19 January 2014

Insiden Bekalan Elektrik terputus di Sabah dan Labuan: Sabah belum Selamat?



Selepas insiden pencerobohan tentera Sulu tahun lalu. Kita
kemudian kejutkan dengan insiden penculikan pelancongan asing. Menyusul itu ialah insiden sasaran tembakan misteri, dipercayai angkara tiga kumpulan yang melepaskan tembakan menggunakan pistol angin dan guli sebagai peluru menyebabkan kerosakan 30 tempat di Kota Kinabalu, Inanam dan Penampang.



Bekalan Elektrik terputus serta merta!

Pada 17 Januari (Jumaat) pula gangguan bekalan elektrik  berlaku di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang pulih menjelang malam. 


Menurut Pengarah Urusan Sabah Electricity Sdn Bhd Ir Abdul Razak Sallim gangguan bekalan berlaku pada 11.05 pagi yang menjejaskan kira-kira 500,000 pengguna di negeri ini, SESB segera melaksanakan kerja-kerja pemulihan dan berjaya memulihkan bekalan secara berperingkat mulai 12.15 tengah hari.
    
Katanya bekalan elektrik di Ranau pulih sepenuhnya pada pukul 12.15 tengah hari diikuti Tawau dan Labuan (1 tengah hari), Keningau (1.50 tengah hari) Semporna (1.55 tengah hari) dan sehingga pukul 3 petang tadi, bekalan elektrik di Kota Kinabalu telah pulih 70 peratus.
    
Abdul Razak berkata bekalan tenaga di Sandakan juga telah pulih sepenuhnya pada pukul 2.35 petang, namun terputus semula selepas mengalami masalah terpelantit sekali lagi dan usaha memulihkan tenaga di daerah berkenaan masih berjalan.
    
"Sebelum kejadian pagi tadi, status permintaan bekalan (tenaga di Sabah) ialah 731 MegaWatt (MW) dan kapasiti yang kita janakan pada masa itu 877MW. Jadi kita mempunyai margin atau lebihan tenaga sebanyak 146MW," katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu.
    
Beliau menjelaskan gangguan bekalan tenaga berkenaan tiada kena mengena dengan kekurangan bekalan tenaga sebaliknya disebabkan punca lain yang belum dikenal pasti, kerana semasa kejadian SESB mempunyai lebihan tenaga sebanyak 146 MW.
    
Menjelaskan kejadian yang berlaku sehingga menyebabkan seluruh Sabah 'bergelap' Abdul Razak berkata sebelum kejadian pihaknya telah mengesan kerosakan pada pepasangan SESB UMS2 pada pukul 10.56 pagi dan berjaya memulihkannya dalam tempoh 0.001 saat.
    
Bagaimanapun satu saat selepas kerosakan itu dibaiki dengan punca yang belum dikenal pasti, salah satu stesen janakuasa bebas di Sepanggar telah terpelantik keseluruhannya sehingga menyebabkan SESB kehilangan antara 190MW hingga 200MW serta-merta.
    
Katanya berdasarkan reka bentuk sistem penjanaan dan bekalan tenaga SESB penjana di Sepanggar tidak sepatutnya terpelantik, namun ia berlaku juga dan pihaknya masih mencari puncanya.
    
"Apabila kita kehilangan 200MW, ia turut menyebabkan satu lagi stesen janakuasa penjana bebas di Sepanggar terpelantik dan mengakibatkan janakuasa di Patau-Patau Labun turut terpelantik," kata Abdul Razak.
    
Menurut beliau, selepas kedua-dua janakuasa di Sepanggar dan satu di Labuan terpelantik, SESB kehilangan kira-kira 353MW atau pun 48 peratus daripada bebanan pada ketika itu dan sebagai respons kepada keadaan itu, pihaknya terus mengggerakan pelan kecemasannya dengan mengaktifkan enam 'Island Mode' di semua penjananya di seluruh Sabah.
    
Melalui pelan itu, Abdul Razak berkata setiap penjana kuasa akan menjana untuk keperluan kawasan sekitarnya sahaja dan terpisah daripada grid lain bagi menstabilkan penjanaan dan bekalan tenaga di setiap enam 'Island Mode' itu iaitu Malawa, Salut, Labuan, Pangi, Tawau dan Sandakan.
    
Katanya melalui tindakan itu yang merupakan satu daripada prosedur operasi standard (SOP) SESB, bekalan tenaga berjaya dipulihkan secara berperingkat.
    


Keselamatan negeri Sabah di Uji?


Apakah insiden penculikan warga asing, tembakan senapang angin dan terbaru elektrik terputus adalah tindakan yang saling berkaitan untuk menguji sistem keselamatan yang kita ada. Bayangkan apa akan jadi kalau insiden tembak cermin bangunan di sekitar Kota Kinabalu menggunakan peluru hidup?

Apakah pula tindakan terputusnya bekalan elektrik di Sabah dan Labuan baru ini merupakan tindakan sabotaj? Bagaimana jika insiden itu satu ujian untuk serangan seterusnya?

Kerajaan Negeri, Esscom dan Bahagian Keselamatan Negara wajar tidak mengambil ringan dengan beberapa insiden yang berlaku. 


1 comment: