24 July 2014

Tuanku Kata saya terus bertugas sebagai MB Selangor!- Khalid Ibrahim




Tan Sri Khalid anak Melayu yang terlibat dengan peristiwa "Guthrie Dawn Raid 1981" serangan subuh! Rasanya Khalid Ibrahim mungkin sekali lagi akan melakukan serangan 2014 selepas beliau dipecat.

Kata Khalid menggambarkan sesuatu!

"#Saya percaya mereka yang terlibat dalam usaha (#menggantikan MB) ini perlu melalui #proses-proses tersebut untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan.

"#Sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, saya akan terus menjalankan #tugas sebagai menteri besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang telah diamanahkan oleh rakyat Selangor yang telah memilih saya melalui proses pemilihan yang sah,"

Menurut Perkara 53(2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 menyatakan baginda Sultan boleh melantik seorang ADUN pada pandangan baginda yang mendapat keyakinan majoriti ADUN, selaku menteri besar.

"Di bawah #Perkara 55(2)(a) pula, dinyatakan baginda boleh menggunakan#budi bicara dalam pelantikan seorang menteri besar.

#Hebat! Di Selangor satu perebutan kuasa MB berlaku di tengah rakyat berduka!
Di Ukraine Puak Pemisah Repukblik Rakyat Donestk (DPR) menyerahkan kotak hitam kepada Malaysia kerana kepercayaan mereka pada Malaysia dan YAB PM Najib


Tan Sri tetap MB

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau telah memberi jaminan kepada Sultan Selangor bahawa beliau akan terus berkhidmat sebagai menteri besar selagi khidmatnya diperlukan.
    
Abdul Khalid berkata Sultan Sharafuddin Idris Shah membayangkan kepada beliau bahawa baginda mahu sebuah kerajaan negeri yang boleh dipercayai, tegas dan bertanggungjawab.
    
"Saya maklumkan kepada Tuanku Sultan bahawa saya akan bertugas sehinggalah saya tidak lagi menjadi menteri besar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Sultan Selangor di masjid Kampung Assam Jawa dekat Kuala Selangor malam tadi.


No comments:

Post a Comment