03 November 2013

Musang berbulu ayam dalam badan-badan strategik kerajaan?

Ingat kembali.....

Zaini Hassan menulis dalam Utusan Malaysia

Apakah kita sedar bahawa ada antara badan strategik itu kini tiba-tiba menjadi tidak bermaya setelah ‘kehadiran’ elemen-elemen itu?

Maklumat itu memberitahu: ‘‘Saya tidak hendak memberikan contoh yang lebih banyak, tetapi saudara perhatikanlah sendiri bagaimanakah ada agensi Kerajaan Persekutuan (dirahsiakan namanya) yang tugas pentingnya mempertahankan dasar-dasar kerajaan, memberi kefahaman kepada rakyat supaya akhirnya mereka memberikan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, boleh pula menerapkan, menyerapkan malah menggunakan instrumen pembangkang yang berusaha mematikan Perdana Menteri.”


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0928&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm#ixzz2jdpINoP7
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Dakwaan Zaini satu pujian - Anwar

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan dakwaan kolumnis Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan bahawa terdapat badan yang cukup strategik dalam kerajaan yang telah dan sedang diresapi oleh orang beliau, adalah satu pujian.

Ketua Pembangkang itu yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh juga menyatakan, ia secara tidak langsung menunjukkan 'kekuatan' dirinya.

Beliau yang mendakwa tidak membaca akhbar arus perdana itu memberikan reaksi sedemikian apabila disoal oleh seorang wartawan portal berita ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di sini.

Anwar sebelum itu memfailkan afidavit jawapan berhubung permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengetepikan sapina yang menghendaki mereka menjadi saksi dalam kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang itu dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Zaini yang juga Penolong Ketua Pengarang 1 Utusan dalam ruangannya, Cuit hari ini menulis rencana yang bertajuk 'Musang berbulu ayam dalam badan-badan strategik kerajaan?'.

Dalam tulisannya, Zaini antara lain menyatakan ada menerima maklumat mengenai badan (atau mungkin lebih daripada satu badan) yang cukup strategik dalam kerajaan yang telah dan sedang diresapi oleh orang Anwar.

Beliau turut menyifatkannya sebagai satu perancangan yang halus, licik dan terancang yang boleh menjejaskan kerajaan semasa.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0929&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_12.htm#ixzz2jdq5kwmg
© Utusan Melayu (M) Bhd 



No comments:

Post a Comment