12 November 2014

GERAKAN MAHASISWA CINA DAP DAN PKR PERGUNAKAN FAHMI ZAINOL?


Oleh: JBJ

Selepas dikecam teruk oleh rakyat dan mahasiswa UMS minggu lalu dalam siri Jelajah Hasutnya kerana menghina mahasiswa dan rakyat Sabah. Fahmi meneruskan misi Jelajah Hasutnya ke Utara tanah air.

Simon Ooi kini berusaha membantu menaikkan SPF

Keliru dengan mandatnya yang tak selesai di UM, maka dia mula mencampuri mandat di IPTA sebelah utara seperti UUM dan USM pula. Fahmi tergesa-gesa untuk mengejar movement “glamor”nya sebelum lenyap.

Tian Chua Jurulatih yang baik
Kali ini Fahmi di USM diperalatkan oleh gerakan mahasiswa DAP/PKR, Student Progressive Front USM. Kumpulan mahasiswa ini adalah kumpulan yang aktif bergerak sekitar 2004 hingga 2006 dipimpin oleh Soh Sok Hwa USM yang pernah dikenakan tindakan tatatertib USM kerana terlibat dalam kempen pilihanraya bersama Tian Chua bersama Ginie Lim. Di UPM mereka bergerak atas nama Gerakan mahasiswa maju (GMM) yang mempunyai rangkaian kuat DEMA. Tahun 2005/2006 gerakan mahasiswa cina DAP/PKR ini agak kuat dan mencipta “movement” namun hari ini mereka “Hidup Segan Mati tak mahu”. Mungkin mereka kehilangan pemimpin yang terbaik dilatih oleh Tian Chua.


Anak didik Tian Chua

Kita tidak harus menafikan usaha perkaderan yang dilakukan oleh Tian Chua dalam gerakan membangkitkan semangat Gerakan Mahasiswa Cina yang pro DAP dan PKR. Antara anak didik aktivis Tian Chua yang menjadi wakil rakyat dan aktif dalam parti sekarang ialah Lee Khai Loon (UTM), Chang Ling Kang ( UPM), Simon Oi (UPM) dan  Ginie Lim (USM).

Lee Khai Loon (UTM)

Lee Khai Loon sebagai anak didik Tian Chua  antara individu menubuhkan Youth for Change (Y4C), sebuah persatuan pemuda pada 2006 dan setiausaha kawasan Asian Students Association (ASA). Pernah terlibat dengan kempen pilihanraya Lunas, Teluk Kemang, 2000,Penyelaras kempen Tian Chua di Lunas PRU ke-11 (2004), terlibat dengan kempen Elizabeth Wong, DUN Bukit Lanjan & Gan Per Nei di DUN Rawang, PRU ke-12, 2008 dan Penyelaras kempen pilihanraya Permatang Pauh, Bukit Selambau, Penanti, Bagan Pinang dan Tenang. Anda mesti ingat cara provokasinya menghina PM dengan Demonstrasi Kangkung!



BIADAP: Khai Loon dalam satu demonstrasi kecil  membawa gambar besar replika Najib dengan mulut ternganga yang disumbat dengan 10 kilogram kangkung



Ginie Lim - Aktivis USM. Bekas Dun Machap Melaka.Sekarang dalam AMK


Anak-anak didik Tian Chua dulu kebanyakannya adalah bekas aktivis Persatuan Bahasa Tionghua UPM dan USM. Chang Ling Kang, Ginie Lim, Lee Huat Seng misalnya turut menjadi anggota Malaysia Youth & Student Democratic Movement (DEMA) bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Kesemuanya pertubuhan haram untuk mempengaruhi mahasiswa kampus ketika itu.


Chang Ling Kang- Aktivis UPM dan SUARAM

Masih ingat Movement tahun 2006?   Terdapat isu di UPM yang digelar "THE MALAY MONKEYS OF UPM"  video pendek (provokasi) yang disebarkan oleh wartawan Merdekareview yang menyebabkan isu perkauman di dalam kampus. Malaysiakini turut memainkan peranan ketika itu. Menteri Pengajian Tinggi ketika itu terpaksa menanganinya. Penulis turut terlibat membantu memberi cadangan kepada Menteri Pengajian Tok Pa cara sesuai menanganinya.




Video UPM yang pernah mencetuskan isu di negara ini. Simon Ooi semasa di UPM kini ADUN BAKAR ARANG terlibat.  



Siapakah antara dalangnya? Chang Ling Kang dan Lee Huat Seng (USM) mesti tahu. Dalam video itu jelas Mahasiswa bernama Lee Huat Seng (USM) memasuki UPM membuat kacau di UPM. Tak kan Simon Ooi Adun Bakar Arang tidak tahu?. Ketika itu Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tidak membenarkan sebarang bentuk kempen politik luar memasuki kampus tetapi Persatuan Bahasa Tiong Hua (PBT) dan Dema sudah berani melakukannya.


