20 July 2014

Pakar Penerbangan Malaysia Suhaizan Kayat Salahkan Mas dan Kerajaan!


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menerusi sidang media sebelum ini juga pernah memberitahu ia menjadi laluan utama kepada 15 daripada 16 syarikat penerbangan di bawah Persatuan Penerbangan Asia Pasifik dan turut digunakan oleh syarikat penerbangan Eropah yang lain.


Singapore Airlines telah melaluinya sebanyak 75 kali dan Mas sebanyak 48 kali. Ini membuktikan bahawa ia bukanlah laluan terpencil, sebaliknya laluan yang menjadi pilihan ramai. Oleh yang demikian mengapa Suhaizan Kayat Ketua Dewan Pemuda PAS boleh mengeluarkan kenyataan dangkal seolah-olah lebih pakar dari ICAO?


Barangkali dalam sejarah kepimpinan Dewan Pemuda PAS, #Suhaizan Kayat adalah Ketua Dewan paling pakar dalam industri penerbangan!. Dia pandai bercerita mengenai laluan selamat dan gemar#menuding jari menyalahkan org lain. Macam ni ke tahap pemikiran Ketua Dewan Pemuda PAS sekarang?.. 



No comments:

Post a Comment