17 April 2013

RUSUHAN TERSEMBUNYI DI SABAH..


Sabah oh Sabah

WANGSA MAJU MILIK UMNO!!


KUALA LUMPUR 16 April - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memgumumkan calon-calon Barisan Nasional (BN) untuk 13 kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan.
Mereka ialah;

1. Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Lembah Pantai)
2. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Putrajaya)
3. Datuk Dr. Mohd Shafie Abdullah (Wangsa Maju)
4. Datuk Ahmad Fauzi Zahari (Setiawangsa)
5. Datuk Johari Abdul Ghani (Titiwangsa)
6. Rozman Isli (Labuan)
7. Datuk A.Chandrakumanan (Kepong)
8. Dr. Dominic Lau Hoe Chai (Batu)
9. Jayanthi Devi Balaguru (Segambut)
10. Frankie Gan Joon Zin (Bukit Bintang)
11. Nicole Wong Siaw Ting (Seputeh)
12. Teoh Chee Hooi (Cheras)
13. Tan Kok Eng (Bandar Tun Razak)
- UTUSAN ONLINE

Akhirnya Yew Teong Look (YTL) Ketua MCA Wangsa Maju yang tidak bekerja digugurkan. Sebagaimana yang saya tulis sebelum ini mengenai kerusi parlimen Wangsa Maju. Satu pilihan yang tepat. Dengan lebih 3000 pengundi pos (polis/tentera), lebih 52% pengundi Melayu Islam, 39% pengundi cina, 7%India selebihnya lain-lain, kedudukan mungkin berubah. 

Jika pengundi Cina beralih ke DAP berbanding MCA kemungkinan pengundi Melayu kembali kepada UMNO sangat tinggi. Jika sebelum ini pengundi Melayu dalam mood terpaksa atas kerana "lambang" BN dan sikap wakil rakyat yang tidak berkesan, kali ini pengundi berupaya menterjemahkannya dalam undi.

Calon-calon BN yang lain di KL, selamat bekerja keras untuk memenangi hati rakyat. Jika 2008 kawasan bandar dikuasai oleh DAP maka tahun 2013 BN perlu membuktikan sebaliknya.

Selamat mengundi. 


15 April 2013

BN Kalah jika MCA di Parlimen Wangsa Maju?



MCA telah mengesahkan akan memberi laluan kepada calon dari UMNO untuk Parlimen Kuantan. Jika pengundi Melayu 60 peratus di Kuantan memberi kemenangan   calon PKR, Fuziah Salleh kali ini mungkin nasibnya berbeza. 

Chua Soi Lek, Presiden MCA yang mengumumkan tidak bertanding tentu memberi impak yang baik. Jika Chua bertanding di kawasan tradisi Presiden MCA (majoriti pengundi Melayu) tentu akan memberi impak negatif yang besar.

Apakah bekas Ahli Parlimen Pandan, Ong Tee Keat tidak akan dicalonkan dalam pilihan raya akan datang? Namun nampaknya mungkin kekal dan diketahui selasa ini.

Parlimen P.116 Wangsa Maju tentu kawasan yang paling panas.  Ketua MCA Bahagian Wangsa Maju , Yew Teong Look (YTL) kekal mengintai kerusi Wangsa Maju yang beliau kalah 150 undi di kawasan itu pada tahun 2008 kepada Wee Choo Keong(PKR).  YTL mengharapkan beliau dipilih semula sebagai calon dan berusaha keras untuk kerusi itu. 

Siapa calon BN? Dato' Shafie atau Yew Teong Look?

Apakah YTL akan mendapat kerusi ini semula? sedangkan pengundi di kawasannya tahu jentera MCA tidak bekerja keras di kawasan itu?. Umum mengetahui Dato' Mohd Shafei Abdullah Pengerusi Penyelaras BN Wangsa Maju  yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju  sejak mula bekerja keras untuk BN di kawasan itu.  

