08 April 2013

AKU JANJI, AKU BERJANJI DAN MANIFESTO


Apakah itu manifesto? Menurut kamus Oxford, manifesto ditakrifkan sebagai satu pernyataan, janji atau deklarasi secara bertulis yang digunakan seseorang atau sebuah parti politik semasa kempen pilihan raya bagi mendapat perhatian, simpati dan sokongan pengundi.

Walaupun ada yang mengatakan manifesto sebagai bukan janji namun pengumuman Manifesto BN sebagai "Aku Janji"  tentu menarik perhatian rakyat. Aku Janji BN Vs Manifesto PR, apapun matlamat yang paling utama ialah menguntungkan rakyat. Apakah janji -janji ini akan ditunaikan oleh kedua-dua pihak? atau sekadar lagu "janji" seperti janji manismu (Aishah), janji kita (SPIN), janji abang (Ghaury), janji padamu (Exist), janji (Akim) dan janji (Siti Nurhaliza)?

Pengumuman BN

Pengerusi Barisan Nasional, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak mengetuai 14 parti komponen membentangkan Manifesto Barisan Nasional untuk pilihan raya umum ke 13. Mohd Najib menegaskan manifesto ini adalah akujanji Barisan Nasional untuk dilaksanakan dalam lima tahun akan datang.

Manifesto yang bertemakan “Rakyat Didahulukan” ini mengandungi 17 perkara dan 150 komitmen yang antara seperti dalam gambarajah berikut:



Manifesto PR



Rakyat tentunya akan membuat pilihan. Kerajaan mana yang mereka mahu. 


Komen Kadir Jasin: BN lwn Pembangkang: Jarak makin dekat

- Kalau BN gagal membuat inovasi yang ketara dalam pilihan raya umum kali ini, riwayatnya sebagai parti pemerintah mungkin berakhir.

- Tidak keterlaluan kalau saya katakan, BN sudah sampai ke peringkat “change or die” (berubah atau mati).

- Tanggapan bahawa BN kuat dan pembangkang lemah adalah tidak sepenuhnya tepat. Sokongan kepada pembangkang sentiasa ada, malah boleh dikira kuat. Cuma di bawah sistem perwakilan kita, iaitu sistem “plurality-majority”, pembangkang gagal memperoleh bilangan kerusi yang mencukupi untuk memerintah.

- Rekod BN (termasuk Perikatan) sebagai parti pemerintah adalah antara yang paling cemerlang di kalangan parti-parti politik nasionalis yang memperjuangkan kemerdekaan malah boleh dianggap setanding dengan LDP di Jepun dan Kuomintang di Taiwan.

- Tetapi sebagaimana juga LDP dan Kuomintang, BN menjadi leka dan sombong akibat kuasa dan kejayaannya. Kepemimpinannya menjadi birokratik dan feudalistik. Pewarisan menjadi sukar dan kerap disabotaj oleh “warlords” di peringkat cawangan dan bahagian. Ramai pemimpin naik kerana senioriti, main selamat, mengampu dan dinasti.

- Kalau BN mahu terus relevan, ia wajib menggunakan PRU kali ini bagi membersihkan diri daripada panglima perang, kayu reput dan kayu hanyut, paku karat dan paku longgar serta bertindak tegas terhadap rasuah, salah guna kuasa, pilih kasih dan campur tangan anak bini dalam pentadbiran dan urusan rasmi.

- BN tidak ada pilihan melainkan bertindak tegas dan keras meminggirkan wakil rakyat - tidak kira wakil biasa, menteri atau ahli exco, yang gagal dan membebankan parti.

- BN tidak ada pilihan melainkan bertindak tegas dan pantas meletakkan lebih banyak calon muda, wanita dan teknokrat yang berwibawa, bersih, telus dan berwawasan.

- LDP dan Kuomintang tumbang kerana dilihat sebagai parti orang tua, parti warlords, parti feudal dan parti komisen. Mereka kembali berkuasa hanya selepas memberi peluang kepada generasi muda dan pelapis serta membebaskan diri daripada cengkaman golongan peniaga dan kapitalis.


· 
·    

No comments:

Post a Comment