18 August 2014

PAS U-TURN, KHALID IBRAHIM AKAN 'TURN OFF"?


Puak Anwarinas diketuai oleh Mat Sabu Timbalan Presiden PAS mengumumka hasil mesyuarat. Ke mana Presiden Parti? kecewa? Mana Nasaruddin Tantawi yang
lantang bertahan?


Keputusan PAS U-Turn sudah dijangka lebih awal. Mesyuarat 17 Ogos 2014 pimpinan Pas Pusat yang berlangsung selama 90 minit itu mendedahkan dua nama, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Abdul Khalid.



Hancur ketetapan Majlis Syura Ulamak PAS yang di buat sebelum itu yang mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim. Ternyata AJK pimpinan PAS yang didominasi oleh puak erdogan dan Anwarinas memenangi pendapat untuk memilih Wan Azizah Wan Ismail sesekalipun dikaburi dengan nama Azmin Ali.  

Pada sebelah petangnya mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) dengan penuh gimik sebulat suara meletakkan nama Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal. Sekali lagi membelakangi ketetapan PAS dalam Mesyuarat PAS meletakkan dua nama. Begitu kemaruk kuasanya mereka!

Sekali lagi ketua Anwarinas dalam PAS mengetuai! - Pengerusi PBA bawah
Guan Eng lah katakan!

Apa kata Khalid Ibrahim?



KENYATAAN MEDIA
17 OGOS 2014

SAYA AKAN MOHON MENGHADAP DYMM SULTAN SELANGOR BERKENAAN STATUS MENTERI BESAR

Saya menerima dengan hati terbuka keputusan Parti Sa-Islam Malaysia (PAS) berkenaan status Menteri Besar dan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.

Dengan perkembangan terbaharu ini, saya akan memohon menghadap DYMM Sultan Selangor untuk memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya.

Sehingga DYMM Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor bersama 4 ahli MMKN daripada PAS akan meneruskan pentadbiran bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini.

Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan semua rakyat Selangor atas sokongan dalam usaha bersama untuk menjayakan agenda reformasi di Selangor.

Saya juga berterima kasih atas kesabaran semua pihak dalam penyelesaian isu dan perkembangan-perkembangan terkini mengikut tatacara yang betul dan berasaskan undang-undang.

Insya’Allah, rakyat Selangor akan terus dipelihara dan diberkati Allah SWT.

TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Apakah Khalid Ibrahim yang masih sah sebagai MB Selangor sekarang akan menekan butang "Turn Off" iaitu membubarkan DUN selepas mengadap Sultan Selangor?

Atau Khalid Ibrahim U-Turn sama ikut PAS dan PKR semula? 

Selepas Rafizi dan Saifuddin menelanjangkannya kononnya berlaku salah laku melalui sidang akhbar yang di paparkan dalam media sosial apakah Khalid Ibrahim membiarkan mereka yang  mengaibkannya sebelum ini bermaharajalela?

Apa kata Hadi Awang?

Terbaru Hadi Awang seperti nada kecewa berkata terserah kepada Sultan Selangor memperkenankan atau sebaliknya Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baharu. 



Apapun Tan Sri Khalid mempunyai masa untuk menghabiskan drama ini sebagaimana Anwar sedang berdrama. Butang Turn Off untuk membubar DUN ibarat di hujung jari sahaja. Harapan Nik Aziz dan Anwar team ialah agar tidak dibubarkan Dun dan diberi percuma kepada mereka untuk peralihan kuasa. 

Seperti kata Prof Aziz Bari...Khalid Ibrahim seperti pencuri yang perlu memulangkan barang yang dicurinya.  Adakah kita akan tahu Tan Sri Khalid Ibrahim akan memulangkannya? 

JBJ


15 August 2014

Strategi Khalid Ibrahim baru sehingga 28 Ogos 2014!



Dihentam oleh puak Erdogan PAS pro Anwarinas hari ini TSKI tetap "cool" dengan caranya. Seakan sudah tahu apa yang berlaku di hadapan sana beliau seolah-olah sedang mengikuti skrip "mendera Anwar Ibrahim" yang memalukannya. Langkah kajang yang menjadi Langkah Kejang akhirnya memakan Anwar Ibrahim dan PKR yang terdesak sebelum beliau ke penjara.

Kali ini Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kedudukan menteri besar sehingga 27 Ogos ini.

“Saya telah berkomunikasi dengan DYMM Sultan Selangor berhubung perkembangan terbaharu politik di negeri ini termasuk sentimen di kalangan Ahli-ahli Dewan Negeri Selangor.

“DYMM Tuanku Sultan telah menitahkan yang  baginda berpuashati bahawa saya  mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan pada ketika saya menyembah taklimat pada Isnin, 11 Ogos 2014,” kata Abdul Khalid dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Katanya lagi,  DYMM Tuanku Sultan juga  telah menitahkan supaya beliau tidak membuat sebarang keputusan atau pengumuman berkenaan jawatan Menteri Besar sehingga baginda kembali pada 27 Ogos untuk beliau menghadap sultan.




BUBAR DUN SELANGOR JALAN PALING DI'TAKUTI' ANWAR DAN DAP





Perebutan jawatan Menteri Besar Selangor semakin dramatik apabila Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini mendakwa mendapat sokongan 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu bagi membolehkan beliau menyingkirkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Wan Azizah berkata, turut menyokong beliau ialah dua ADUN daripada Pas iaitu Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) bersama-sama 15 ADUN DAP dan 13 ADUN daripada PKR.


