN KEPADA MALAYSIA INSIDER. NIAT MENYERANG  PENGURUSAN USIM
Umum mengetahui GAMIS merupakan himpunan dari gerakan PMI yang disatukan. Sebab itu pengasas GAMIS adalah dari pimpinan PMIUM tahun 1989. Umum juga mengetahui bahawa PMIUM merupakan sayap PAS dikampus dan tidaklah salah kalau kita katakan GAMIS juga pusat perkaderan PAS. Lihat sahaja tujuan GAMIS ditubuhkan sebagaimana pengakuan GAMIS  dalam laman rasmi GAMIS.

"Penubuhan GAMIS juga disebabkan realiti               massa yang mendesak. GAMIS juga ditubuhkan demi mendepani PRU8 (1989). GAMIS telah menubuhkan Angkatan Mahasiswa Negara (AMAN). Antara partisipasi AMAN di peringkat nasional adalah menyatakan dokongan terbuka pada Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Pernyataan tersebut sedikit banyaknya telah membantu APU menang majoriti dalam Kerajaan Negeri Kelantan / DUN. PAS berjaya mendominasi Kerajaan Negeri Kelantan tersebut."

KE MANA MEREKA?
Semangat kepada PAS itu tidak pernah luntur. Lihat sahaja tempat mereka berbaiah pembudayaan usrah, tamrin, demonstrasi, dan muktamar GAMIS yang sentiasa menjemput pimpinan PAS merasmikannya. Malah kalau kita lihat bekas-bekas Presiden GAMIS fikrah mereka kekal tidak berubah walaupun menjawat jawatan di JAKIM, GLC atau pimpinan cawangan. Hari ini pun tujuannya kekal sama iaitu untuk menjulang ideologi PAS di kampus.

Gamis di IPT seperti UM, UKM, UIAM, USM, UTM dan UPM bukanlah asing. Malah semasa saya sebahagian dari BBMN saya amat mengetahui selok-belok mereka ini. Cuma yang agak perlu diberi perhatian ialah bagaimana Gamis menyembunyikan gerakanya di USIM. USIM sejak beberapa siri pilihanraya kampus acap kali diumumkan oleh pengurusannya sebagai Pro Aspirasi walaupun 1001 kecurigaan mengenainya. Naib Canselor USIM seakan bersembunyi dari realiti itu. Malah PRK tahun 2014/2015 pun Naib Canselor USIM tidak mampu mengklasifikasikan barisan MPP USIM dengan mengumumkannya sebagai " Pro Universiti"

GAMIS bersarang di USIM

Apakah kita tak tahu yang tahun 2013 barisan GAMIS paling ramai dari USIM? Apabila semua orang berbuat lupa termasuk Naib Canselornya dan kerana lebih menyelamatkan kedudukan mereka maka diumumkan sebagai Pro Aspirasi. Sepatutnya barisan GAMIS sekarang berterima kasih kepada Naib Canselor dan pengurusan USIM kerana "buat-buat tak tahu" atau menutup perkara ini dari menjadi kebisingan pihak kementerian.

Tapi bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru. Tahun ini USIM menguasai jawatan utama GAMIS Presiden, Timbalan dan Setiausaha Agung tentulah perhatiannya menjadi utama. Jika GAMIS sebagai kuda PAS di kampus mungkin bukan lagi sebagai satu isu di kampus selepas Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 ( Pindaan 2012) yang membenarkan mahasiswa menganggotai parti politik di luar kampus.

Apapun alasan barisan GAMIS mereka tetap terperangkap betapa GAMIS sejak ditubuhkan 1989 hingga sekarang 2014, kira-kira 25 tahun lalu tetap sebuah pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.  Oleh yang demikian alasan Surat USIM untuk meminta mahasiswa USIM meletakkan jawatan adalah sangat berasas dan menepati AUKU Pindaan 2012 serta Kaedah- Kaedah Tatatertib USIM. 3 Alasan yang dinyatakan dalam surat Naib Canselor

Pertama kerana Usim mendakwa Gamis merupakan pertubuhan yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS)

Kedua kerana  penglibatan mereka secara tidak langsung mengaitkan nama USIM dengan pertubuhan tidak berdaftar.

