23 July 2013

INIKALILAH! Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaan Kes Liwat



Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah untuk mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes Liwat II.


"Pejabat peguam negara jarang melaksanakan penyumberan luar (outsource). Tetapi ini permulaan yang baik. Di negara lain, menjadi perkara normal untuk pihak pendakwaan mengajikan peguam terbaik untuk menguruskan perkara tertentu."
ayuh lawan. Ini Kalilah!


Anwar ketika ditemui di luar mahkamah menyoal sama ada peguam negara kekurangan sumber sehingga terpaksa memilih Shafee untuk mewakili pihak pendakwaan.

Kalau aku ..aku jawab.suka hatilah aku nak lantik peguam siapa....yang penting kan lawan tetap lawan. Tak kan Anwar Ibrahim dah kecut perut pula dengan peguam bernama Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah ni....

21 July 2013

RAFIZI PERLU LEBIH JANTAN JANGAN HANYA GUNAKAN IMUNITI KEKEBALAN DALAM DEWAN




Dalam sesi perbahasan perbekalan. Rafizi secara terus menyebut nama Mohamed Salleh bin Mohd Ali (KP 671112-66-5021) yang kononnya di kawal oleh ahli perniagaan berkenaan. Sambil menyebut nama syarikat Integrated Challenger (MSdn Bhd. Rafizi menyebut " sebabnya Mohamed Salleh Mohd Ali mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan kerajaan termasuklah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR".


Apakah kerana hanya Kekebalan sebagai ahli parlimen maka Rafizi (YB Baru rupanya), hanya berani menyebut secara spesifik di dalam dewan sahaja? Mengapa semasa sidang akhbar di luar dewan Rafizi tidak berani menyebut secara spesifik mengenai kenyataannya " Mohamed Salleh Mohd Ali mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan kerajaan termasuklah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR".

Apakah Rafizi mempunyai strategi serkap jarang untuk membawa isu ini. Jika dinyatakan diluar dewan maka bolehlah SPR atau individu bernama Mohamed Salleh ini mengambil tindakan sewajarnya.Tetapi kenyataan Rafizi tidak berlaku? mengapa? sebab Rafizi sudah menjangka apa yang akan berlaku. Kerajaan sudah menjawab bahawa pelantikan syarikat secara rundingan terus adalah atas sebab-sebab "keselamatan". Oleh yang demikian maklum balas daripada kerajaan akan mendedahkan maklumat syarikat yang membekalkan dakwat berkenaan. 



19 July 2013

15 July 2013

ANTARA CHE LONG CALON PAS PRK KUALA BESUT DAN BUDAK BARU COUPLE SEMINGGU!

Bulan ni nampaknya dua video popular tanah air mendapat ulasan yang hangat dari pengunjung iaitu antara Che Long (Azlan) calon PRK Kuala Besut dan juga "Budak baru Couple Seminggu". 



Seorang ialah kontraktor kelas A Kuala Besut yang terkenal (Besut & Kelantan) yang bercita-cita besar menjadi wakil rakyat Kuala Besut, bakal menggajikan tugas wakil rakyat untuknya dan seorang lagi remaja yang menamakan dirinya "Puteri Awani" berdasarkan video klipnya yang lain dalam youtube. 



Kedua-dua rakaman video ini mendapat kritikan dari pelbagai pihak. Yang pasti kepada Che Long yang menjadi calon PAS di PRK Kuala Besut kenyataannya menggajikan tugas wakil rakyat kepada pihak tertentu bakal memakan dirinya. Dengan penyebaran video berkenaan di dalam youtube, blog-blog dan media massa tempatan kesannya tentu amat besar untuk mempengaruhi pengundi di Kuala Besut. Kepada Puteri Awani kemungkinan ini caranya untuk mendapat "glamour" mudah seperti bobo suatu ketika.





07 July 2013

Iktibar Kejatuhan Presiden Mesir, Morsi dan kehancuran Mesir



Tentera Mesir (3/7/2013) menggulingkan dan menahan Presiden Mohammed Mursi selepas seminggu tunjuk perasaan besar-besaran yang menyebabkan berpuluh-puluh orang maut tercetus di negara ini. Menteri Pertahanan, Panglima Tentera Abdel Fattah al-Sisi mengumumkan penggulingan Mursi di televisyen kerajaan ketika polis mula menahan penolong-penolong kanan Presiden dan pemimpin pergerakan Ikhwan Muslimin.

Waran tangkap turut dikeluarkan kepada sejumlah 300 pegawai Ikhwan Muslimin, lapor media milik kerajaan.

Berita tentang penggulingan itu turut mencetuskan kegembiraan kepada beribu-ribu penunjuk perasaan yang berkhemah di jalan-jalan raya di sekitar bandar raya Kaherah sejak beberapa hari lalu dengan sesetengah daripada mereka meraikannya dengan letupan mercun.





Demontrasi demi demonstrasi

Sekurang-kurangnya 50 orang dilaporkan maut dalam pertempuran antara penyokong dan penentang kerajaan sejak minggu lalu iaitu menjelang ulang tahun pertama Mursi dilantik menjadi Presiden Mesir.

Pergerakan Ikhwan Muslimin berikrar untuk terus mengadakan tunjuk perasaan bagi menuntut tentera mengembalikan kuasa kepada Presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat, Mohammed Mursi. Kenyataan itu dibuat sehari selepas pertempuran antara penyokong pro dan anti Mursi serta dengan pasukan keselamatan yang menyaksikan sekurang-kurangnya 30 orang maut di seluruh negara.


Dalang campurtangan


Siapakah dalang kejatuhan Mursi? Presiden sementara membuat keputusan melantik barisan Kabinet yang mempunyai hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) dan Israel, iaitu dibarisi Panglima Tentera, Jeneral Abdel Fattah al-Sisi hingga Penasihat Keselamatan Negara, Mohamed Raafat Shehata dan Menteri Risikan Ahmed Farid. 

Inilah akibat pergolakan dari individu sengaja membenarkan campurtangan kuasa asing. Kuasa asing cukup lama panas hati, apatah sikap Mursi bergitu tegas terhadap pembebasan Palestin.

Di Malaysia?

Anwar Ibrahim kata.......



"Pemimpin yang dipilih secara demokratik melalui pilihan raya bebas dan adil tidak seharusnya digulingkan sebegitu rupa. Tidak kira apa pengakhirannya, caranya adalah tidak wajar."

Anwar nampaknya tidak dapat menerima rampasan kuasa oleh tentera Mesir kerana menyifatkannya sebagai tidak menghormati keputusan pilihanraya yang meletakkan Presiden Morsi di puncak kuasa.

Anwar juga menganggap tindakan merampas kuasa tanpa melalui pilihanraya adalah tidak wajar kerana menyalahi demokrasi.


Tuan Guru Nik Aziz



"Saya yakin, AS dan Israel akan berterusan memainkan jarum mereka di Timur Tengah. Mereka melaungkan slogan demokrasi namun apabila demokrasi menikam mereka, tanpa malu-malu mereka akan mencabul demokrasi. Lihat sahaja, adakah mereka menghormati pilihan rakyat di Algeria ketika FIS digulingkan? Adakah mereka menghormati pilihan rakyat ketika Najmuddin Erbakan dinafikan hak untuk berkuasa di Turki? Demikian juga yang berlaku di Gaza dan Tebing Barat ketika Hamas memenangi pilihanraya, adakah mereka berpegang kepada prinsip demokrasi?"

Jika begitu buat apa membenarkan pihak luar mendalangi Demonstrasi di Malaysia untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam PRU ke 13. Terima sahajalah. Belajarlah dari Mesir.