07 November 2014

LEMBAGA TATATERTIB UM BUANG FAHMI ZAINOL?


Fahmi diwakili oleh Azmi Shaharom pensyarah UM
Sama-sama kita menjadi pemerhati apakah keputusan Lembaga Tatatertib UM selepas kes perbicaraan ini selesai. Memetik laporan akhbar berbahasa Inggeris, Ketua Unit Korporat dan Media UM, Izzad Zalman Abd Kader “ Jika lembaga disiplin mendapati kesalahan mereka begitu serius, hukuman maksimum adalah mengusir pelajar tersebut dari universiti” tegasnya.
Dengan segala bukti melalui rakaman kamera litar tertutup, video, gambar-gambar perhimpunan dan saksi-saksi pada hari kejadian apakah Lembaga Tatatertib UM akan seberani mengikut cara UPSI menggantung selama 3 semester atau membuang terus dari UM mengikut KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI MALAYA ( TATATERTIB PELAJAR-PELAJAR). Sama-sama kita nantikan keputusan lembaga itu nanti.
Sebagai contoh Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) apabila Panel Perbicaraan Tatatertib UPSI sebulat suara memutuskan bahawa Adam Adli digantung pengajian selama 3 semester mensabitkan kesalahan pelajar di bawah KAEDAH 3 (a) (i) dan (ii), BAHAGIAN II, TATATERTIB AM, KAEDAH-KAEDAH UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS ( TATATERTIB PELAJAR-PELAJAR) 1999 (Menjatuhkan nama Universiti/ mengganggu keamanan)

Occupy Gazebo UM Sentral yang menyokong Fahmi dan UM8 nampak hanya di hadiri oleh UMANY DAP. Kesian Fahmi Rehza yang cakap banyak tu.

1 comment:

  1. Budak-budak muda memang patut di hukum sebagai pengajaran utk mereka.Mereka mempunyai peluang utk berubah,perubahan yg berkesan hanya melalui pengajaran,buka dgn memaafkan.Kalau orang tua renta macam Anwar,memang tak boleh buat apa lagi dah,berubah pun tak guna tak berubah pun tak guna.Biarlah Allah saja yg menghukumnya.

    ReplyDelete