Dan ketiga, kerana USIM menyarankan kedua mahasiswa merupakan pelajar tahun akhir universiti itu untuk tidak terlibat dalam GAMIS agar dapat memberi tumpuan kepada pada latihan industri yang bermula 23 Februari ini.

USIM bertindak menjaga nama baiknya memandangkan GAMIS sebagai badan pertubuhan haram banyak terlibat dengan kegiatan politik pembangkang dan demontrasi jalanan yang menjejaskan imej USIM. Oleh yang demikian USIM berhak untuk menghalang mana-mana pelajarnya bertindak menjejaskan imejnya.


AUKU PINDAAN 2012 YANG DIBANGGAKAN OLEH GAMIS JELAS MENYEBUT KESALAHAN PENYERTAAN  PERTUBUHAN MENYALAHI UNDANG-UNDANG. 


GAMIS HARAM SELAMA 25 TAHUN.
PASMA ENGKAR PUN  ADA PENDAFTARAN.

GAMIS Mencabar Naib Canselor melalui Portal Pembangkang The Malaysia Insider


SERANGAN TERHADAP PENGURUSAN USIM


GAMIS HARUS MEMBACA AUKU YANG MEREKA BANGGA PINDAKAN.
Kata GAMIS;

"Kita berasa amat kesal kerana sepatutnya USIM berbangga kerana pelajarnya dilantik menganggotai GAMIS yang sememangnya terkenal memperjuangkan politik dalam kampus sejak 25 tahun lalu

"Tindakan universiti itu menafikan jasa Gamis,"

"Pendirian GAMIS jelas. Kita tidak gentar dengan sebarang bentuk amaran atau ugutan mana-mana pihak. Di bawah kepimpinan Imran, mahasiswa Islam akan terus maju melawan kezaliman,"

Dalam satu kenyataan bersama, Imran dan timbalannya mengatakan mereka tidak akan berganjak daripada kedudukan mereka mahupun gentar dengan desakan pengurusan universiti "Kami menghormati nasihat pihak universiti, namun kami ingin ingatkan yang kami punya prinsip dan pendirian. Suka untuk nyatakan di sini, kami sesekali tidak akan berganjak daripada perjuangan ini."

Malah ahli GAMIS dan alumninya menyerang Naib Canselor USIM secara biadap dan kurang ajar melalui mesej kepada Naib Canselor USIM.


BIADAP DAN KURANG AJAR MEMANG ITU DIDIKAN GAMIS. SEPATUTNYA MEREKA JUMPA NAIB CANSELOR. BIASALAH BAPA BOREK ANAK RINTIK MEMANG BEGITU.

Persoalannya?

Mengapa GAMIS menyerang pengurusan USIM melalui media pembangkang seperti TMI dengan mendedahkan surat amaran Naib Canselor USIM itu? apakah niat sebenar GAMIS? Jika benarpun tidak berpuas hati jalan terbaik ialah bertemu dengan pengurusan USIM bukan menyerang dalam media pembangkang. Bukankah ini berniat hendak memalukan USIM? Jadi bagaimana ini tidak dianggap memburukkan nama USIM kepada masyarakat luar?

Tahun lepas pun ramai kalangan AJK GAMIS daripada USIM tetapi tidak pernah diambil tindakan. Alasan USIM jelas agar mahasiswa tahun akhir menumpukan pelajaran dan latihan industri dan bukan yang terlibat dengan kegiatan tidak berkaitan dengan akademik mereka. GAMIS adalah sebuah pertubuhan haram berasaskan politik pembangkang.

GAMIS semakin tidak relevan

Sebagaimana PMI yang lemah di kampus begitu jugalah keadaannya GAMIS. Hidup segan mati tak mahu. Perjuangan tahun 1990an GAMIS tidak sama seperti sekarang. Polemik fikrah dan pergolakan parti PAS turut mempengaruhi keadaan perkaderan kampus. Murabbi dan Amir sudah tidak menjadi pembimbing yang baik buat pemimpin PMI dan GAMIS. Polemik Puak Erdogan/ Anwarinas dan golongan agama bukan sahaja berlaku di luar tetapi dalam kampus itu sendiri. Lantaran itu mereka lemah.

