08 March 2014

Antara MAS MH 370 dan Air France Flight 447 :Satu Penilaian



Kehilangan pesawat MAS MH 370 menjadi perhatian dunia apabila ia mengembalikan kisah kehilangan sebuah jet penumpang Air France yang membawa 228 orang di lautan Atlantik pada 2009.

Sama seperti pesawat MAS ini, kapal terbang tersebut hilang tanpa memberi sebarang isyarat kecemasan dan hilang tanpa dikesan. Serpihan pesawat hanya dijumpai dua hari kemudian, manakala kotak hitam pesawat tersebut hanya ditemui dua tahun kemudian.

Jet itu hilang empat jam selepas berlepas dari Rio De Janeiro ketika dalam kedudukan di luar jangkauan radar di tengah-tengah Lautan Atlantik di antara Amerika Selatan dan Afrika, di kawasan yang dikenali kerap dilanda ribut tropika.

Komunikasi terakhir dari pesawat itu terdiri daripada isyarat data automatik yang memberi amaran mengenai pelbagai kerosakan elektrik dan tekanan udara di dalam jet tersebut.

Juruterbangnya tidak menghantar sebarang isyarat kecemasan.

Air France membayangkan pesawat berusia empat tahun mungkin dipanah petir, situasi yang berbahaya jika digabungkan dengan masalah lain seperti pergolakan udara.

Teori lain yang dibangkitkan oleh pakar termasuk kesilapan juruterbang, kerosakan mekanikal atau kemungkinan juga keganasan.

“Tiada hipotesis yang menjadi pilihan buat masa ini,” kata Perdana Menteri Perancis, Francois Fillon semalam.
Menurut beliau, perkara yang pasti ialah tiada isyarat kecemasan daripada kapal terbang itu, tetapi siri amaran automatik selama tiga minit menandakan kegagalan semua sistem.

Memandangkan punca nahas itu masih misteri, pencarian kotak hitam menjadi sangat penting.
Hanya pada 3 April 2011, Bureau d’Enquêtes et d’Analyses pour la Sécurité de l’Aviation Civile (BEA) mengumumkan ia telah menjumpai dan akan mendapatkan serpihan besar bangkai pesawat termasuk kotak hitam pesawat.

Laporan akhir yang diumumkan pada 5 Julai 2012, menyatakan,
“that the aircraft crashed after temporary inconsistencies between the airspeed measurements—likely due to the aircraft’s pitot tubes being obstructed by ice crystals—caused the autopilot to disconnect, after which the crew reacted incorrectly and ultimately led the aircraft to an aerodynamic stall from which they did not recover.”
http://www.suara.tv/?p=3101

Kita doakan keselamatan krew dan penumpang Mas MH370..

1 comment:

  1. Assalam,
    Hmmm... seram bila tengok dokumentari nih... bila ajal depan mata...

    ReplyDelete