29 June 2013

Projek Pemuliharaan dan Pembangunan Sungai Klang

Klang River Rehabilitation Project




Kerajaan Selangor telah memilih empat syarikat untuk menjalankan Projek Pemulihan dan Pembangunan Sungai Klang yang menjadi tumpuan utama dalam Pakej Rangsangan Ekonomi.

Empat syarikat itu ialah TSS-Mako Engineering Sdn Bhd, GJA Engineering & Construction, Wessex Water i-Berhad Consortium dan DPZ Asia Sdn Bhd.

Empat syarikat ini dipilih berdasarkan pengalaman dan kepakaran teknikal dalam kerja  membersih, memulihara dan membangunkan sungai selain mempunyai kewangan yang kukuh.

TSS-Mako adalah syarikat usaha sama antara syarikat tempatan dengan tiga firma kejuruteraan terbesar dari Korea. Syarikat ini mempunyai pelbagai pengalaman menguruskan projek membabitkan sungai termasuk projek penyelenggaraan Sungai Han Selatan, Projek Terowong Pelayaran Seoul-Incheon dan Terminal Kontena Gemalink Fasa Satu di Vietnam.

GJA Engineering pula dimiliki 100 peratus Bumiputera dan sejak tiga tahun lalu, syarikat ini terbabit dalam membangunkan projek 'reka dan bina' untuk Kementerian Pelajaran Malaysia.

Wessex Water pula syarikat berpangkalan di United Kingdom yang terbabit merawat air kumbahan di kawasan seluas 10,000 kilometer persegi di barat daya England. Air yang dirawat itu dibekalkan kepada 1.25 juta pengguna atau 353 juta liter air sehari.

Dengan kerjasama dengan syarikat tempatan, i-Berhad, Wessex Water i-Berhad Consortium ini dijangka menghasilkan keputusan yang positif.

Sementara DPZ Asia Sdn Bhd pula pakar dalam bidang perancangan serta rekaan dan telah terlibat dalam banyak projek mega di seluruh dunia.

























Walaubagaimanapun maklumat di perolehi,, Projek ini akan dimulakan di Bandara Diraja Klang Selangor terlebih dahulu.





No comments:

Post a Comment