Malaysiakini.com melaporkan kira-kira 3,000 ahli MCA dan penyokong berkumpul di majlis makan malam, menuntut supaya ketua bahagian MCA Wangsa Maju, Yew Teong Look (kanan) dinamakan sebagai calon BN bagi kerusi tersebut. 

Empat calon yang dikenal pasti


Dijangkakan jika MCA melalui  Yew Teong Look (YTL) bertanding, BN akan kehilangan satu kerusi dari Parlimen Wilayah Persekutuan ini. PKR yang memenangi kerusi ini tentu tidak akan melepaskan kerusi ini. Wee Choo Keong yang kini calon bebas dikatakan akan bertanding jika  Yew Teong Look dipilih sebagai calon. Nampaknya BN jika tidak mahu menyakitkan hati dikalangan komponen BN perlu membiarkan Wee Choo Keong bertanding. 

Apakah Yew Teong Look boleh terus melobi dengan
Presiden dan Timbalan Presiden MCA?

Dari segi statistik 2008 dan kini 2013 kerusi Parlimen Wangsa Maju jika diberikan kepada UMNO pun boleh mencipta kemenangan asalkan komponen MCA memberikan sokongan. Memandangkan YTL pun jarang turun ke padang adalah lebih baik beliau melepaskan kerusi ini. Seperti Parlimen Kuantan yang 60% pengundi Melayu dipulangkan kepada UMNO adalah tidak mustahil jika kerusi Wangsa Maju yang sebelum persempadanan semula adalah milik UMNO di pulangkan semula kepada UMNO kerana 52.45 peratus pengundinya (Tahun 2008) adalah majoriti pengundi Melayu. Pengundi Cina 39.76%, India 7.05 % dan Lain lain 0.74%.

Pengundi Parlmen Wangsa Maju pada 2008

Pengundi Parlimen Wangsa Maju PRU 2013

YTL tidak boleh berharap kepada Pengundi Cina semata dalam memenangi kerusi ini. Seharusnya pengundi Melayu melebihi 50% haruslah menjadi sasaran. MCA harus realistik bahawa Pengundi Cina masih belum kembali kepada mereka. MCA dalam BN harus menumpukan semula cara menarik pengundi Cina bukan sibuk untuk menuntut kerusi MCA di Wangsa Maju. MCA dan YTL harus membaca statistik tentang sokongan pengundi Wangsa Maju kepada MCA bukan BN semata. Jika BN tersilap baca. Maka berkuburlah hasrat BN ini.

Pada PRU 2008 pengundi Parlimen Wangsa Maju ialah 54,509 berbanding yang diwarta oleh SPR sehingga 27 September 2013 pengundi Parlimen Wangsa Maju pada PRU 13 ialah 67,227 orang pengundi kenaikan dalam 12 ribu pengundi. Jika dalam PRU 2008 pengundi Melayu dalam 52.45%  masih menjadi penentu bermakna kali ini keadaan tetap sama di Wangsa Maju. Sama ada lebih 30 ribu pengundi Melayu atau lebih 20 pengundi cina akan mengundi BN ini terpulanglah kepada gerak kerja jentera BN di kawasan itu. 

Apakah MCA cukup bekerja selama 5 tahun bermula selepas tewasnya mereka di Wangsa Maju atau hanya mengharap ehsan jentera BN dari kalangan bahagian UMNO. Bukankah itu yang berlaku sekarang di kawasan-kawasan yang MCA tewas seperti di Seputeh yang jentera BNnya di gerakkan oleh bahagian UMNO. Apakah demand MCA ini harus di turuti? Apakah BN mahu. Kalah atau mahu menang?

Apakah Chua Soi Lek, Presiden MCA telah mengukur tahap sokongan kepada YTL dan MCA di Wangsa Maju sehingga tidak menamakan ketua MCA bahagian kawasan itu pada mulanya?. Apakah Chua Soi Lek takut kepada jentera parti di Wangsa Maju tidak menyokongnya atau takut BN kalah di kawasan itu. 