Lee Huat Seng (USM) yang kelihatan dalam video UPM (atas)
yang disebarkan oleh merdekareview
turut berperanan dalam beberapa siri demo di bandar Kuala Lumpur.


Chang Ling Kang walaupun tamat pengajian di UPM meneruskan misinya di SUARAM. Kini beliau adalah Adun N.45 Teja Perak.  Bertanding dalam AMK tetapi tewas.

UPM itu tidak berakhir disitu sahaja apabila akhirnya terdedah pertemuan sulit DEMA di Cameron Highland. Gambar Simon Ooi (UPM)  membuktikannya yang memberikan penerangan gerak kerja itu ketika itu. Kini Simon Ooi adalah ADUN Bakar Arang di Penang.




Persoalannya apakah penyertaan Simon Ooi di USM pada 15 Nov 2014 nanti bersama Fahmi Zainol adalah satu cara untuk mengangkat kembali kumpulan yang telah malap itu? Sehingga terpaksa menggunakan Movement Fahmi untuk mengetengahkan SPF USM? Apakah mereka sedang membangkitkan SPF (USM) yang sedang tidur sekarang dan rangkaian mereka di UPM (GMM) serta UM (UMANY)? Mengapa memilih untuk menggunakan Fahmi Zainol?  


SPF dan DEMA mungkin boleh berbangga dengan Gerakan di USM bawah Ginie Lim dan Soh Sook Hwa. Setakat hari ini kita tidak nampak lagi kekuatan SPF USM.  Apakah menumpang populariti Fahmi Zainol maka SPF mampu bangkit? Apakah pintu pagar USM akan dirempuh lagi untuk mencipta movement baru?

Mengenai kehadiran Fahmi Zainol di UUM pada 14hb andaian penulis tidak banyak yang boleh beliau lakukan disana. Penulis yakin Fahmi dan rakannya yang kehilangan mandat dari universitinya akan disambut oleh jentera aspirasi UUM di sana. Apa akan berlaku? Apakah pintu pagar UUM di dalam hutan ini mampu dirempuh?

Mengenai Zainulfaqar bekas mahasiswa UM yang nak bersama Fahmi Zainol saya tak mahu mengulas banyak. Zaman dia penulis hanya nampak replika keranda yang beliau usung dalam siri demonstrasinya dan kemampuannya menumbuk muka Kalam Azad Pegawai UM yang mengejarnya semasa demo. Barangkali beliau mahu menumpang populariti dari Fahmi. Maklum berkurung lama di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.





1 comment:

  1. ....


    (( Loceng Amaran!! ))- Selepas Penjarakan Anwar. UMNO Bersiap Sedia Untuk PENJARAKAN Azmin Dan Wan Azizah Pula!!!??

    Dakwaan BerNiat Jahat - Dakwa, Saman, Tangguh 90x. Peguam BODOH!!! ??

    Sumber Berita


    >> Klik Di Sini <<




    -----------------------------------------------------------------------------------------------------------

    Agenda Jahat UMNO - UMNO Mahu Musnahkan Perpaduan PR Utk Terus BKUASA!

    -----------------------------------------------------------------------------------------------------------


    Generasi lama, generasi muda dan generasi baru perlu berhati2 dgn tektik UMNO sekarang yg menggunakan media mereka..

    Matlamat mereka hanya satu... Mahu kekal berkuasa...

    Oleh itu, mereka perlu memastikan Pakatan Rakyat berpecah agar rakyat sudah tidak percaya kpd Pakatan Rakyat lg.. ( Konon nya lah )

    Jadi di bawah adalah tektik mereka yg dianggap berkesan... ( Konon nya lah )

    1. UMNO akan cuba habis2an agar PAS keluar dr PR... Semua cerita mereka palsu belaka..

    2. UMNO akan menggunakan Anwar habis2an sbg liabiliti PKR... Sebenarnya mereka takut dgn kekuatan Anwar..

    3. UMNO yg sudah hilang pengundi Cina, akan melabel DAP mcm2... Jahat mereka tak sedar, nak kata DAP pulak jahat...


    Jadi, sy mohon sgt, jgn mudah percaya dan tertipu dgn permainan jahat mereka...

    Tolong ye :-)


    Sumber Berita


    >> Klik Di Sini <<


    MAKIN PARAH - UTUSAN MALAYSIA Kata Pemuda UMNO 'TERLAJAK BODOH'

    MAKIN PARAH - UTUSAN MALAYSIA Kata Pemuda UMNO 'TERLAJAK BODOH'

    MAKIN PARAH - UTUSAN MALAYSIA Kata Pemuda UMNO 'TERLAJAK BODOH'




    Perjuangan Puteri UMNO BUSUK HINGGA KE USUS - DR.M

    Perjuangan Puteri UMNO BUSUK HINGGA KE USUS - DR.M

    Perjuangan Puteri UMNO BUSUK HINGGA KE USUS - DR.M

    ReplyDelete