26 January 2014

PELAJAR MALAYSIA DI JEPUN MALU, PENYOKONG PR TIDAK MATANG!




Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Jepun (MSAJ) Zed Al Habshee Syed Abdul Hamid berkata berikutan demonstrasi di Malaysia oleh penyokong Anwar Ibrahim menyebabkan mereka malu untuk bersua dengan penduduk setempat.

 "Kami sebagai rakyat Malaysia yang berada di Jepun berasa malu untuk bersua muka dengan penduduk setempat, apatah lagi memulakan bicara atau bertanyakan tentang isu itu kepada mereka. "Ironinya, selepas insiden itu, kami masih dilayan baik, tidak menerima apa-apa tekanan atau kesan negatif yang secara langsung daripada guru-guru, rakan-rakan mahupun orang Jepun yang lain. 

"Malah, stesen televisyen di sini juga masih menyiarkan rancangan tentang tempat-tempat percutian menarik di Malaysia pada minggu sama insiden itu berlaku. Itu yang menyebabkan kami malu," Zed Al Habshee berkata layanan baik itu menunjukkan rakyat Jepun lebih berfikiran matang dan sentiasa mahu menjaga erat hubungan diplomatik yang dijalinkan dengan Malaysia.Bukan seperti pengikut Anwar yang menyokong membabi buta. "

Dalam masa sama, mereka juga yakin terhadap Malaysia. Itu sebab mereka tenang meskipun tahu ada rakyat kita memijak dan membakar bendera mereka," katanya.

 Pada masa ini, kira-kira 3,000 pelajar Malaysia sedang menuntut di Jepun terutamanya di Kanto (Tokyo) dan Kansai (Osaka) selain Hokkaido, Tohoku, Shikoku dan Kyushu.

21 January 2014

DAP minta Lee Khai Loon minta maaf! kerana Flash mob kangkung


Lee Khai Loon anak didik Tian Chua ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machang Bubuk diarahkan oleh Lim Kit Siang memohon maaf ekoran 'flash mob kangkung' anjurannya yang  melampau, menyakitkan hati dan tidak sensitif.

Lim Kit Siang  berkata, pertimbangan perlu dibuat supaya isu itu tidak diputar belit oleh pihak yang mahu membangkitkan kebencian perkauman. Pandai juga mamat Lim Kit Siang ni erti kebencian perkauman.

Mana mungkin DAP membenarkan PKR menjadi "lead" apatah lagi pemimpin muda di kalangan mereka. Lim Kit Siang dan Lim Guan bukankah pernah memijak gambar pemimpin negara? Itu tak keterlaluan ke?



19 January 2014

Lee Khai Loon Adun Machang Bubok sama “kurang ajar” dengan Tian Chua?


Khai Loon dalam satu demonstrasi kecil Khamis lalu, membawa gambar besar replika Najib dengan mulut ternganga yang disumbat dengan 10 kilogram kangkung

Pelbagai pihak seperti Umno Perak menyifatkan tindakan Adun N14 - Machang Bubok, Lee Khai Loon menyumbat sayur kangkung ke dalam mulut replika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, baru-baru ini sebagai budaya liar.

Khai Loon dalam satu demonstrasi kecil Khamis lalu, membawa gambar besar replika Najib dengan mulut ternganga yang disumbat dengan 10 kilogram kangkung sebagai simbol bantahan rakyat terhadap kenaikan kos sara hidup kerana dasar-dasar kerajaan.

Apakah kita akan hairan dengan perangai wakil rakyat sedemikian? Pertama kita kena tahu siapakah pemimpin muda PKR ini sehingga sanggup mereka berbuat demikian. Mereka ini adalah bekas-bekas aktivis mahasiswa yang dididik oleh Tian Chua, Naib Presiden PKR. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak nasi. Bapa borek anak rintik begitulah umpanya mereka. Antara anak didik aktivis Tian Chua yang menjadi wakil rakyat sekarang ialah Lee Khai Loon (UTM), Chang Ling Kang ( UPM) dan  Ginie Lim (USM).

