21 March 2013

PRU ke 13 makin dekat, Apakah Nasib Kawasan-kawasan Parlimen ini?

1. PRU 2008 kerusi – kerusi Parlimen berikut adalah mempunyai majoriti pengundi Melayu tetapi diberikan kepada calon daripada komponen BN Bukan Melayu:


Kerusi Parllimen Majoriti Kaum Melayu

2. Apakah BN akan terus mengekalkan penentuan calon di kawasan majoriti Melayu  kepada rakan parti komponen BN? Mampukah rakan parti komponen seperti MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain memenanginya?

3. Apakah ini akan menjadi penyumbang kepada kekalahan BN dalam PRU ke13 sebagaimana dalam PRUke12?

4. Apakah pembangkang akan terus menggunakan sentimen majoriti pengundi Melayu untuk meletakkan calon-calon mereka?

5. Perhatikan pula kawasan Parlimen yang mempunyai majoriti bukan pengundi Melayu


Kerusi Parlimen majoriti bukan Melayu (Cina)


6. Kerusi parlimen majoriti bukan Melayu tidak pernah dipinjam kepada UMNO berbanding kawasan majoriti Melayu yang sentiasa dipinjamkan kepada komponen MCA, Gerakan dan MIC. Apakah kali ini akan berlaku perubahan?

7. Apakah calon-calon BN (MCA/Gerakan/MIC mampu menewaskan DAP di kawasan majoriti Cina?

8. Apakah Presiden MCA akan bertanding ? Bertanding di kawasan majoriti Melayu sebagaimana biasa? Dan apakah pemimpin-pemimpin utama MCA akan bertanding di kawasan majoriti pengundi cina bagi melihat sokongan yang diberikan oleh pengundi cina kepada mereka?

9. Apakah pula Presiden MIC akan bertanding di kawasan majoriti Melayu sebagaimana biasa (kawasan majoriti kaum India di negeri Selangor)? Bolehkah G. Palanival memenanginya selepas kalah teruk tahun 2008?

10. Jika DAP dan PKR bijak membaca iklim politik Malaysia memecahkan tradisi persahabatan komponen BN bermakna DAP/PKR telah menemui jawapan penentuan calon berasaskan pengundi majoriti adalah suatu yang amat wajar dalam konteks iklim politik Malaysia.

11. Bukankah ini mencerminkan hubungan antara sokongan kaum dengan politik perkauman masih sukar dipadamkan?

12. Jika begitu masih ada harapankan BN khususnya MCA dan Gerakan mempertahankan dirinya? Sedangkan MCA dan Gerakan menang pun adalah di kawasan majoriti Melayu atau di kawasan pengundi kaum campuran.

Kerusi Parlimen bercampur majoriti Melayu dan Cina
13. Apakah Tan Lian Hoe di P.154 Grik di kawasan majoriti 73% pengundi Melayu mampu bertahan di sana? Apakah kerusi UMNO ini pada asalnya akan kekal di pinjamkan kepada MCA? atau akan ada pertukaran kerusi lain?

14. Tidakkah pembangkang akan mengambil kesempatan? Apakah BN tidak belajar dari sejarah kerusi Parlimen P.183 Kuantan (60% Melayu) yang di menangi oleh Fuziah Salleh (PKR) yang menewaskan calon BN Fu Ah Kiow?Juga kerusi lain.  Pembangkang sudah tentu bersedia dengan cara ini. Mungkin akan berbeza jika BN meletakkan calon yang sesuai, orang tempatan atau yang boleh diterima rakyat. 

Apakah Johor masih kubu kuat BN?

15. PRUke 12 , UMNO Johor terus mengekalkan sebanyak 35 kerusi daripada 56 DUN. Hanya 2 dimenangi oleh PAS dan 4 daripadanya calon DAP. Keseluruhan BN memenangi 50 kerusi. Dua kerusi DUN, N.13 Sungai Abong dan N.15 Maharani tentulah bukan gambaran menggugat UMNO.

16. Namun UMNO tidak boleh mendabik dada dan mesti membuat kajian mendalam. Ini kerana jika di analisis sebanyak 33 kerusi Dun yang ditandingi oleh PAS dalam PRU 2008 telah mengalami peningkatan yang sangat ketara berbanding PRU 2004.




17. Kawasan DUN yang mengalami peningkatan besar undi PAS itu bukannya kawasan yang mempunyai peratus pengundi Melayu yang besar. Semua adalah di kawasan pengundi campuran. Dun Sg Abong (43.84% Cina), Maharani (42.51%), Mahkota (43.48%), Pengkalan Rinting (41.62%), Kempas (36.7%), Nusa Jaya (39.23%). Ini menunjukkan pengundi cina telah menerima calon PAS.

18. Apakah pula PRUke 13 akan berubah? UMNO/ BN Berjaya meningkatkan undi? Atau PAS/DAP/PKR meningkatkan undi mereka? Pakatan sangat yakin mesti ada alasannya..

19. Apakah pengumuman Lim Kit Siang untuk berpindah ke Johor melihat analisis ini dari hari ke hari penerimaan rakyat johor kepada DAP? Atau akan ke Parlimen Bakri menggantikan calon DAP sekarang?

20. Apakah BN akan mengekalkan kemenangan di Perak? Boleh merampas semula Selangor dan memenangi Kelantan?

21. Apakah BN mengekalkan Fax Deposit Sabah dan Sarawak?

22. Sama-sama kita nantikan. Apakah politik "persahabatan" dan "perkongsian" menidakkan situasi kaum boleh bertahan? Jangan "sokong membawa rebah" sudahlah.  






No comments:

Post a Comment