Maka GAMIS berusaha untuk bangkit semula. Mereka ketinggalan sebagaimana PAS ketinggalan dengan kerjasama Pakatan Rakyat.

Tidak hairan isu surat amaran ini cepat sahaja surat ini diserahkan kepada TMI untuk mendapat publisiti murah betapa kononnya mahasiswa USIM dianiaya. Sedangkan mahasiswa pun tahu siapa GAMIS dan tuan besarnya.

Naib Canselor USIM harus bertindak tegas

Sebagaimana UM dengan kes Fahmi Zainol, USIM mesti bertegas. Gerakan GAMIS sebagai pertubuhan haram adalah jelas bertentangan dengan peraturan AUKU Pindaan 2012.  Semua keadaan yang berlaku ini adalah dari sikap pengurusan USIM sebelum ini yang tidak ambil tahu dan kisah mengenai aliran pelajarnya. Masih belum terlambat untuk bertindak.

Apa yang jelas GAMIS dan PAS tidak boleh dipisahkan!.

JBJ

20 February 2015

Mahasiswa Pro PAS UKM tidak terima keputusan mahkamah? tapi mahu DEBAT terbuka


Setuju dengan Zulfiqar Mustapa, Ketua Aktivis Patriotisme ABATA (mantan Presiden MPP UPNM 2013/14). Elok nasihatkan Majlis Peguam dan Para Peguam Pembangkang tu. PMUKM sibuk nak bagi tempat untuk debat. Bagi nasihat tak mahu


Mahasiswa Pro PAS UKM tidak terima keputusan mahkamah? tapi mahu DEBAT terbuka

Bukanlah sesuatu yang asing bagi PMUKM untuk menyambut idea dan kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen PAS Mohamed Hanipa Maidin inginkan debat kes Anwar Ibrahim dijalankan di universiti awam dan disiarkan langsung di RTM atau TV3 supaya rakyat mendapat maklumat tentangnya. Umum juga mengetahui barisan PMUKM dipimpin oleh kelompok GM yang telah diketahui mentornya sejak sekian lama.

Tumpang Hanifa 

Kata Presidennya dalam The Malaysian Insider media spin pembangkang “Sekiranya Anwar didapati bersalah dengan fakta dan hujah yang kukuh mahasiswa ada hak untuk menilainya secara adil. Mahasiswa mahu rakyat negara ini mendapat maklumat secara langsung daripada panel supaya tidak berlaku putar belit fakta di kemudian hari”.

Hujah apa lagi hendak. Mahkamah tertinggi dalam negara sudah memutuskan bersalah.

Pertama:  Cadangan untuk Tan Sri Shafee untuk berdebat dengan Majlis Peguam atau peguam pembangkang seperti Hanifa MP PAS Sepang mengenai kes Anwar adalah sesuatu yang mengelirukan dan  "janggal".  Sebab isu ini sudah dibicarakan dalam 3 mahkamah (Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan & Mahkamah Fed) di hadapan Hakim 9 terkenal dengan Anwar diwakili oleh tidak kurang dari 20 peguam dalam jumlah, dalam tempoh hampir 7 tahun dan keputusan adalah 8-1 terhadap Anwar. Dan yang seorang Hakim Mahkamah Tinggi yang memutuskan memihak kepada Anwar berbuat demikian pada teknikal, tetapi masih percaya kepada Saiful. Malah 115 kali penangguhan. Jadi tidak ada soalan mengenai perbahasan lagi.  Janganlah ketika menang kes, sistem kehakiman disanjung dan ketika kalah sistem kehakiman dibobrokkan.



Jadi mengadakan debat terbuka di UKM itu adalah sesuatu yang bersifat populis sahaja untuk menumpang isu yang sedang hangat sekarang. Kerana kuasa membenarkan penggunaan kemudahan IPT itu bukan pada kuasa Presiden MPP tetapi Naib Canselor.


