24 July 2014

Tuanku Kata saya terus bertugas sebagai MB Selangor!- Khalid Ibrahim




Tan Sri Khalid anak Melayu yang terlibat dengan peristiwa "Guthrie Dawn Raid 1981" serangan subuh! Rasanya Khalid Ibrahim mungkin sekali lagi akan melakukan serangan 2014 selepas beliau dipecat.

Kata Khalid menggambarkan sesuatu!

"#Saya percaya mereka yang terlibat dalam usaha (#menggantikan MB) ini perlu melalui #proses-proses tersebut untuk mencapai matlamat yang mereka inginkan.

"#Sehingga proses tersebut berlaku dan selesai, saya akan terus menjalankan #tugas sebagai menteri besar dengan penuh tanggungjawab, tekun dan amanah seperti yang telah diamanahkan oleh rakyat Selangor yang telah memilih saya melalui proses pemilihan yang sah,"

Menurut Perkara 53(2)(a) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 menyatakan baginda Sultan boleh melantik seorang ADUN pada pandangan baginda yang mendapat keyakinan majoriti ADUN, selaku menteri besar.

"Di bawah #Perkara 55(2)(a) pula, dinyatakan baginda boleh menggunakan#budi bicara dalam pelantikan seorang menteri besar.

#Hebat! Di Selangor satu perebutan kuasa MB berlaku di tengah rakyat berduka!
Di Ukraine Puak Pemisah Repukblik Rakyat Donestk (DPR) menyerahkan kotak hitam kepada Malaysia kerana kepercayaan mereka pada Malaysia dan YAB PM Najib


Tan Sri tetap MB

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau telah memberi jaminan kepada Sultan Selangor bahawa beliau akan terus berkhidmat sebagai menteri besar selagi khidmatnya diperlukan.
    
Abdul Khalid berkata Sultan Sharafuddin Idris Shah membayangkan kepada beliau bahawa baginda mahu sebuah kerajaan negeri yang boleh dipercayai, tegas dan bertanggungjawab.
    
"Saya maklumkan kepada Tuanku Sultan bahawa saya akan bertugas sehinggalah saya tidak lagi menjadi menteri besar," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Sultan Selangor di masjid Kampung Assam Jawa dekat Kuala Selangor malam tadi.


20 July 2014

"Nyonya" Korea disiasat PDRM kerana pakai baju menghina Islam!




Hari ini kecoh seorang wanita yang dianggap wanita Cina memakai baju bercorakkan ayat suci Al Quran. Beliau dianggap menghina Islam dan gambar beliau cepat diviralkan dalam media sosial. Akhirnya Tan Sri IGP telah menjawab dalam Twitternya mengenai "makcik" yang menjadi viral ini.





Pakar Penerbangan Malaysia Suhaizan Kayat Salahkan Mas dan Kerajaan!


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menerusi sidang media sebelum ini juga pernah memberitahu ia menjadi laluan utama kepada 15 daripada 16 syarikat penerbangan di bawah Persatuan Penerbangan Asia Pasifik dan turut digunakan oleh syarikat penerbangan Eropah yang lain.


Singapore Airlines telah melaluinya sebanyak 75 kali dan Mas sebanyak 48 kali. Ini membuktikan bahawa ia bukanlah laluan terpencil, sebaliknya laluan yang menjadi pilihan ramai. Oleh yang demikian mengapa Suhaizan Kayat Ketua Dewan Pemuda PAS boleh mengeluarkan kenyataan dangkal seolah-olah lebih pakar dari ICAO?


Barangkali dalam sejarah kepimpinan Dewan Pemuda PAS, #Suhaizan Kayat adalah Ketua Dewan paling pakar dalam industri penerbangan!. Dia pandai bercerita mengenai laluan selamat dan gemar#menuding jari menyalahkan org lain. Macam ni ke tahap pemikiran Ketua Dewan Pemuda PAS sekarang?.. 



18 July 2014

3 RAKAMAN AMATUR MH17 YANG TERHEMPAS




PRAY4MH17: 298 penumpang terkorban


KIEV, Ukraine 17 Julai - Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas, dipercayai ditembak pelancar peluru berpandu di pekan Shakhtarsk di timur negara itu.

Ini adalah kejadian kedua yang menimpa pesawat MAS dalam tempoh 132 hari selepas insiden kehilangan pesawat MH370 yang dalam perjalanan ke Beijing pada 8 Mac lalu.