22 October 2014

KEMPEN SENTUH ANJING, PENGAKUAN ORANG RAPAT DYANA DAN ZAIRIL ITU MEREKA?


Minggu ini isu anjing jadi viral menenggelamkan isu "Rakyat Hakim Negara" anjuran kempen team Anwar dan gambar mirip Dyana Zairil. Kuasa Media sosial begitu pantas.

Apapun anggap sahajalah mereka yang terlibat program " I want to touch a dog" itu sama perangai dengan wajah mirip Dyana Sofia dan Zairil Khir Johari yang sedang viral itu. Bagi pembangkang yang sokong "dog" tu apa mereka kisah mengenai "touch". Wajah mirip Zairil telah buktikannya untuk wajah mirip Dyana. Betul?

Nurul Izzah MP Parlimen Lembah Pantai yang menyokong Kempen Sentuh Anjing ini agaknya seorang yang kehilangan kewarasan. Tidak hairan kerana sebelum ini MP yang sama turut menyokong isu pemurtadan orang Melayu. 


'

Inilah akibatnya apabila jarum halus agenda Islam Liberal dan plural dikembangkan di negara ini. Belum masuk lagi orang Islam sendiri yang menulis secara songsang fatwa-fatwa yang mengelirukan umat Islam telah ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yang JELAS telah difatwakan haram sehingga menjadi mainan oleh MP Kafir Komunis seperti Nga Kor Ming. 




Kata Nik Aziz kepada penganjur dan penyokong dan peserta program Kempen Sentuh Anjing " TIDAK BEROTAK"




CERITA MUKA MIRIP DYANA DAN ZAIRIL



Tidak kurang hebatnya cerita asmara Dyana Sofya dan Zairil Khir Johari. Sehingga ke hari ini keduanya belum melaporkan kepada polis. Apakah sebabnya? mengejutkan!



Salah seorang kenalan Facebook kepada Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari mengakui bahawa beberapa keping gambar kontroversi yang tersebar di laman sosial baru-baru ini sebagai asli dan tulen.

Akaun Facebook bernama Fairuz Azhan itu turut meminta orang ramai supaya memikirkan kejadian tersebut dengan pemikiran yang waras.

"Memang akaun Zairil yang ori (asal) sebab gambar-gambar keluar 'timeline' frensnya (kawan FB) termasuk saya. Jelas gambarnya bukan 'photoshop', gambarnya merupakan video gambar-gambar percintaan mereka dengan kata-kata cintan cantun (romantik). 

"Kena 'hack' (ceroboh)? Pertama kali kena 'hack' dan selama 5 minit? Sila guna akal / fakta, bukan sentimen," tegas beliau.

Zairil yang juga Ahli Jawatankuasa (CEC) DAP itu dikatakan cuba menghantar gambar berkenaan secara sulit kepada penerimanya namun gagal tanpa sedar.

"Jelas bahawa sebenarnya Zairil niat nak buat 'private post' (penghantaran sulit) tetapi terbuat 'public' (umum). Dalam post yang sama, Zairil 'tag' akaun Dyana yang peribadi, 'Dyana So'. Post jam 6.50 pagi semalam, 'removed' jam 6.55 pagi bila tersedar.

"Memang la takkan upload (muatnaik) sendiri tapi kalau dah tersilap, benda nak 'send private' tersend jadi 'public', jadilah macam ni. Kenapa tak logik Zairil ada 'affair' (hubungan) dengan Dyana? Sila jelaskan... Selama ini aku diam je jaga aib 'as a gentleman'. Since (sejak) dah buka aib sendiri... barakallah," katanya.


Macam-macam ada!

No comments:

Post a Comment