23 March 2013

Surat Palsu Setiausaha MKN didedahkan?


Surat Palsu Setiausaha MKN didedahkan?

Dilaporkan harakahdaily.net


1. Harakahdaily melaporkan mengenai dokumen MKN yang kononnya telah tersebar dalam blog-blog. Apakah surat yang terdedah surat palsu atau pun sebenar? Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab selaku Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) tentu boleh menjawabnya. Bagaimanapun kita boleh sedikit sebanyak mengulas surat ini.



1. Pertama, surat yang di dakwa surat Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab ini tidak menepati ciri-ciri Panduan Pengurusan Surat Rasmi Kerajaan. Sila Klik.


i. Apakah benar nombor rujukan surat ? (ditutup)
ii. Apakah benar Letter Head Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti itu formatnya?
iii. Cara penulisan Alamat surat juga tidak betul dan meragukan. Alamat tidak lengkap.
iv. Dalam panduan pengurusan surat - Surat hendaklah dimulakan dengan: ‘Dengan hormatnya saya diarah merujuk’‘Dengan hormatnya izinkan saya merujuk’

Surat yang didedahkan “ Dengan segala hormatnya izinkan saya menjemput perhatian YAB Dato’ Seri berhubung perkara di atas” …… Menjemput? Bukankah sebaiknya menarik perhatian?

3. Kedua, penulis surat rasmi yang di dakwa Setiausaha MKN ini merupakan seorang yang sangat tidak teliti. Kesilapan pada panggilan “Pangkat gelaran kebesaran”. Dalam surat di alamat YAB Dato’ Sri dan semasa penulisan di awal dan akhir surat YAB Dato’ Seri. (sama ada salah ejaan atau tidak peka). Apakah Setiausaha MKN selaku bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri tidak teliti sehingga melakukan kesalahan seumpama itu?

4. Ketiga, perhatikan tandatangan Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab apakah betul atau tidak. Terdapat perbezaan tandatangan.Apakah tandatangan Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab dipalsukan? 

contoh tandatangan Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab yang boleh dibandingkan

Terdapat perbezaan Tandatangan. perhatikan.
Apakah terdapat pihak diluar sana yang menirunya ?
memandangkan surat -surat yang pernah
Setiausaha MKN ini tandangan juga ada didapati dalam internet.

5. Keempat, kandungan surat menyebut Laporan Mengenai Strategi Pakatan Pembangkang yang diperolehi melalui pintasan email. Apakah strategi PKR adalah dalam emel sahaja? Banyak sangatkah strategi dalam emel? Strategi dalam emel sangat penting sehingga MKN perlu membuat pintasan dan membuat laporan mengenainya?. Banyak lagi tugasan yang mungkin boleh di buat oleh MKN berbanding untuk perkara seperti ini.



6. Kelima, Surat yang ditunjukkan tidak kelihatan seperti Surat Terperingkat Dengan Tanda Keselamatan. Surat terperingkat hendaklah ditaip atau dicop peringkat keselamatan (RAHSIA BESAR/ RAHSIA/ SULIT/ TERHAD) dengan HURUF BESAR di penjuru kiri sebelah atas dan di penjuru kanan sebelah bawah tiap-tiap muka surat dengan huruf besar berukuran 7 mm dan dihitamkan. 


Apa tahap terperingkat surat MKN yang didedahkan ini? RAHSIA BESAR/RAHSIA?

Agaknya Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar tidak pernah melihat surat terperingkat seumpama itu sehingga tidak boleh membezakan yang benar atau palsu. Lagipun gambar surat didedahkan hanya muka depan sahaja. Tidak begitu jelas sifatnya. Apa kandungannya? 


Apapun oleh kerana PAS nak Setiausaha Majlis Keselamatan Negara itu jawab maka kenalah jawab. Nanti melarat pula. 


No comments:

Post a Comment