19 January 2014

Tarik balik saman kepada Tian Chua langkah terbaik?




Langkah UMNO menarik balik saman fitnah terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua dan Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali bukanlah bermakna UMNO tidak serius terhadap pandangan rakyat atau tohmahan yang dibuat oleh pihak lawan.
Penasihat undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun menjelaskan kepada UMNO-Online, Tian Chua dan peguamnya meminta untuk menyelesaikan kes itu di luar mahkamah dan sanggup untuk menarik balik kenyataan fitnah yang merujuk kepada UMNO.
Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen PKR Batu itu mengemukakan empat tawaran dalam usaha memohon UMNO menarik balik saman terhadapnya yang sekaligus membuktikan beliau sebenarnya sudahpun mengakui kesalahanya.
Empat tawaran Tian Chua itu ialah:
  1. Mengakui insiden terancang di Lahad Datu bukan konspirasi UMNO, ini bukan sandiwara UMNO untuk mengalih perhatian orang ramai tentang isu RCI (Suruhanjaya Siasatan Di Raja berkaitan dakwaan pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing). Apa jua yang ada kena mengena dengan UMNO;
  2. Menyatakan kekesalan kenyataan itu telah mengaitkan UMNO;
  3. Memohon untuk memastikan dia (Tian Chua) akan minta KeadilanDaily keluarkan keseluruhan artikel itu serta-merta;
  4. Tanpa apa-apa perintah kos iaitu kos yang UMNO perlu bayar atau sebaliknya dengan kos ditanggung sendiri.
Bekas peguam PKR Yuktes Vijay menulis dalam blognya Fedayeen  menafsirkan langkah UMNO ini sebagai “mungkin itu keputusan terbaik dalam keadaan yang sedia ada”. Katanya lagi, Tian Chua telah menyatakan yang dia akan menggunakan pembelaan kepentingan bersyarat dan komen berpatutan seperti yang dicatat di atas. Ingat kembali Kes Saman Anwar Ibrahim (DSAI) terhadap Tun Dr Mahathir atas alasan bahawa Mahathir telah menfitnahnya seorang peliwat . Mahkamah berpihak kepada Tun Mahathir dengan sebab kenyataan Tun Mahathir itu berkepentingan awam maka DSAI gagal dalam kesnya bukan seperti yang dibohonginya iaitu Hakim dibeli oleh BN

Nampaknya terlalu banyak hal teknikal perundangan yang kita perlu kaji dan hadapi sekiranya penerusan pendakwaan itu dilakukan. Apakah dengan penarikan saman ini UMNO dilihat lemah? atau ada kebaikan untuk UMNO sendiri.

No comments:

Post a Comment