22 April 2014

Saifuddin Nasution mengaku Fitnah!



Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution semalam, mengakui tuduhan bahawa FELDA mengeksport minyak kelapa sawit ke Israel adalah satu fitnah.
Saifuddin selaku defanden ketujuh dalam kes saman fitnah oleh Felda ke atas beliau dan enam orang lagi mengakui bahawa Felda Iffco Oil Product Sdn Bhd telah melakukan penghantaran ke Palestin bukannya Israel pada 20 Mac 2010.
Saifuddin juga mengakui bahawa Felda tidak pernah menjual minyak kelapa sawit mentah kepada Israel atau mana-mana syarikat milik Israel seperti dalam dakwaan artikel, “2,000 Himpun Bantah Felda Jual Minyak ke Israel” dan “BN Jangan Tipu Rakyat” yang diterbitkan oleh Suara Keadilan pada 27 November 2012.

No comments:

Post a Comment