Lee Khai Loon sebagai anak didik Tian Chua  antara individu menubuhkan Youth for Change (Y4C), sebuah persatuan pemuda pada 2006 dan setiausaha kawasan Asian Students Association (ASA). Pernah terlibat dengan kempen pilihanraya Lunas, Teluk Kemang, 2000, Penyelaras kempen Tian Chua di Lunas PRU ke-11 (2004), terlibat dengan kempen Elizabeth Wong, DUN Bukit Lanjan & Gan Per Nei di DUN Rawang, PRU ke-12, 2008 dan Penyelaras kempen pilihanraya Permatang Pauh, Bukit Selambau, Penanti, Bagan Pinang dan Tenang.



Apa yang dilakukan oleh Lee Khai Loon dalam demonstrasi kecil membawa gambar besar replika Najib dengan mulut ternganga yang disumbat dengan 10 kilogram kangkung adalah satu dari caranya untuk mempopularkan dirinya. Apakah Lee Khai Loon tidak tahu kesannya? Bukankah gaya popular seperti ini adalah warisan dari Tian Chua? Sekurangnya cara ini dapat menampilkan pemimpin muda dari PKR.

Lee Khai Loon bekas aktivis UTM. 


Selama ini gaya ini dipelopori oleh DAP sepertimana mereka memperkenalkan Ronnie Liew dan Tony Phua dahulu.

Anak didik Tian Chua lain:
Chang Ling Kang, Ginie Lim, Lee Huat Seng, Soh Sook Hwa

Anak-anak didik Tian Chua dulu kebanyakannya adalah bekas aktivis Persatuan Bahasa Tionghua UPM dan USM. Chang Ling Kang, Ginie Lim, Lee Huat Seng misalnya turut menjadi anggota Malaysia Youth & Student Democratic Movement (DEMA) bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Kesemuanya pertubuhan haram untuk mempengaruhi mahasiswa kampus ketika itu.

Chang Ling Kang- Aktivis UPM dan SUARAM

Pada tahun 2006 terdapat isu di UPM yang digelar "The Malay Monkeys of UPM" video pendek (provokasi) yang disebarkan oleh wartawan Merdekareview yang menyebabkan isu perkauman di dalam kampus. Malaysiakini turut memainkan peranan ketika itu. Menteri Pengajian Tinggi ketika itu terpaksa menanganinya. Penulis turut terlibat membantu memberi cadangan kepada Menteri Pengajian Tok Pa cara sesuai menanganinya.

Video UPM yang pernah mencetuskan isu di negara ini.



Siapakah antara dalangnya? Chang Ling Kang dan Lee Huat Seng (USM) mesti tahu. Ketika itu Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tidak membenarkan sebarang bentuk kempen politik luar memasuki kampus tetapi Persatuan Bahasa Tiong Hua (PBT) dan Dema sudah berani melakukannya. Chang Ling Kang walaupun tamat pengajian di UPM meneruskan misinya di SUARAM. Kini beliau adalah Adun N.45 Teja Perak dan Naib Pengerusi Naib Pengerusi MPN Keadilan Perak.  

Lee Huat Seng (USM) yang kelihatan dalam video UPM (atas)
yang disebarkan oleh merdekareview
turut berperanan dalam beberapa siri demo di bandar Kuala Lumpur.

Gerakan di USM

Ginie Lim - Aktivis USM. Hari ini wakil rakyat Dun Machap Melaka

Begitu juga kes-kes di USM (era tahun 2002-2006) yang dipelopori oleh Soh Sook Hwa, Ginie Lim, Lee Huat Seng (Persatuan Bahasa Tionghua) dan Student Progresif Front (SPF). Tindakan pendakwaan AUKU 1971 kepada Soh Sook Hwa paling panas ketika itu. Siapakah yang paling membela? Tentulah guru mereka ketika itu Tian Chua.

