21 November 2014

UM AKAN BEBASKAN FAHMI ZAINOL KERANA TAKUTKAN ANWAR IBRAHIM?

Selepas 7 November 2014  setelah pendengaran pertuduhan tatatertib Fahmi dan 9 lagi yang lain nampaknya belum ada apa-apa  tindakan yang dikenakan kepada Fahmi. Malah Fahmi bebas ke seluruh negara membuat kacau di IPTA lain

Beberapa tahun dahulu saya pernah mendengar satu kes di UM seorang mahasiswa telah didapati bersalah kerana mencuri karpet (sebesar alas kaki) dikenakan hukuman gantung universiti selama satu semester. Tetapi sangat paradok dalam masa sama ada mahasiswanya terlibat dengan demontrasi haram sejak tahun 2004 mengancam keselamatan negara tidak diambil tindakan walaupun jelas salah di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU 1971) dan Kaedah –Kaedah Tatatertib Universiti. Malah peristiwa terbaru UM ketika Anwar, Fahmi dan pengikutnya merempuh pagar membuktikan UM bersikap acuh tak acuh menangani kes yang berlaku. Ada yang tidak kena dengan pengurusan tertinggi UM?
Prosiding Tatatertib UM telah memanggil fahmi dan rakan-rakanya membela diri. Fahmi Zainol akan berdepan dengan sembilan pertuduhan iaitu;
1. Menganjurkan satu perhimpunan melebihi lima orang tanpa kebenaran naib canselor.

2. Memanggil satu himpunan melebihi lima orang tanpa kebenaran naib canselor.

3. Menghadiri satu perhimpunan yang tidak dibenarkan universiti.

4. Menjalankan urusan yang "merosakkan atau memudaratkan kepentingan, kesejahteraan atau nama baiik universiti" di kampus.

5. Menjalankan urusan yang "merosakkan atau memudaratkan ketenteraman atau keselamatan awam, moral, kesopanan atau tatatertib" di kampus.

6. Melakukan perbuatan yang menyebabkan apa-apa halangan, kesulitan, kegusaran, kerugian atau kerosakan kepada mana-mana orang dalam universiti.

7. Memiliki alat pembesar suara atau alat-alat serupa tanpa kebenaran naib canselor.

8. Gagal mengikut arahan kakitangan atau pegawai universiti semasa perhimpunan.

9. Gagal mematuhi surat tunjuk sebab pada 23 Oktober.

Persoalannya apakah yang tidak boleh dibuktikan dengan kesalahan –kesalahan di atas? Dengan segala bukti melalui rakaman kamera litar tertutup, video, gambar-gambar perhimpunan dan saksi-saksi pada hari kejadian apakah Lembaga Tatatertib UM akan membuat keputusan?
Persoalan lain apakah perbicaraan ini satu syarat atau kesungguhan UM melaksanakan peraturannya? Jika kita menyemak sejarah UM mengenai penglibatan mahasiswanya dalam siri demonstrasi, perhimpunan haram, kenyataan media, penerbitan dan penglibatan mahasiswa dalam pertubuhan haram sejak 2005 hingga sekarang tiada sebarang tindakan dilaksanakan. Sehingga ke hari ini mereka bebas. Tidak ada tindakan dan hanya menikus!
UM mesti mengambil tindakan berani seperti Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) apabila Panel Perbicaraan Tatatertib UPSI sebulat suara memutuskan bahawa Adam Adli digantung pengajian selama 3 semester mensabitkan kesalahan pelajar di bawah KAEDAH 3 (a) (i) dan (ii), BAHAGIAN II, TATATERTIB AM, KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ( TATATERTIB PELAJAR-PELAJAR) 1999 (Menjatuhkan nama Universiti/ mengganggu keamanan)
Jika UM tidak berani mengambil tindakan menggantung atau membuang Fahmi walau berbaki 1 semester bawah KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA ( TATATERTIB PELAJAR-PELAJAR maka amat malang bagi UM kerana mereka membiarkan virus merebak dalam UM dan IPT lain. Mahasiswa sudah tidak hormat undang-undang, memperlekeh dan beranggapan semua tindakan universiti dan kerajaan hanyalah gimik sahaja.
Berdasarkan sejarah UM kes Fahmi ini dijangka adalah satu lagi kes yang bakal di Petisejukkan oleh UM. Seperti menunggu keadaan reda dan senyap maka ia akhirnya dilupakan. Sedangkan dalam masa sama Fahmi meneruskan misi jelajah hasutnya yang boleh disifatkan mengganggu ketenteraman IPTA lain.
Sama-sama kita menjadi pemerhati apakah keputusan Lembaga Tatatertib UM selepas kes perbicaraan ini selesai. Memetik laporan akhbar berbahasa Inggeris, Ketua Unit Korporat dan Media UM, Izzad Zalman Abd Kader “ Jika lembaga disiplin mendapati kesalahan mereka begitu serius, hukuman maksimum adalah mengusir pelajar tersebut dari universiti” tegasnya. Keadaan jelas serius, mempunyai bukti malah sudah mengganggu ketenteraan IPT lain. Bukankah telah jelas Fahmi menjalankan urusan yang "merosakkan atau memudaratkan kepentingan, kesejahteraan atau nama baiik universiti"?
Jadi Kes Fahmi Zainol dan rakan-rakannya ini adalah satu cara pihak pengurusan Universiti Malaya membuktikan mereka sangat serius melaksanakan tanggungjawab mereka. Tidak serius ke kalau rempuh pagar dan ceroboh masuk universiti? Apakah UM takut dengan Anwar Ibrahim?



3 comments:

  1. UM sedang tunggu habuan duit Anwar dulu sebelum ambil tindakan. Mereka memberi peluang kpd Anwar utj mendapatkan fulus dulu di Amerika.
    Anwar membawa sekali sepat kering yg dah tak laku sebab dah lunyai depan belakang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












      Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

      Delete
  2. ...



    PENTING:

    Anak2 Muda Yang Saya Kasihi Sekalian.... Harap Kalian Tidak Percaya Dengan 'Janji2 Manis' Mereka ( PAU 2014 )...

    Itu Hanya 'Perangkap' Untuk Menarik Sokongan Anak Muda Yang Sudah Tiada Terutama Di Bandar....

    Anak2 Muda Di Dalam Parti Mereka Sendiri Pun Sudah Meragui Parti Mereka.... Cuma Yang Berucap Di Atas Pentas Itu Sahaja Yang 'Syok Sendiri'...



    Jadi.. Berhentilah berjuang untuk UMNO...

    Jika Kalian Tidak Percayakan Saya....
    Kita Tunggu PAU 2015 pada NOV/DEC 2015....
    Mereka Akan 'Menyalak' Perkara yang sama.... ( Perjuangan UMNO Busuk Hingga Ke USUS )


    Harap Maklum.. TKasih :-D



    MAKIN BERAPI - Tu Dia 'PUKULAN MAUT' Buat PAU 2014!

    MAKIN BERAPI - Tu Dia 'PUKULAN MAUT' Buat PAU 2014!

    MAKIN BERAPI - Tu Dia 'PUKULAN MAUT' Buat PAU 2014!

    ReplyDelete