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail perlu menterjemahkan dakwaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendapat sokongan 30 wakil rakyat melalui proses undi tidak percaya di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam satu kenyataan di sini, hari ini Abdul Khalid menyifatkan pengumuman Wan Azizah merupakan satu dakwaan semata-mata dan tidak boleh dikira sebagai sah dari segi undang-undang.

"Saya maklum tentang pengumuman Datin Seri Wan Azizah yang mendakwa beliau mendapat sokongan majoriti ADUN Selangor. Dakwaan ini perlu diterjemah melalui proses undi tidak percaya dalam DUN sebagaimana yang telah termaktub mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri," katanya.


BUBAR DUN SELANGOR?

Kenapa agaknya Anwar Ibrahim tidak berani mencadangkan agar dun di bubarkan? Bagi DAP ia secara terang-terangan tidak perlu membubarkan DUN mengambil contoh isu di Perak. 



Bekas exco Selangor dari DAP, Teng Chang Khim menggesa Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mencontohi krisis menteri besar yang berlaku di Perak pada tahun 2009.

Menurutnya, krisis itu menyaksikan pertukaran menteri besar berlaku tanpa perlunya sidang khas untuk mengusulkan undi tak percaya terhadap menteri besar.Katanya, Khalid juga boleh meletak jawatan tanpa perlu membubarkan DUN
Pilhan akhir Khalid?

Rupanya memerangi Khalid Ibrahim memerlukan 1 Batalion tentera dan beberapa general parti memeranginya. Benar-benar buku bertemu ruas.Tentu KETUM tidak menyangka sejauh ini dirinya boleh ditentang. 

Khalid rasanya akan mengambil jalan akhir yang PR tak mahu iaitu pembubaran DUN!.

Biarlah rakyat memberi mandat!



14 August 2014

KHALID IBRAHIM MENDERA ANWAR DAN MEMATIKAN "KAJANG MOVE"




Rupanya memerangi Khalid Ibrahim memerlukan 1 Batalion tentera dan beberapa general parti memeranginya. Benar-benar buku bertemu ruas.Tentu Anwar Ibrahim KETUM tidak menyangka sejauh ini dirinya boleh ditentang. Selepas Khalid Ibrahim mendera Anwar Ibrahim hari ini Wan Azizah mendakwa mempunyai sokongan 32 ADUN. 

Menurut Wan Azizah, ADUN PAS tersebut iaitu Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) menyatakan sokongan mereka kepadanya bersama-sama 15 ADUN DAP dan 13 ADUN PKR.

Situasi ini menjadikan Wan Azizah kini disokong oleh 30 orang ADUN berbanding Khalid Ibrahim yang disokong oleh 26 orang ADUN.

"Dengan ini saya mengumumkan 30 orang ADUN Pakatan Rakyat termasuk saya menyatakan rasa hilang percaya kami kepada YB Datuk Tan Sri khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

Apakah Tan Sri Khalid Ibrahim agaknya bodoh dan tidak menjangka hal-hala seperti di atas? Tentulah beliau telah menjangkakan segala kemungkinan yang akan dilakukan oleh Anwar dan Azizah.Termasuk usaha yang disebut 32 orang seperti di atas.

memandangkan Sultan Selangor berkuasa di bawah Undang-undang Tubuh Negeri Selangor melantik MB, Exco malah pembubaran Dewan Undangan Negeri. Khalid masih mempunyai senjata terakhir sebelum di bawa ke Persidangan Dun untuk usul tidak percaya kepada Khalid. Pembubaran Dun adalah paling akhir yang akan dilakukan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengajar Anwar Ibrahim dan kuncunya.

Jika berlaku pilihan raya DUN apakah PR akan memenangi Selangor semula? APakah BN dapat mengekalkan 13 kerusinya? Apakah PAS sanggup menjadi penjilat DAP selamanya? Kita tunggu dan lihat!



13 August 2014

Tan Sri Khalid MB Selangor terus menyerang balas!



Bermula dengan surat 
SULTAN SELANGOR MEMPERKENAN TSKI DAN TIDAK MEMPERKENAN WAN AZIZAH



TKSI nampaknya telah bersedia lebih awal. Dia sudah menjangka dan menyediakan jawapan serta serang balas kepada Anwar Ibrahim. Dijangka tindakan akan menyusul dari TKSI ialah;

1. memecat dengan serta-merta Anwar Ibrahim daripada jawatan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor
2. memecat serta merta Saifuddin Nasution Ismail daripada jawatan Penyelaras Perhubungan Kerajaan Negeri dan PKR (pejabat disediakan MB)
3) memecat serta-merta kesemua Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurus Besar dan Ahli Lembaga Pengarah daripada parti PKR-DAP didalam kesemua GLC, Perbadanan dan syarikat milik atau yang dikuasai oleh Kerajaan Negeri Selangor;
4.) melantik Exco tambahan dari ADUN PAS
5) memecat Speaker dan kedua-dua Timbalan Speaker daripada DAP-PKR dan melantik seorang yang bukan ahli parti, seperti bekas Hakim Mahkamah Persekutuan atau sesiapa layak.
6) memberi tunjuk sebab ahli majlis PBT supaya tidak dipecat, jika dipecat semua ahli majlis di isi dgn PAS atau aktivis masyarakat bersesuaian.
UMNO? tak perlulah campur. Buat kerja masing-masing. Rumah tangga org tak perlu campurlah.