Jadi jika Lee Khai Loo Adun Machang Bubok bersikap "biadap" dan "kurang ajar" begitu apa kita nak hairan?.






Insiden Bekalan Elektrik terputus di Sabah dan Labuan: Sabah belum Selamat?



Selepas insiden pencerobohan tentera Sulu tahun lalu. Kita
kemudian kejutkan dengan insiden penculikan pelancongan asing. Menyusul itu ialah insiden sasaran tembakan misteri, dipercayai angkara tiga kumpulan yang melepaskan tembakan menggunakan pistol angin dan guli sebagai peluru menyebabkan kerosakan 30 tempat di Kota Kinabalu, Inanam dan Penampang.



Bekalan Elektrik terputus serta merta!

Pada 17 Januari (Jumaat) pula gangguan bekalan elektrik  berlaku di seluruh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang pulih menjelang malam. 


Menurut Pengarah Urusan Sabah Electricity Sdn Bhd Ir Abdul Razak Sallim gangguan bekalan berlaku pada 11.05 pagi yang menjejaskan kira-kira 500,000 pengguna di negeri ini, SESB segera melaksanakan kerja-kerja pemulihan dan berjaya memulihkan bekalan secara berperingkat mulai 12.15 tengah hari.
    
Katanya bekalan elektrik di Ranau pulih sepenuhnya pada pukul 12.15 tengah hari diikuti Tawau dan Labuan (1 tengah hari), Keningau (1.50 tengah hari) Semporna (1.55 tengah hari) dan sehingga pukul 3 petang tadi, bekalan elektrik di Kota Kinabalu telah pulih 70 peratus.
    
Abdul Razak berkata bekalan tenaga di Sandakan juga telah pulih sepenuhnya pada pukul 2.35 petang, namun terputus semula selepas mengalami masalah terpelantit sekali lagi dan usaha memulihkan tenaga di daerah berkenaan masih berjalan.
    
"Sebelum kejadian pagi tadi, status permintaan bekalan (tenaga di Sabah) ialah 731 MegaWatt (MW) dan kapasiti yang kita janakan pada masa itu 877MW. Jadi kita mempunyai margin atau lebihan tenaga sebanyak 146MW," katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu.
    
Beliau menjelaskan gangguan bekalan tenaga berkenaan tiada kena mengena dengan kekurangan bekalan tenaga sebaliknya disebabkan punca lain yang belum dikenal pasti, kerana semasa kejadian SESB mempunyai lebihan tenaga sebanyak 146 MW.
    
Menjelaskan kejadian yang berlaku sehingga menyebabkan seluruh Sabah 'bergelap' Abdul Razak berkata sebelum kejadian pihaknya telah mengesan kerosakan pada pepasangan SESB UMS2 pada pukul 10.56 pagi dan berjaya memulihkannya dalam tempoh 0.001 saat.
    
Bagaimanapun satu saat selepas kerosakan itu dibaiki dengan punca yang belum dikenal pasti, salah satu stesen janakuasa bebas di Sepanggar telah terpelantik keseluruhannya sehingga menyebabkan SESB kehilangan antara 190MW hingga 200MW serta-merta.
    
Katanya berdasarkan reka bentuk sistem penjanaan dan bekalan tenaga SESB penjana di Sepanggar tidak sepatutnya terpelantik, namun ia berlaku juga dan pihaknya masih mencari puncanya.
    
"Apabila kita kehilangan 200MW, ia turut menyebabkan satu lagi stesen janakuasa penjana bebas di Sepanggar terpelantik dan mengakibatkan janakuasa di Patau-Patau Labun turut terpelantik," kata Abdul Razak.
    
Menurut beliau, selepas kedua-dua janakuasa di Sepanggar dan satu di Labuan terpelantik, SESB kehilangan kira-kira 353MW atau pun 48 peratus daripada bebanan pada ketika itu dan sebagai respons kepada keadaan itu, pihaknya terus mengggerakan pelan kecemasannya dengan mengaktifkan enam 'Island Mode' di semua penjananya di seluruh Sabah.
    