Kedua: Sepatutnya PMUKM menggesa Majlis Peguam dan peguam pembangkang menghormati keputusan mahkamah.  Bagaimana rakyat hendak menghormati undang-undang jika Majlis Peguam yang menegakkan undang-undang sangat "bias" dan kelihatan berpihak kepada seorang individu? Mereka perlu mengambil pendirian tanpa rasa takut atau pilih kasih, dan kelihatan seperti memihak kepada Anwar dan menari ikut rentak parti pembangkang. Peguam dalam Majlis Peguam perlu menghormati diri mereka sendiri dalam menegakkan undang-undang.

Ketiga: Jika pun Tan Sri Shafee cuba menjelaskan kepada rakyat melalui dialog atau jelajah beliau itu adalah atas kepasiti beliau untuk menjelaskan keadaan. Sesiapa juga boleh menggunakan platform sedia ada untuk menjemput Tan Sri Shafee.  Lagipun tidak sedikit juga pihak sebelah sana menyerangnya secara peribadi.  Kes telah selesai terpulanglah masing-masing untuk mengambil pendekatan cara menjelaskan. Tapi bukan DEBAT pada sesuatu yang telah diputuskan oleh mahkamah. Dalam hal ini adalah tidak wajar Kementerian
Komunikasi dan Multimedia untuk menyediakan platform untuk Debat terbuka siaran RTM dan TV3. Apa yang ada sekarang sudah memadai.
 
memetik kata- kata Dr Fathul Bari Mat Jahya

Tegasnya, mahkamah terakhir adalah di akhirat kelak. Apa yang Allah putuskan itu adalah yang paling tepat. Di dunia juga kita ada mahkamah dan tidak bererti manusia tidak berhak dihukum. Apabila mahkamah dunia berautoriti memutuskan sesebuah keputusan, rakyat harus redha untuk menerima.

“Jika Anwar dizalimi, Allah akan angkatkan beliau di akhirat kelak dan jika memang beliau bersalah, moga-moga Allah ringankan beban beliau kerana sudah menjalani hukuman dunia. Berhentilah bercerita mengenai kebaiban orang,” 

Terimalah keputusan mahkamah. selebihnya serahlah pada ketentuan ilahi di mahkamah Allah nanti.


07 February 2015

Mahasiswa Pembangkang mahu 'tumpang' popular Menteri Pertanian?

Letak  Jawatan: Gesaan NGO Mahasiswa Pro Pembangkang bersifat "populis" dan Tidak Sedar Diri

Fahmu kes diUM pun belum selesai lagi.


1.  Gesaan NGO dan Pro Mahasiswa yang menggesa YB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob meletakkan jawatan sebagai menteri kabinet merupakan suara dari mahasiswa yang pro pembangkang.

2.  Ini berdasarkan 5 NGO yang menamakan sebagai GDM seperti  Pro Mahasiswa Universiti Malaya (PRO-M UM), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Suara Rakyat Malaysia (Suaram), LENSA Anak Muda  Malaysia (Lensa) dan Anak Muda Harapan Malaysia (AMHM) adalah gerakan mahasiswa yang biasa terlibat dengan gerakan pembangkang di negara ini.



Safwan Anang, Fahmi dan Syukri Rajab- pengajian tak tamat tapi nak ajar orang lain.

3.  Nama-nama mantan mahasiswa yang pernah dikenakan tindakan tatatertib universiti atau pernah bermasalah di IPT menjadi pelopor semasa demo dan penghantaran memorandum itu. Nama-nama berikut bukan asing dalam gerakan mahasiswa pembangkang;

i)        Mohd Fahmi Zainol.- Jurucakap Gabungan Demi Malaysia, Bekas Presiden MPP UM 2013/2014. Digantung 2 semester kerana isu pidato Anwar dan rempuhan pintu pagar UM. Umum tahu Fahmi sedang menunggu kes rayuannya di UM.