MCA sendiri takut meletakkan pemimpin utamanya bertanding di kerusi majoriti Cina menentang DAP kenapa nak beria sangat untuk kerusi majoriti pengundi Melayu di bandar seperti Wangsa Maju?. Mesti ada sebab mengapa pengundi Melayu menolak YTL dalam PRU 2008. Kalau nak sangat YTL ni bertanding eloklah Chua Soi Lek meletakkan di kawasan 14 kawasan ini. Lihat sokongan pengundi kepada calonnya. Jangan mengharap pengundi majoriti Melayu sahaja. Buang tanggapan persepsi " MCA tidak perlu kerja kuat sebab tradisi kerusi kawasan itu adalah MCA, jadi tak akan diberi kepada orang lain"...MCA harus buktikan arahan pucuk pimpinan BN. 


Calon-calon MCA cuba kawasan ini. Tengok siapa yang kuat bunyi tu.

Berdasarkan statistik itu, dan semangat kerja keras serta persefahaman calon lama (Wee Choo Keong)  dengan bakal calon BN, Dato' Mohd Shafei Abdullah Pengerusi Penyelaras BN Wangsa Maju tidak mustahil BN akan menang jika memberi peluang kepada komponen UMNO. MCA sudah diuji. Kali ini kita tengok jika UMNO pula boleh menawan kembali pengundi lebih 50% Melayu di Wangsa Maju itu. Dan MCA bekerja keras untuk membawa lebih 30% pengundi cina di kawasan itu. 

Jika lebih 50% Pengundi Melayu kembali kepada UMNO melalui calon UMNO dan 39 % lagi masih menolak MCA tentu sedikit demi sedikit pengundi Cina masih boleh memilih BN. Jika YTL bertanding BN akan kehilangan kedua-dua pengundi iaitu pengundi Melayu dan Cina. 

Mari kita lihat sama-sama pengumuman calon pada selasa. Pada Isnin ini Pengerusi BN Negeri masing-masing akan menerima pentauliahan calon-calon BN.Kita tengok siapa yang kena!!



14 April 2013

10.7 juta tonton klip video terbaru Psy di YouTube dalam Tempoh 15 jam

Dari anda menonton pelbagai video yang disajikan dalam pilihanraya oleh pelbagai kumpulan sesekali menyaksikan video Psy terbaru. Terbaru video ini mencecah 22.5 juta penonton. Video-video lain seperti si mirip "Mustapha Ali" tu nampaknya "panas" tapi cepat sangat di 'delete' tidak sempat para pengkaji menelitinya. 
______________________________

SEOUL 14 April - Klip video terbaru Psy berjaya menarik lebih 10.7 juta kali tontonan hanya dalam tempoh 15 jam selepas ia dimuat naik ke laman YouTube.

Klip video "Gentleman" itu disiarkan laman tersebut sehari selepas penyanyi yang popular dengan lagu "Gangnam Style " itu, buat kali pertama mendendangkan lagu itu di hadapan peminat-peminatnya di Korea Selatan semalam.

Persembahannya itu turut diiringi gerakan tarian baharu. - AFP


08 April 2013

AKU JANJI, AKU BERJANJI DAN MANIFESTO


Apakah itu manifesto? Menurut kamus Oxford, manifesto ditakrifkan sebagai satu pernyataan, janji atau deklarasi secara bertulis yang digunakan seseorang atau sebuah parti politik semasa kempen pilihan raya bagi mendapat perhatian, simpati dan sokongan pengundi.

Walaupun ada yang mengatakan manifesto sebagai bukan janji namun pengumuman Manifesto BN sebagai "Aku Janji"  tentu menarik perhatian rakyat. Aku Janji BN Vs Manifesto PR, apapun matlamat yang paling utama ialah menguntungkan rakyat. Apakah janji -janji ini akan ditunaikan oleh kedua-dua pihak? atau sekadar lagu "janji" seperti janji manismu (Aishah), janji kita (SPIN), janji abang (Ghaury), janji padamu (Exist), janji (Akim) dan janji (Siti Nurhaliza)?

