16 November 2014

JANGAN KELIRU: SISWA ASPIRASI DAN PRO PEMBANGKANG




Sinar Harian Jumaat 14 November 2014


Oleh: Jabdin Juhat

November atau Disember ini mahasiswa universiti sekali lagi akan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi untuk memilih pemimpin mereka di kampus. Bahang pilihan raya kampus sudah semakin terasa kini apabila beberapa risalah dan poster sudah mula disebarkan dalam kampus.

Keputusan pilihanraya awal di dua universiti utama iaitu UTM dan USM Oktober lalu menunjukkan prestasi cemerlang mahasiswa aspirasi apabila menguasai majoriti dua pertiga kerusi dipertandingkan. Sejak tahun 2003 hingga 2013 ( 10 tahun lalu) mahasiswa aspirasi terus mengekalkan prestasi cemerlang walaupun 2013 ada sedikit penurunan pencapaian di beberapa IPTA utama.

Pertama kali UM diambil alih 
Mahasiswa Aspirasi telah menewaskan mahasiswa kumpulan pro pembangkang yang pernah mendominasi kampus seperti Persatuan Mahasiswa Islam (PMI), Badan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN) dan Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS). Pelbagai rupa NGO haram yang dibentuk sejak zaman reformasi hingga sekarang terus berjaya dipatahkan. 

Mereka marah dengan perlabelan mahasiswa aspirasi dan pro pembangkang tetapi pada hakikatnya sejarah menunjukkan selepas pilihan raya kampus 4 September tahun 2003 satu perubahan besar berlaku dalam sejarah politik pilihan raya kampus di Malaysia apabila akhbar media pembangkang sebelum itu seperti PAS sewenang-wenangnya menggunakan istilah pro pembangkang di muka depan akhbar mereka dengan memuji-muji kemenangan pro pembangkang terpaksa mengubah taktik dengan menukarkan nama mahasiswa pro pembangkang dengan istilah ‘Mahasiswa Idealis’ (Harakah 5 September) untuk menutup malu di atas kekalahan besar pro pembangkang di 15 IPTA ketika itu. 

Setahun kemudian mahasiswa pro pembangkang menukar gerakan mereka kepada mahasiswa  Pro Mahasiswa (Pro M) untuk mengaburi mahasiswa mengenai perjuangan mereka. Istilah gelaran pro mahasiswa kekal digunakan sehingga ke hari ini. Hakikatnya apapun nama yang mereka gunakan istilah paling tepat ialah Mahasiswa Pro Pembangkang. 

Bagaimanapun terdapat mahasiswa yang masih keliru dengan istilah Mahasiswa Aspirasi dan Mahasiswa Pro pembangkang ( Pro M). Pada penulis perkara ini perlu dijelaskan agar mahasiswa di universiti tidak tertipu dan terpesong oleh mahasiswa pro pembangkang yang mengambil kesempatan terhadap mereka. Bagaimana kita mahu mengenali perbezaan diantara kedua-dua kumpulan ini?

Kita abaikan gerakan mahasiswa era 70an yang tentunya berbeza dengan hari ini. Tahun 2003 sehingga sekarang merupakan era penguasaan mahasiswa Aspirasi di kampus. Modus operandi dan sikap mahasiswa pro pembangkang sejak dahulu tidak jauh berubah hingga sekarang. Terbakarnya Dewan Tunku Canselor UM tahun 2001, gerakan demonstrasi jalanan, PMIUM bersama PAS, mahasiswa ditahan ISA, isu perkauman di UPM tahun 2005, konfrontasi dengan universiti, mansuh AUKU, ISA 7, isu Adam Adli dan yang terbaru Fahmi Zainol PMUM bersama Anwar merempuh pagar UM adalah contoh mencerminkan sikap mahasiswa pro pembangkang.


Berbeza dengan Mahasiswa Aspirasi, budaya pilihan raya kampus dengan politik yang lebih rasional telah menunjukkan betapa mahasiswa aspirasi yang menyokong dasar universiti dan kerajaan secara berfakta dan matang dapat melaksanakan tanggungjawab mereka di kampus.

MPPK dapatkan baucar buku


Mahasiswa aspirasi amat jelas lebih banyak menggunakan saluran yang tepat seperti Majlis Perundingan Pelajar Kebangsan (MPPK) menegur, mengkritik dan mencadangkan idea-idea yang baik kepada kerajaan. Isu seperti penurunan kos perkhidmatan PTPTN dari 4 peratus hingga 1 peratus, pelajar cemerlang tidak perlu membayar pinjaman semula, bayaran balik PTPTN serendah RM50, penggunaan kad pengenalan ke Sabah dan Sarawak, kad diskaun Siswa 1 Malaysia, Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS), isu-isu pendidikan, dan lain-lain lagi semuanya lahir dari suara berani mahasiswa yang menggunakan platform yang tepat.