Melalui pelan itu, Abdul Razak berkata setiap penjana kuasa akan menjana untuk keperluan kawasan sekitarnya sahaja dan terpisah daripada grid lain bagi menstabilkan penjanaan dan bekalan tenaga di setiap enam 'Island Mode' itu iaitu Malawa, Salut, Labuan, Pangi, Tawau dan Sandakan.
    
Katanya melalui tindakan itu yang merupakan satu daripada prosedur operasi standard (SOP) SESB, bekalan tenaga berjaya dipulihkan secara berperingkat.
    


Keselamatan negeri Sabah di Uji?


Apakah insiden penculikan warga asing, tembakan senapang angin dan terbaru elektrik terputus adalah tindakan yang saling berkaitan untuk menguji sistem keselamatan yang kita ada. Bayangkan apa akan jadi kalau insiden tembak cermin bangunan di sekitar Kota Kinabalu menggunakan peluru hidup?

Apakah pula tindakan terputusnya bekalan elektrik di Sabah dan Labuan baru ini merupakan tindakan sabotaj? Bagaimana jika insiden itu satu ujian untuk serangan seterusnya?

Kerajaan Negeri, Esscom dan Bahagian Keselamatan Negara wajar tidak mengambil ringan dengan beberapa insiden yang berlaku. 


Tarik balik saman kepada Tian Chua langkah terbaik?




Langkah UMNO menarik balik saman fitnah terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua dan Setiausaha Agung Pas Datuk Mustafa Ali bukanlah bermakna UMNO tidak serius terhadap pandangan rakyat atau tohmahan yang dibuat oleh pihak lawan.
Penasihat undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun menjelaskan kepada UMNO-Online, Tian Chua dan peguamnya meminta untuk menyelesaikan kes itu di luar mahkamah dan sanggup untuk menarik balik kenyataan fitnah yang merujuk kepada UMNO.
Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen PKR Batu itu mengemukakan empat tawaran dalam usaha memohon UMNO menarik balik saman terhadapnya yang sekaligus membuktikan beliau sebenarnya sudahpun mengakui kesalahanya.
Empat tawaran Tian Chua itu ialah:
  1. Mengakui insiden terancang di Lahad Datu bukan konspirasi UMNO, ini bukan sandiwara UMNO untuk mengalih perhatian orang ramai tentang isu RCI (Suruhanjaya Siasatan Di Raja berkaitan dakwaan pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing). Apa jua yang ada kena mengena dengan UMNO;
  2. Menyatakan kekesalan kenyataan itu telah mengaitkan UMNO;
  3. Memohon untuk memastikan dia (Tian Chua) akan minta KeadilanDaily keluarkan keseluruhan artikel itu serta-merta;
  4. Tanpa apa-apa perintah kos iaitu kos yang UMNO perlu bayar atau sebaliknya dengan kos ditanggung sendiri.
Bekas peguam PKR Yuktes Vijay menulis dalam blognya Fedayeen  menafsirkan langkah UMNO ini sebagai “mungkin itu keputusan terbaik dalam keadaan yang sedia ada”. Katanya lagi, Tian Chua telah menyatakan yang dia akan menggunakan pembelaan kepentingan bersyarat dan komen berpatutan seperti yang dicatat di atas. Ingat kembali Kes Saman Anwar Ibrahim (DSAI) terhadap Tun Dr Mahathir atas alasan bahawa Mahathir telah menfitnahnya seorang peliwat . Mahkamah berpihak kepada Tun Mahathir dengan sebab kenyataan Tun Mahathir itu berkepentingan awam maka DSAI gagal dalam kesnya bukan seperti yang dibohonginya iaitu Hakim dibeli oleh BN

Nampaknya terlalu banyak hal teknikal perundangan yang kita perlu kaji dan hadapi sekiranya penerusan pendakwaan itu dilakukan. Apakah dengan penarikan saman ini UMNO dilihat lemah? atau ada kebaikan untuk UMNO sendiri.