Pengumuman BN

Pengerusi Barisan Nasional, Dato Sri Mohd Najib Tun Razak mengetuai 14 parti komponen membentangkan Manifesto Barisan Nasional untuk pilihan raya umum ke 13. Mohd Najib menegaskan manifesto ini adalah akujanji Barisan Nasional untuk dilaksanakan dalam lima tahun akan datang.

Manifesto yang bertemakan “Rakyat Didahulukan” ini mengandungi 17 perkara dan 150 komitmen yang antara seperti dalam gambarajah berikut:



Manifesto PR



Rakyat tentunya akan membuat pilihan. Kerajaan mana yang mereka mahu. 


Komen Kadir Jasin: BN lwn Pembangkang: Jarak makin dekat

- Kalau BN gagal membuat inovasi yang ketara dalam pilihan raya umum kali ini, riwayatnya sebagai parti pemerintah mungkin berakhir.

- Tidak keterlaluan kalau saya katakan, BN sudah sampai ke peringkat “change or die” (berubah atau mati).

- Tanggapan bahawa BN kuat dan pembangkang lemah adalah tidak sepenuhnya tepat. Sokongan kepada pembangkang sentiasa ada, malah boleh dikira kuat. Cuma di bawah sistem perwakilan kita, iaitu sistem “plurality-majority”, pembangkang gagal memperoleh bilangan kerusi yang mencukupi untuk memerintah.

- Rekod BN (termasuk Perikatan) sebagai parti pemerintah adalah antara yang paling cemerlang di kalangan parti-parti politik nasionalis yang memperjuangkan kemerdekaan malah boleh dianggap setanding dengan LDP di Jepun dan Kuomintang di Taiwan.

- Tetapi sebagaimana juga LDP dan Kuomintang, BN menjadi leka dan sombong akibat kuasa dan kejayaannya. Kepemimpinannya menjadi birokratik dan feudalistik. Pewarisan menjadi sukar dan kerap disabotaj oleh “warlords” di peringkat cawangan dan bahagian. Ramai pemimpin naik kerana senioriti, main selamat, mengampu dan dinasti.

- Kalau BN mahu terus relevan, ia wajib menggunakan PRU kali ini bagi membersihkan diri daripada panglima perang, kayu reput dan kayu hanyut, paku karat dan paku longgar serta bertindak tegas terhadap rasuah, salah guna kuasa, pilih kasih dan campur tangan anak bini dalam pentadbiran dan urusan rasmi.

- BN tidak ada pilihan melainkan bertindak tegas dan keras meminggirkan wakil rakyat - tidak kira wakil biasa, menteri atau ahli exco, yang gagal dan membebankan parti.

- BN tidak ada pilihan melainkan bertindak tegas dan pantas meletakkan lebih banyak calon muda, wanita dan teknokrat yang berwibawa, bersih, telus dan berwawasan.

- LDP dan Kuomintang tumbang kerana dilihat sebagai parti orang tua, parti warlords, parti feudal dan parti komisen. Mereka kembali berkuasa hanya selepas memberi peluang kepada generasi muda dan pelapis serta membebaskan diri daripada cengkaman golongan peniaga dan kapitalis.


· 
·    

04 April 2013

Parlimen Bubar 3 April 2013


Akhirnya yang dinanti telah datang. Perdana Menteri memilih 3 April 2013. 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Parlimen dibubarkan berkuatkuasa hari ini selepas diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13.

Beliau membuat pengumuman itu secara langsung pada jam 11.35 pagi ini selepas mengadap Yang di-Pertuan Agong.

Mengikut Perkara 55 (4) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pembubaran Parlimen. 

Najib membuat pengumuman tersebut hari ini sempena ulangtahun keempatnya sebagai perdana menteri, selepas mengambil alih pentadbiran daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009. 

Kepada calon maka berusahalah untuk menjadi wakil rakyat yang baik. Yang perlu berubah biarlah berubah. Janganlah jadi wakil rakyat sampai "mati"....