BUKTI
Pemimpin mahasiswa aspirasi membudayakan ilmu untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik. Buktinya Ahmad Wafi Sahedan Presiden MPP USM 2009/2010 (Anugerah Pingat Emas Naib Canselor USM 2011), Mohd Razid Khalid Presiden MPP UPSI 2009/2010 ( Anugerah Lembaga Pengarah UPSI 2011), Shahzada Khan Bin Nawab Khan Presiden MPP UTHM 2009/2010 ( Anugerah DiRaja & Naib Canselor UTHM), Wan Hazman Wan Daud Presiden MPP UTM 2010/2011 (Penerima Anugerah Diraja  Pingat Jaya Cemerlang UTM 2012),  Muhammad Nur Adnan Abu Bakar Presiden MPP UTeM 2013/2014 (Anugerah Pelajaran Diraja UTeM 2014), Mohamad Zulhilmy bin Abd Manan Presiden MPP Unimas 2013/2014 ( Anugerah Pelajaran DiRaja Pingat Jaya Cemerlang UNIMAS 2014), Muhamad Haziq Al Amir Naib Presiden MPP USM 2012/2013 ( Anugerah Pingat Emas Naib Canselor USM 2014) dan ramai lagi.

Mahasiswa aspirasi menjadikan program kebajikan menjadi fokus utama mereka di kampus tetapi mahasiswa pro pembangkang lebih berminat dengan isu-isu politik disekeliling mereka khususnya yang melibatkan parti pembangkang. Mereka sanggup berdemo dan membawa orang luar untuk menceroboh universiti mereka semata-mata untuk politik peribadi seseorang yang mempunyai kes sedang dibicarakan. Tidakkah itu jelas diperalatkan?


Mahasiswa pro pembangkang pula membawa budaya politik emosional. Segala dasar universiti ditentang secara membuta tuli tanpa kajian. Mahasiswa pro pembangkang seringkali menubuhkan pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan universiti atau pendaftar pertubuhan seperti Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS), Badan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA (GMMI), Universiti Bangsar Utama dan Persatuan Demokrasi Pemuda Malaysia (DEMA). Pertubuhan haram kampus inilah yang paling banyak mengadakan demonstrasi menghasut mahasiswa. Tidakkah ini jelas bertentangan dengan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU)?

Bagi mahasiswa aspirasi demontrasi bukanlah cara terbaik. Apatah lagi bersikap kasar dan biadap sehingga merosakkan harta benda awam atau orang lain. Rundingan dan perbincangan tidak bermakna mencerminkan mahasiswa aspirasi takut atau “pak turut”. Mereka ada prinsip berasaskan fakta dan bukan emosi. Ini mencerminkan kematangan mahasiswa aspirasi sebelum bertindak. Pengalaman penulis dalam gerakan mahasiswa, demonstrasi mahasiswa tidak pernahpun menyelesaikan masalah. Malah memburukkan keadaan jika tidak dapat dikawal.  

Apatah lagi kalau demonstrasi itu secara terang-terangan diperalatkan oleh pembangkang untuk tujuan politik tertentu.

Perbezaan paling jelas antara mahasiswa aspirasi dan pro pembangkang lagi ialah dari segi program latihan kepimpinan. Mahasiswa Aspirasi menjadikan penglibatan dalam politik kampus sebagai medan latihan melatih kepimpinan. Gerakan mahasiswa pro pembangkang pula menjadikan pusat perkaderan parti pembangkang di kampus sehingga sanggup “berbaiah” seperti yang berlaku kepada Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) di IPTA yang pernah didedahkan suatu ketika itu.

Mereka melahirkan pemimpin mahasiswa pro pembangkang untuk diserapkan dalam parti pembangkang di negara ini. Mereka sanggup melahirkan Ikon anak muda pro pembangkang yang tidak berjaya menamatkan pengajian dan dianggap hero anak muda dari sanggup melahirkan anak muda penerima Anugerah Pelajaran Diraja atau Pingat Emas Naib Canselor Universiti!.

Oleh itu sama-samalah kita menolak mahasiswa pro pembangkang di kampus. Marilah kita sama-sama menyokong mahasiswa Aspirasi yang mendokong aspirasi universiti dan negara. Mahasiswa yang cintakan keamanan tidak akan membiarkan imej universitinya tercalar oleh agen politik luar. Sebarang anasir yang merosakkan pemikiran mahasiswa seperti yang berlaku di Universiti Malaya baru-baru ini sewajarnya ditolak secara muktamad. Janganlah kita mengkhianati universiti dan negara yang berjasa kepada kita.






1 comment:

  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    ReplyDelete