14 January 2014

RM 96 Juta bantuan banjir, PR rampas tanah Giat Mara Selangor dan gaji YB naik mana lebih Kangkung?





Persoalan utama adalah tentang bantuan banjir, kenapa mahu mislead cerita sumbangan RM96 juta dengan parodi kangkung. Kena tanya balik Anwar dan pakatan apa mereka bagi pada mangsa banjir?

Kangkung jadi perkataan paling popular!



Jangan termakan umpan kangkung hingga lupa apa yang sebenarnya perlu menjadi key point dalam negara.Apalah sangat dengan satu contoh barangan seperti Kangkung untuk dijadikan isu.  Menyindir dan memerli mengenai "Kangkung" tetapi lupa isu yang lebih besar ialah mempertahankan Kalimah Allah dan PR merampas tanah Giat Mara di Selangor. Giat Mara yang bertapak lama di suatu tempat pun mereka nak rampas!





Bukankah ini isu pendidikan bumiputera yang lebih jelas telah dicabul? Apakah Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Melayu yang berjaya kerana DEB langsung tiada sekelumitkan perasaan kesian tentang anak bangsanya? Adun DAP terang-terangan membawa kontraktor dan Ahli Dewan Perniagaan melawat Giat Mara memberi isyarat bersiap sedia menghalau penghuni pelajar Giat Mara.

Begitu juga dalam penggunaan Kalimah Allah sepatutnya PAS dan pemimpin PR mempertahankan penggunaannya untuk umat Islam sahaja sejajar dengan keputusan mahkamah rayuan. Bukannya 'membedal' JAIS untuk menguatkuasakan pelaksanaan  agama Islam di Selangor. Titah Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam dilanggar. 

Begitu juga dengan kenaikan gaji untuk menteri besar, exco, speaker dan timbalan speaker sehingga 373 %. Ditengah rakyat menghadapi kenaikan kos sara hidup wakil rakyat PR menaikkan gaji. Benarkah gaji dibeku atau diteruskan? semua ini gimik PR. Kalau mereka semua ok. Kalau BN semua salah!





  

DAP Lu Langsi rampas tanah Giat Mara di Selangor!



12 January 2014

BUDAK PENGECUT SMM TIDAK MENGAKU SEBAGAI PENGANJUR HIMPUNAN!

Persatuan Mahasiswa Islam UM ajar jadi penakut ke?

Aktivis mahasiswa, Mohamed Bukhairy Mohamed Sufian Presiden PMIUM yang juga merupakan pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mahasiswa Universiti Malaya hadir ke balai polis Dang Wangi petang semalam untuk memberi keterangan berkaitan himpunan TURUN. 

Beliau berkata "Himpunan itu tiada penganjur. Kalau mereka mahu dakwa (saya), ia bukan satu hujah yang kuat.".

Hairan juga. Ingatkan Presiden PMIUM ni berani sangat! Bukan main hebat iklan dan media sana-sini bercakap mengenai 4 penganjur termasuk SMM ni. tu cakap himpunan tiada penganjur? Standard jawapan peguam mana yang mengajar dia bercakap. Mengaku jelah apa nak takut!...sesekali Naib Canselor UM yang baru panggillah budak ni. Tak habis mengaji lagi, barangkali dapat PTPTN lagi dah kecoh nak jadi pejuang.


SMM tu apa? Sememangnya Mahasiswa Menipu?




08 January 2014

BETULKAH EDELMAN KONSULTAN PEMANDU DI BERI NOTIS PENAMATAN?



 Kesilapan Tweet akhirnya mengundang padah! .

Diberitakan Konsultan yang bertanggungjawab adalah EDELMAN, sebuah syarikat Amerika Syarikat yang berpejabat di Malaysia di Suite 23.02, Level 23 Menara IGB, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur.

