19 January 2014

Lee Khai Loon Adun Machang Bubok sama “kurang ajar” dengan Tian Chua?


Khai Loon dalam satu demonstrasi kecil Khamis lalu, membawa gambar besar replika Najib dengan mulut ternganga yang disumbat dengan 10 kilogram kangkung

Pelbagai pihak seperti Umno Perak menyifatkan tindakan Adun N14 - Machang Bubok, Lee Khai Loon menyumbat sayur kangkung ke dalam mulut replika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini sebagai budaya liar.

Khai Loon dalam satu demonstrasi kecil Khamis lalu, membawa gambar besar replika Najib dengan mulut ternganga yang disumbat dengan 10 kilogram kangkung sebagai simbol bantahan rakyat terhadap kenaikan kos sara hidup kerana dasar-dasar kerajaan.

Apakah kita akan hairan dengan perangai wakil rakyat sedemikian? Pertama kita kena tahu siapakah pemimpin muda PKR ini sehingga sanggup mereka berbuat demikian. Mereka ini adalah bekas-bekas aktivis mahasiswa yang dididik oleh Tian Chua, Naib Presiden PKR. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak nasi. Bapa borek anak rintik begitulah umpanya mereka. Antara anak didik aktivis Tian Chua yang menjadi wakil rakyat sekarang ialah Lee Khai Loon (UTM), Chang Ling Kang ( UPM) dan  Ginie Lim (USM).

Lee Khai Loon sebagai anak didik Tian Chua  antara individu menubuhkan Youth for Change (Y4C), sebuah persatuan pemuda pada 2006 dan setiausaha kawasan Asian Students Association (ASA). Pernah terlibat dengan kempen pilihanraya Lunas, Teluk Kemang, 2000, Penyelaras kempen Tian Chua di Lunas PRU ke-11 (2004), terlibat dengan kempen Elizabeth Wong, DUN Bukit Lanjan & Gan Per Nei di DUN Rawang, PRU ke-12, 2008 dan Penyelaras kempen pilihanraya Permatang Pauh, Bukit Selambau, Penanti, Bagan Pinang dan Tenang.



Apa yang dilakukan oleh Lee Khai Loon dalam demonstrasi kecil membawa gambar besar replika Najib dengan mulut ternganga yang disumbat dengan 10 kilogram kangkung adalah satu dari caranya untuk mempopularkan dirinya. Apakah Lee Khai Loon tidak tahu kesannya? Bukankah gaya popular seperti ini adalah warisan dari Tian Chua? Sekurangnya cara ini dapat menampilkan pemimpin muda dari PKR.

Lee Khai Loon bekas aktivis UTM. 


Selama ini gaya ini dipelopori oleh DAP sepertimana mereka memperkenalkan Ronnie Liew dan Tony Phua dahulu.

Anak didik Tian Chua lain:
Chang Ling Kang, Ginie Lim, Lee Huat Seng, Soh Sook Hwa

Anak-anak didik Tian Chua dulu kebanyakannya adalah bekas aktivis Persatuan Bahasa Tionghua UPM dan USM. Chang Ling Kang, Ginie Lim, Lee Huat Seng misalnya turut menjadi anggota Malaysia Youth & Student Democratic Movement (DEMA) bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Kesemuanya pertubuhan haram untuk mempengaruhi mahasiswa kampus ketika itu.

Chang Ling Kang- Aktivis UPM dan SUARAM

Pada tahun 2006 terdapat isu di UPM yang digelar "The Malay Monkeys of UPM" video pendek (provokasi) yang disebarkan oleh wartawan Merdekareview yang menyebabkan isu perkauman di dalam kampus. Malaysiakini turut memainkan peranan ketika itu. Menteri Pengajian Tinggi ketika itu terpaksa menanganinya. Penulis turut terlibat membantu memberi cadangan kepada Menteri Pengajian Tok Pa cara sesuai menanganinya.

Video UPM yang pernah mencetuskan isu di negara ini.



Siapakah antara dalangnya? Chang Ling Kang dan Lee Huat Seng (USM) mesti tahu. Ketika itu Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tidak membenarkan sebarang bentuk kempen politik luar memasuki kampus tetapi Persatuan Bahasa Tiong Hua (PBT) dan Dema sudah berani melakukannya. Chang Ling Kang walaupun tamat pengajian di UPM meneruskan misinya di SUARAM. Kini beliau adalah Adun N.45 Teja Perak dan Naib Pengerusi Naib Pengerusi MPN Keadilan Perak.  

Lee Huat Seng (USM) yang kelihatan dalam video UPM (atas)
yang disebarkan oleh merdekareview
turut berperanan dalam beberapa siri demo di bandar Kuala Lumpur.

Gerakan di USM

Ginie Lim - Aktivis USM. Hari ini wakil rakyat Dun Machap Melaka

Begitu juga kes-kes di USM (era tahun 2002-2006) yang dipelopori oleh Soh Sook Hwa, Ginie Lim, Lee Huat Seng (Persatuan Bahasa Tionghua) dan Student Progresif Front (SPF). Tindakan pendakwaan AUKU 1971 kepada Soh Sook Hwa paling panas ketika itu. Siapakah yang paling membela? Tentulah guru mereka ketika itu Tian Chua.

Jadi jika Lee Khai Loo Adun Machang Bubok bersikap "biadap" dan "kurang ajar" begitu apa kita nak hairan?.






No comments:

Post a Comment