ii)      Muhammad Safwan Anang. Bekas mahasiswa UM. Bekas pengerusi Solidariti Mahasiswa (SMM). Sekarang mengemudi NGO Lensa milik gerakan pembangkang.Terbaru dihukum penjara 10 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini kerana memberi ucapan berbaur hasutan dalam ceramahnya, tahun lalu. Didapati bersalah terhadap pertuduhan itu mengikut Akta Hasutan 1948 dan memerintahkan tertuduh menjalani hukuman. Cuma menunggu mahkkamah rayuan

iii)       Ahmad Syukri Che Ab Razab -Bekas mahasiswa UMS. Diberhentikan kerana pencapaian akademik kurang memuaskan. Meneruskan pengajian di kolej universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) - mantan Pengerusi SMM, sekarang bekerja di SUARAM. SUARAM merupakan NGO pembangkang yang mendapat tajaan NED.

LENSA - NGO baru untuk pengaruhi anak muda.

4  Begitu juga NGO Lensa yang baru ditubuhkan dibawah projek myConstitution disokong oleh DAP dibawah Skim Sekolah Demokrasi "special force" bawah Safwan Anang. Belia/ mahasiswa Melayu kurang menyertai MYConstitution kerana lebih diminati belia Cina & India. Maka ditubuhlah LENSA (Sekolah Hak Asasi & Demokrasi. Modus Operandi & Modul sama dengan MYConstitution. Mendapat sokongan padu Bar Council dan DAP. Lensa telah membuat bengkel perlembagaan pada 5-7 Disember 2014 di Nurfarm Agro Hulu Langat. Bulan Disember dibentuk bulan Februari dah ada program di pintu pagar JPM.

Populis: Hilang popular nak "comeback"
5.  Daripada demo dan penghantaran memorandum gaya gimik pintu pagar itu, jelas mantan-mantan mahasiswa yang dulu pernah mencetuskan masalah di IPT masing-masing melakukan "comeback" untuk mempopularkan mereka. Mereka mencari jalan ‘shut cut’ untuk menumpang isu pada kenyataan Dato' Sri Ismail Sabri  yang diputar belitkan oleh puak DAP yang sejak dahulu rasis.



6.  Gesaan kumpulan NGO mahasiswa yang menggesa menteri meletak jawatan adalah sesuatu yang tidak wajar dan tidak matang. Ini kerana menteri yang berkenaan YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob telah mengemukakan penjelasannya sejajar dengan penjelasan kabinet oleh YAB Perdana Menteri. Bahawa iaitu penurunan harga barang bukan isu rasis. Oleh yang demikian isu ini telah selesai dan tidak berbangkit lagi. 

7. Malah mereka menghantar memorandum dan membuat bantahan ditempat yang salah. Sepatutnya segala aduan dihantar sendiri ke pejabat Menteri atau Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bukan di halaman JPM. Di sini jelas menunjukkan betapa sikap NGO GDM ini sebagai tindakan populis. Mereka lupa siapa diri mereka yang sedang dalam keadaan bermasalah.


mana teguran GDM? Jangan ikut "tuan" sahaja

8. Dimana mereka ketika Eric Paulsen LLM menghina khutbah jumaat?, Atau penghinaan keganasan Lahad Datu oleh Teressa Kok dan Tian Chua, dimana mereka? Apakah kerana tuan mereka maka mereka tak mahu mengkritik?


9. Mahasiswa di negara ini tidak perlu dilibatkan oleh sekelompok 15 % yang memprotes ini. Ia tidak menggambarkan suara majority mahasiswa. Mereka yang terlibat pun tidak menamatkan pengajian lagi. Ijazah pun tiada lagi hendak mengajar orang lain. Berjuang untuk diri sendiri dululah


Tidak wajar desak letak jawatan Menteri


KENYATAAN MEDIA ABATA

Mahasiswa terima penjelasan Kerajaan tentang penurunan harga barang sebagai bukan isu Rasis, ianya isu rakyat secara bersama. 

1) Mahasiswa memang secara idealisnya bersifat kritis. Mereka ada kecenderungan dan berhak untuk mengkritik kenyataan mana-mana pihak termasuk Menteri atau pihak pembangkang. 

2) Namun mahasiswa sewajarnya bertindak sesuai dengan ciri ciri kemahasiswaan yang berteraskan ilmu, fakta, analisa dan etika. Jika gugur salah satu prinsip-prinsip di atas,maka "title" mahasiswa akan sia-sia sahaja.