Telah dikhabarkan bahawa syarikat konsultan tersebut telah diberikan notis 30 hari penamatan khidmat sebagai pengendali akaun TWITTER @etp-roadmap kerana ketidakcekapan dalam pengendalian akaun rasmi tersebut



06 January 2014

DR MAZA oh DR MAZA - Maafkan aku katanya kerana Jet mewah mu!


Selepas Dr Maza bersyukur dan menyindir dengan ilmunya. Dr Maza akhirnya minta maaf atas gambar "hiasan pesawat" mewah!






Bagus juga taktik Dr Maza ni. silap minta maaf. selepas tu admin bagi pihak yang mengurus FB Dr Maza minta maaf kepada Dr Maza. Sama kes dengan admin Tweet Unit Prestasi dan Pelaksanaan ( PEMANDU) ke?...Lepas ni kalau salah lagi bolehlah cakap " bukan saya tulis dan cakap, tapi admin saya"... 

Kenapa tak cakap akaun Dr Maza kena hack je? hehehe



Penasihat PM PEMANDU perlu di pecat kerana malukan PM!





'error' ni kepala dia ke 'error'? Buat malu PM. Salah taip boleh dikatakan Error?


The Performance Management & Delivery Unit (PEMANDU)- Penasihat Pejabat PM ini melakukan kesilapan seumpama ini. Pegawai atau pihak berkenaan perlu bertanggungjawab. Apakah mereka berniat melakukan sabotaj kepada PM?


Sebelum ini terdapat kes pegawai RTM menyiarkan suara masa TPM berucap secara LIVE di PAU. Artis grafik RTM dipecat kerana salah'caption'. Jadi apa agaknya tindakan untuk pegawai atau konsultan yang berkaitan? bayar mahal-mahal tapi boleh buat silap.

Begini ke yang dikatakan Unit Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU)? Patutpun kepala otak Menteri PEMANDU ni lebih kurang dengan para pegawainya sahaja. Boleh tercapai ke KPI dengan cara kepala otak PEMANDU seperti ini?





DR MAZA memfitnah?


Apa tujuan Dr Maza menyiarkan gambar ini dalam page FBnya? Inilah posting Dr MAZA dlm FBnya sebelum ini. Ada yang merekodkannya. Saya paparkan untuk ulasan. Betul ke jet Sewa PM seperti gambaran Dr Maza?. Jika salah Dr Maza kena meminta maaf. mesejnya ulamak pun kalau nak siarkan maklumat kena semak juga kesahihannya. Jangan main tibai je!

05 January 2014

Hard Rock Cafe, Tan Sri Aseh kata baru cadangan, Apa komen SUPOL PM?


Pelabur Hard Rock Cafe di Malaysia, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir dan Tan Sri Dr Aseh Che Mat Presiden Perbadanan Putrajaya sedang mengadakan lawatan di Putrajaya

Bolehkah isu Hard Rock Cafe Putrajaya melenyapkan cepat isu serbuan JAIS di Gereja minggu ini?. Perlukah kita mengucapkan tahniah pada Tan Sri Dr Aseh Che Mat Presiden Perbadanan Putrajaya yang telah mengumumkannya!...

Pelbagai reaksi rakyat diterima. FB "Rakyat Malaysia Menentang Hard Rock Cafe dan Kelab Malam di Putrajaya" juga telah ditubuhkan untuk mengumpul bantahan rakyat. 




Apa ulasan / komen  Tan Sri Aseh Che Mat?




Apa pandangan Dato' Khairun Aseh Che Mat? anak Tan Sri Aseh dan Setiausaha Politik PM? apakah beliau tahu? Apakah kesannya kepada beliau selaku SUPOL PM? 

