01 November 2014

Akhirnya "Sibongkak" UM dikenakan Tindakan Kaedah-kaedah Tatatertib Universiti



Akhirnya selepas dikritik teruk oleh media massa UM telah mengambil tindakan tegas kepada Fahmi Zainol Presiden PMUM yang sebelum ini dengan sombongnya mencabar pengurusan universiti agar memecat dirinya kalau berani.

Fahmi Zainol telah diambil tindakan melalui peraturan Kaedah-kaedah Tatatertib Universiti Malaya apabila mengadakan perhimpunan haram pada 27 Oktober lalu disertai mahasiswa dan parti-parti pembangkang di luar pintu pagar UM seterusnya menceroboh masuk ke dalam UM. 

Fahmi akan berdepan dengan sembilan pertuduhan iaitu;


1. Menganjurkan satu perhimpunan melebihi lima orang tanpa kebenaran naib canselor.

2. Memanggil satu himpunan melebihi lima orang tanpa kebenaran naib canselor.

3. Menghadiri satu perhimpunan yang tidak dibenarkan universiti.

4. Menjalankan urusan yang "merosakkan atau memudaratkan kepentingan, kesejahteraan atau nama baiik universiti" di kampus.

5. Menjalankan urusan yang "merosakkan atau memudaratkan ketenteraman atau keselamatan awam, moral, kesopanan atau tatatertib" di kampus.

6. Melakukan perbuatan yang menyebabkan apa-apa halangan, kesulitan, kegusaran, kerugian atau kerosakan kepada mana-mana orang dalam universiti.

7. Memiliki alat pembesar suara atau alat-alat serupa tanpa kebenaran naib canselor.

8. Gagal mengikut arahan kakitangan atau pegawai universiti semasa perhimpunan.

9. Gagal mematuhi surat tunjuk sebab pada 23 Oktober.


Perbicaraan kes tatatertib UM ini dijadualkan pada 7 November.


BUKTI: Kenderaan rasmi Parti Keadilan anjuran PMUM semasa program

Sebelum ini penulis telah menulis mengenai kelemahan pihak pengurusan IPT di Utusan dan Sinar Harian yang menyebabkan kes-kes seperti di UM tidak akan melarat sekiranya ditangani lebih awal.




Dengan ini lahirlah satu lagi Adam Adli yang baru bakal mengharungi tindakan disiplin dan kemungkinan pengajiannya terjejas. Apakah kesan kepada keluarganya? 

Fahmi masih boleh merayu kepada Universiti UM dan peringkat lebih tinggi iaitu Menteri Pendidikan selepas kesnya dibicarakan oleh Lembaga Tatatertib UM. 

Apakah Fahmi akan dibela oleh kumpulan Anwar Ibrahim yang sibuk dengan kes perbicaraannya? 


Sebagai rujukan mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012 


Aktiviti pelajar atau persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar


15. (1) Tertakluk kepada subseksyen (2), seseorang pelajar Universiti boleh menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, termasuk mana-mana parti politik.


(2) Seseorang pelajar Universiti tidak boleh

(a) menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia;

(b) menjadi ahli mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang, yang bukannya suatu parti politik, yang ditetapkan oleh Lembaga sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu; atau

(c) terlibat dalam aktiviti parti politik di dalam Kampus.


(3) Seseorang pelajar Universiti dan mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti yang ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan, tidak boleh menyatakan atau melakukan apa-apa jua yang boleh semunasabahnya ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan kepada atau simpati dengan atau bangkangan terhadap

(a) mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang menyalahi undang-undang, sama ada di dalam atau di luar Malaysia; atau

(b) mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang ditetapkan oleh Lembaga sebagai tidak sesuai demi kepentingan dan kesentosaan pelajar atau Universiti itu.



No comments:

Post a Comment