24 March 2014

Wan Azizah menang, BN akan buat petisyen bantah PRK Kajang?


Nota: Parti BN tidak mungkin akan menyaman atau membuat petisyen pada PR di mahkamah.BN adalah parti yang sanggup menerima kekalahan berbanding PR. PR ni kalau menang SPR dipuji kalau kalah dikutuk. Kes mahkamah pun begitu juga. 


Tahniah wakil suami menang!

Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menang PRK Kajang dengan undi 11,362 undi mengatasi calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun yang mendapat 16,741 undi. Majoriti yang diterima adalah 5,379.


PKR - 16,741
BN - 11,362
Majoriti - 5,379





Jumlah keseluruhan yang keluar mengundi hari ini adalah 72 peratus, lebih rendah dari angka 87 peratus yang direkodkan dalam pilihan raya umum 5 Mei tahun lalu.



BN tewas dalam PRK ini. Bagaimanapun, Kata calonMCA Datin Paduka Chew Mei Fun,  MCA mencapai dua sasaran - untuk mengurangkan majoriti PKR dan meningkatkan sokongan masyarakat Cina kepada MCA, katanya.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata terdapat peningkatan undi daripada kaum Cina kepada BN dalam pilihan raya kecil DUN Kajang berbanding pada pilihan raya umum ke-13. Menurutnya sokongan kaum Cina meningkat 9 peratus iaitu 16 peratus dalam pilihan raya umum ke-13 kepada 25 peratus dalam pelihan raya kecil itu.

Kepada parti MCA kesimpulan saya, MCA belum bersedia lagi. Kata-kata menyedapkan hati tu bolehlah meredakan hati. Tapi hakikatnya pengundi cina kekal memilih PR khususnya DAP. Kawasan pengundi Cina semua peti BN kalah. Ini mencerminkan betapa rasisnya Cina DAP dalam negara ini. Cina DAP bijak mengkudakan PKR dan PAS. Melayu dalam PR pula rela ditunggang oleh penakluk DAP ini. 





No comments:

Post a Comment