Bagaimana pula dengan Dato' Seri  Tengku Adnan Menteri Wilayah selaku Ketua Bahagian Putrajaya apakah beliau tahu akan Hard Rock Cafe ini? Menurut 'page' FB "Rakyat Malaysia Menentang Hard Rock Cafe dan Kelab Malam di Putrajaya" yang dipetik menyebut;

Kami ingin memaklumkan bahawa pengumuman pembinaan Hard Rock Cafe Putrajaya dibuat oleh Presiden Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat bukannya oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor seperti pemahaman sebahagian orang.

Difahamkan pengumuman ini tidak pernah dimaklumkan kepada Tengku Adnan Tengku Mansor. Justeru kita tunggu pandangan Menteri Wilayah Persekutuan minggu hadapan.


04 January 2014

Hebat ! Hard Rock Cafe Putrajaya bakal dibuka

Pelabur Hard Rock Cafe di Malaysia, Tan Sri Syed Yusof Syed Nasir akan membuka sebuah lagi cawangan restorannya di sini selepas pembukaannya di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Melaka.

Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Dr. Aseh Che Mat berkata, secara spesifiknya lokasi keempat Hard Rock Cafe itu ialah di Menara Ikhlas, Presint 3 di sini dan ia akan dibuka secepat mungkin iaitu antara tempoh tiga hingga empat bulan tahun ini.

"Ini akan melibatkan pelaburan yang agak tinggi kerana kita mahu Hard Rock Cafe berkenaan mampu menjadi tarikan baharu orang ramai untuk ke Putrajaya, terutamanya para peminat motosikal Harley Davidson," katanya di sini hari ini.


Apa untungnya Tan Sri Aseh umum perkara ini untuk Putrajaya?

Kerajaan Pusat di belakang serbuan JAIS?

Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang melakukan serbuan dan merampas sebanyak 351 naskhah Bible versi bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah dalam serbuan di premis Persatuan Bible Malaysia di Jalan Gasing telah mencetuskan polemik baru di negara ini. 

14 Oktober lalu, Mahkamah Rayuan memberi kemenangan kepada orang Islam apabila membuat keputusan tidak membenarkan majalah mingguan, The Herald menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu.

Selain itu ia juga jelas bertentangan dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan bahawa penggunaan kalimah Allah hanya tertakluk kepada umat Islam sahaja mengikut peruntukan di dalam Jadual kepada Seksyen 9 Bahagian 1 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 yang diwartakan pada 1988.

Persoalannya mengapa  tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh para pemimpin Pas berhubung insiden ini?

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sebuah jabatan di bawah Kerajaan Negeri Selangor memohon semua pihak supaya memberi ruang kepadanya untuk menjalankan siasatan lebih terperinci terhadap isu penggunaan kalimah Allah oleh gereja di negeri berkenaan.Pengarah Jais Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata pihaknya semalam membuat siasatan lanjut ke atas Persatuan Bible Malaysia dan meminta isu berkenaan tidak diperbesarkan mahupun dipolitikkan mana-mana pihak.

Sudah terang lagi bersuluh jika JAIS di bawah Kerajaan Negeri Selangor mengapa pula ada pihak tertentu mengaitkannya dengan kerajaan pusat? 

Untuk menunjukkan MB dan Kerajaan Negeri seolah-olah tidak terlibat dan berkuasa, bekas calon PR,  Prof Abdul Aziz Bari berkata Menteri Besar (MB) Selangor tiada kuasa ke atas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kerana badan itu di bawah kuasa Sultan Selangor.

Beliau berkata sebagai ketua agama Islam di Selangor, JAIS yang "menjalankan pentadbiran rutin" dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) adalah sebahagian dari hierarki dan kuasa Sultan.

"Mereka... mesti faham di bawah perlembagaan, Islam ialah perkara di bawah kuasa Sultan dan baginda boleh bertindak dengan atau tanpa nasihat menteri besar.

"Jika Sultan mengambil keputusan untuk tak berbuat apa-apa – seperti kebiasaannya – MB dan exco boleh buat keputusan.

