26 October 2014

PMUM & PMIUM: KERANA ANWAR, SANGGUP TAK GUNA OTAK!

PMUM & PMIUM: DRAMA YANG TAK SUDAH


1. Kalau pemimpin mahasiswa sekarang menggunakan Otak mereka, tentu kenyataan Presiden PMUM ini tak akan seperti sekarang.

2. Nak pecat apanya beliau pun jadi Presiden MPP baru terpijak ( gantian) selepas Presiden lama meletak jawatan. Tempoh pemilihan MPP UM dah nak tamat bila-bila masa apabila PRK UM akan diadakan. Jadi melayan karenah "pecat" adalah ugutan Otak Udang yang kosong. Hanya akan mencerminkan tahap pemikiran seorang jaguh kampung sahaja!


3. Untuk apa bawa program melibatkan org tua bernama Anwar yg beliau sedang berhadapan dengan kes mahkamah yang sedang dibicaraka. Tindakan sedemikian dilihat menghina mahkamah. Oleh yang demikian selain faktor AUKU pindaan 2012 dan kaedah tatatertib UM tentulah hal yg dianggap menghina mahkamah pihak Pengurusan UM tidak akan bersekongkol dengannya. Tindakan UM menghalang adalah tepat.

4. Apa dah jadi dengan PMIUM sekarang? Kerana Fahmi Zainol seorang Presiden populis yg pro Anwarinas sehingga sanggup berjuang untuk individu politik bernama Anwar. Apakah Presiden PMUM ini berjaya membawa agenda kebajikan mahasiswa di dalam UM berbanding agenda politik Anwar? Bagaimana kumpulan mahasiswa yang tak sampai 20% ini berhadapan dengan pengundinya dalam pilihan raya kampus nanti? Sama-sama kita lihat sama ada agenda parti pembangkang diterima atau agenda kebajikan / pendidikan diterima di UM.

5. PMIUM yang kuat perkaderannya sejak sekian lama telah dirobek-robek oleh agenda Anwarinas? Jika dahulu PMIUM bangga dengan tarbiah, baiah, tamrin oleh pimpinan PAS seperti Hadi Awang di Taman Melewar kini fikrah mereka berpecah. PMIUM sudah hilang taring dan bisa. Lantaran itu ramai mantan PMIUM yang beralih arah kepada parti PKR atau kekal dalam PAS yg pro Erdogan.

6. Apakah masalah PAS di luar sana turut dihadapi oleh PMIUM? Tahun 2004 legasi terakhir PMIUM bawah Ramadhan Fitri yang pro PAS tumbang kali pertama di UM apakah kali ini corak politik Anwarinas akan mengekalkan PMIUM, tersingkir atau menjadikan PMIUM sebagai kuda tunggangan sebagai mana PAS dalam Pakatan.

7. FahmiZainol akan tamat sesi sebagai MPP jadi tidak timbul soal pemecatan. Barangkali ini platform Fahmizainol untuk lorong politiknya sebagaimana juga mantan PMUM atau PMIUM yang lain. Paling kurang pun mereka jadi PTD dan pegawai JAKIM.

Mengejar kepentingan politik diri Akhirnya PMUM & PMIUM tergadai. Jadi mahasiswa UM harus mengubahnya. Jadikan PMUM dan PMIUM dengan labu-labunya!

JBJ


No comments:

Post a Comment