3) Dalam mengkritik dan memberi pandangan, mahasiswa perlu peka tentang gambaran sebenar ekonomi dan situasi global. Jangan terlalu gopoh mengkritik hanya kerana berbeza ideologi politik. Kaedah dalam fiqh menyebut : "hukum terhadap sesuatu terhasil dari gambaran yang menyeluruh"

4) Kritikan juga tidak boleh bersifat selektif dan terlalu berat sebelah. Tonjolkan kematangan mahasiswa melalui suara yang wajar, holistik dan bernas. InsyaAllah pihak kerajaan sentiasa menerima cadangan dan pandangan positif mahasiswa yang berfakta serta dikemukakan dengan penuh etika bukan dengan emosi dan prejudis.

5) Gesaan kumpulan NGO mahasiswa yang menggesa menteri meletak jawatan adalah sesuatu yang tidak wajar dan tidak matang. Ini kerana menteri yang berkenaan YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob telah mengemukakan penjelasannya sejajar dengan penjelasan kabinet oleh YAB Perdana Menteri. Pendirian kerajaan juga telah dinyatakan. Oleh yang demikian isu ini telah selesai dan tidak berbangkit lagi. 

6) Kita sangat mengalukan suara anak muda malah mahasiswa. Namun suara itu biarlah dilakukan secara matang dan menerima intipati penjelasan sebelum ini. Malah mahasiswa tidak perlu dipengaruhi oleh NGO atau agen luar yang berkepentingan. Tuntutan bersifat populis, melulu dan gopoh gapah adalah sesuatu yang tidak wajar.

7) Ada lebih baik sekiranya mahasiswa atau NGO anak muda mengambil jalan bertemu dengan pihak berkaitan dari mengadakan demo bagi tujuan bersifat "populis". Kerajaan misalnya melalui YB Datuk Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan pernah menerima kertas cadangan terus dari Che ’Gubard Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengenai bajet 2015. 

8) Terbaru kerajaan melalui Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, YB Dato' Sri Hasan bin Malek yang menerima memorandum dari Mohd Ar Rahman Husin, Pengerusi Biro Kepenggunaan, Alam Sekitar dan Kualiti Hidup Pemuda UMNO mengatasi masalah harga barang. Sikap-sikap ini wajar dicontohi dan kita percaya kerajaan akan menerima segala pandangan yang baik dari pelbagai NGO, parti, mahasiswa dan anak muda. 

9) Kami mendapat maklum balas dari mahasiswa IPTA lain bahawa mereka menerima dan memahami penjelasan yang diberikan oleh kerajaan berhubung isu penurunan harga barang bukanlah isu rasis sebagaimana dinyatakan oleh YAB Perdana Menteri. Adalah lebih baik mahasiswa utamakan isu-isu kebajikan dan fokus kepada peningkatan pencapaian akademik pelajar.

10) Kami juga mengajak seluruh rakyat Malaysia agar memulaukan peniaga-peniaga yang tamak tidak mahu menurunkan harga barang. Kita rakyat Malaysia berbilang kaum harus bersatu padu sebagai pengguna yang bijak. Dalam masa yang sama majoriti peniaga, khususnya kaum Cina perlulah bekerjasama dengan mahasiswa dan pengguna bagi memastikan kepentingan rakyat terbela. 

11) Kita juga menggesa KPDNKK sebagai kementerian bertanggungjawab mencari solusi terbaik kepada isu harga barang sekarang. Sinergi antara pengguna, peniaga, pemborong dan Kementerian harus dimanfaatkan agar harga barang yang saksama untuk rakyat dapat direalisasikan. 

12) Buat anak muda mahasiswa, bersama samalah menjadi agen perubah dan "check and balance" dalam masyarakat agar mereka yang perlu dibela akan terbela sementara peniaga/pemborong yang tamak mendapat pengadilan setimpal. 


Azrinizam Ibrahim
Presiden
Pertubuhan Aktivis Belia Tanah Air ( ABATA)