“Bagaimanapun, di saat Sultan buat keputusan, MB perlu beralih ke tepi," kata beliau

Semua ini adalah jalan untuk menyelamatkan Kerajaan Selangor dari serangan politik. Sehingga para pemimpin PR khususnya PAS dan pemimpin PKR Islam sanggup berdiam diri dari membela JAIS. Bagi mereka kenyataan Law Weng San (Adun Kampung Tunku), Rajiv Rishyakaran (Adun Bukit Gasing) dan Yeo Bee Yin (Adun Damansara) mendesak Kerajaan Negeri Selangor menggubal Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 sebagai perkara biasa? Apakah mereka menentang kuasa Sultan Selangor atau sengaja ingin mencetuskan isu agama dan perpaduan kaum di negara ini?

Kenapa Kerajaan Pusat dituduh?

Kehadiran polis semasa serbuan di Gereja dijadikan antara alasan  'menarik' untuk mengaitkan penglibatan kerajaan persekutuan. Kononnya yang mempunyai kuasa ke atas polis, turut berada di belakang serbuan di premis Persatuan Bible. Bukankah polis sebagai pasukan keselamatan boleh membantu agensi lain jika ada keperluan mereka membantu untuk operasi penguatkuasaan seperti serbuan-serbuan yang lain? jadi kehadiran polis bukanlah satu isu kerana pegawai -pegawai JAIS yang bertugas juga perlu dilindungi. 

Sokongan terhadap JAIS

Jika ada sokongan dari NGO Islam atau pihak -pihak tertentu bukanlah satu kesalahan kerana mereka juga menyuarakan atas prinsip dalam Perlembagaan Negara 

Islam adalah agama rasmi Malaysia. Ini diperuntukkan di dalam Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi:

’Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan…’.

Namun begitu, agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. (Perkara 3(1)

Tentulah aman damai itu adalah sesuatu yang tidak menjejaskan keharmonian dan sensitiviti majoriti umat Islam di negara ini. Keputusan mahkamah rayuan tidak membenarkan majalah mingguan, The Herald menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitan itu telah jelasnya perlulah dihormati bukannya membuat unsur provokasi untuk dijadikan isu.

Cadangan Pindaan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 yang diwartakan pada 1988 oleh wakil rakyat PR di Selangor adalah cermin bagaimana sikap pemimpin PR terhadap Islam. Mereka ada keputusan majoriti 2/3 jadi biarkan mereka tentukan sendiri. Rakyat  Selangor boleh melihat sendiri bagaimana wakil rakyat mereka bersikap derhaka kepada titah Sultan Selangor. Wakil rakyat PAS dan PR terpaksa bertarik tali bagi menggelakkan mereka bertelagah.

 Biarlah pemimpin PR dalam Kerajaan Negeri Selangor menyelesaikannya. Kita! bolehlah memberi padangan pada isu ini sahaja. Biarkan rakyat Selangor membuat pilihan! Kita sama-sama melihat apakah tindakan Kerajaan Negeri khususnya MB Tan Sri Khalid.

02 January 2014

GEMPAR KENAPA TOL BELUM NAIK LAGI?

Oh Tidak!!!



Perhimpunan "Guling Kerajaan"berjaya!!!

Malaysiakini (berita) kata perhimpunan 10 ribu orang, suhaizan kayat 10ribu, Azan Safar kata 10ribu orang, Malaysia Insider kata 300 ribu orang, harakahdaily (twitter) dalam 500 ribu orang!... itu barangkali dah masukkan orang nak tgk bunga api sekali! dan yang tonton dalam TV sekali. 



Apapun kerajaan kena tengok apa yang 4 NGO ini lakukan ialah kejayaan proses latihan baru untuk anak muda dan kader baru untuk perhimpunan. Sebab ramai otai-otai perhimpunan sejak zaman reformasi dan para pemimpin PR tidak hadir perhimpunan ini.Hanya muka-muka baru untuk diperalatkan.