04 January 2014

Kerajaan Pusat di belakang serbuan JAIS?

Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang melakukan serbuan dan merampas sebanyak 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah dalam serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing telah mencetuskan polemik baru di negara ini. 

14 Oktober lalu, Mahkamah Rayuan memberi kemenangan kepada orang Islam apabila membuat keputusan tidak membenarkan majalah mingguan, The Herald menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu.

Selain itu ia juga jelas bertentangan dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan bahawa penggunaan kalimah Allah hanya tertakluk kepada umat Islam sahaja mengikut peruntukan di dalam Jadual kepada Seksyen 9 Bahagian 1 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 yang diwartakan pada 1988.

Persoalannya mengapa  tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh para pemimpin Pas berhubung insiden ini?

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sebuah jabatan di bawah Kerajaan Negeri Selangor memohon semua pihak supaya memberi ruang kepadanya untuk menjalankan siasatan lebih terperinci terhadap isu penggunaan kalimah Allah oleh gereja di negeri berkenaan.Pengarah Jais Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata pihaknya semalam membuat siasatan lanjut ke atas Persatuan Bible Malaysia dan meminta isu berkenaan tidak diperbesarkan mahupun dipolitikkan mana-mana pihak.

Sudah terang lagi bersuluh jika JAIS di bawah Kerajaan Negeri Selangor mengapa pula ada pihak tertentu mengaitkannya dengan kerajaan pusat? 

Untuk menunjukkan MB dan Kerajaan Negeri seolah-olah tidak terlibat dan berkuasa, bekas calon PR,  Prof Abdul Aziz Bari berkata Menteri Besar (MB) Selangor tiada kuasa ke atas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana badan itu di bawah kuasa Sultan Selangor.

Beliau berkata sebagai ketua agama Islam di Selangor, JAIS yang "menjalankan pentadbiran rutin" dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) adalah sebahagian dari hierarki dan kuasa Sultan.

"Mereka... mesti faham di bawah perlembagaan, Islam ialah perkara di bawah kuasa Sultan dan baginda boleh bertindak dengan atau tanpa nasihat menteri besar.

"Jika Sultan mengambil keputusan untuk tak berbuat apa-apa – seperti kebiasaannya – MB dan exco boleh buat keputusan.

“Bagaimanapun, di saat Sultan buat keputusan, MB perlu beralih ke tepi," kata beliau

Semua ini adalah jalan untuk menyelamatkan Kerajaan Selangor dari serangan politik. Sehingga para pemimpin PR khususnya PAS dan pemimpin PKR Islam sanggup berdiam diri dari membela JAIS. Bagi mereka kenyataan Law Weng San (Adun Kampung Tunku), Rajiv Rishyakaran (Adun Bukit Gasing) dan Yeo Bee Yin (Adun Damansara) mendesak Kerajaan Negeri Selangor menggubal Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 sebagai perkara biasa? Apakah mereka menentang kuasa Sultan Selangor atau sengaja ingin mencetuskan isu agama dan perpaduan kaum di negara ini?

Kenapa Kerajaan Pusat dituduh?

Kehadiran polis semasa serbuan di Gereja dijadikan antara alasan  'menarik' untuk mengaitkan penglibatan kerajaan persekutuan. Kononnya yang mempunyai kuasa ke atas polis, turut berada di belakang serbuan di premis Persatuan Bible. Bukankah polis sebagai pasukan keselamatan boleh membantu agensi lain jika ada keperluan mereka membantu untuk operasi penguatkuasaan seperti serbuan-serbuan yang lain? jadi kehadiran polis bukanlah satu isu kerana pegawai -pegawai JAIS yang bertugas juga perlu dilindungi. 

Sokongan terhadap JAIS

Jika ada sokongan dari NGO Islam atau pihak -pihak tertentu bukanlah satu kesalahan kerana mereka juga menyuarakan atas prinsip dalam Perlembagaan Negara 

Islam adalah agama rasmi Malaysia. Ini diperuntukkan di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi:

’Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan…’.

Namun begitu, agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. (Perkara 3(1)

Tentulah aman damai itu adalah sesuatu yang tidak menjejaskan keharmonian dan sensitiviti majoriti umat Islam di negara ini. Keputusan mahkamah rayuan tidak membenarkan majalah mingguan, The Herald menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu telah jelasnya perlulah dihormati bukannya membuat unsur provokasi untuk dijadikan isu.

Cadangan Pindaan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 yang diwartakan pada 1988 oleh wakil rakyat PR di Selangor adalah cermin bagaimana sikap pemimpin PR terhadap Islam. Mereka ada keputusan majoriti 2/3 jadi biarkan mereka tentukan sendiri. Rakyat  Selangor boleh melihat sendiri bagaimana wakil rakyat mereka bersikap derhaka kepada titah Sultan Selangor. Wakil rakyat PAS dan PR terpaksa bertarik tali bagi menggelakkan mereka bertelagah.

 Biarlah pemimpin PR dalam Kerajaan Negeri Selangor menyelesaikannya. Kita! bolehlah memberi padangan pada isu ini sahaja. Biarkan rakyat Selangor membuat pilihan! Kita sama-sama melihat apakah tindakan Kerajaan Negeri khususnya MB Tan Sri Khalid.

No comments:

Post a Comment