07 July 2013

Iktibar Kejatuhan Presiden Mesir, Morsi dan kehancuran Mesir



Tentera Mesir (3/7/2013) menggulingkan dan menahan Presiden Mohammed Mursi selepas seminggu tunjuk perasaan besar-besaran yang menyebabkan berpuluh-puluh orang maut tercetus di negara ini. Menteri Pertahanan, Panglima Tentera Abdel Fattah al-Sisi mengumumkan penggulingan Mursi di televisyen kerajaan ketika polis mula menahan penolong-penolong kanan Presiden dan pemimpin pergerakan Ikhwan Muslimin.

Waran tangkap turut dikeluarkan kepada sejumlah 300 pegawai Ikhwan Muslimin, lapor media milik kerajaan.

Berita tentang penggulingan itu turut mencetuskan kegembiraan kepada beribu-ribu penunjuk perasaan yang berkhemah di jalan-jalan raya di sekitar bandar raya Kaherah sejak beberapa hari lalu dengan sesetengah daripada mereka meraikannya dengan letupan mercun.





Demontrasi demi demonstrasi

Sekurang-kurangnya 50 orang dilaporkan maut dalam pertempuran antara penyokong dan penentang kerajaan sejak minggu lalu iaitu menjelang ulang tahun pertama Mursi dilantik menjadi Presiden Mesir.

Pergerakan Ikhwan Muslimin berikrar untuk terus mengadakan tunjuk perasaan bagi menuntut tentera mengembalikan kuasa kepada Presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat, Mohammed Mursi. Kenyataan itu dibuat sehari selepas pertempuran antara penyokong pro dan anti Mursi serta dengan pasukan keselamatan yang menyaksikan sekurang-kurangnya 30 orang maut di seluruh negara.


Dalang campurtangan


Siapakah dalang kejatuhan Mursi? Presiden sementara membuat keputusan melantik barisan Kabinet yang mempunyai hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel, iaitu dibarisi Panglima Tentera, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi hingga Penasihat Keselamatan Negara, Mohamed Raafat Shehata dan Menteri Risikan Ahmed Farid. 

Inilah akibat pergolakan dari individu sengaja membenarkan campurtangan kuasa asing. Kuasa asing cukup lama panas hati, apatah sikap Mursi bergitu tegas terhadap pembebasan Palestin.

Di Malaysia?

Anwar Ibrahim kata.......



"Pemimpin yang dipilih secara demokratik melalui pilihan raya bebas dan adil tidak seharusnya digulingkan sebegitu rupa. Tidak kira apa pengakhirannya, caranya adalah tidak wajar."

Anwar nampaknya tidak dapat menerima rampasan kuasa oleh tentera Mesir kerana menyifatkannya sebagai tidak menghormati keputusan pilihanraya yang meletakkan Presiden Morsi di puncak kuasa.

Anwar juga menganggap tindakan merampas kuasa tanpa melalui pilihanraya adalah tidak wajar kerana menyalahi demokrasi.


Tuan Guru Nik Aziz



"Saya yakin, AS dan Israel akan berterusan memainkan jarum mereka di Timur Tengah. Mereka melaungkan slogan demokrasi namun apabila demokrasi menikam mereka, tanpa malu-malu mereka akan mencabul demokrasi. Lihat sahaja, adakah mereka menghormati pilihan rakyat di Algeria ketika FIS digulingkan? Adakah mereka menghormati pilihan rakyat ketika Najmuddin Erbakan dinafikan hak untuk berkuasa di Turki? Demikian juga yang berlaku di Gaza dan Tebing Barat ketika Hamas memenangi pilihanraya, adakah mereka berpegang kepada prinsip demokrasi?"

Jika begitu buat apa membenarkan pihak luar mendalangi Demonstrasi di Malaysia untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam PRU ke 13. Terima sahajalah. Belajarlah dari Mesir. 

No comments:

Post a Comment