17 March 2013

Malindo melenyapkan kesombongan Airasia?


Malindo melenyapkan kesombongan Airasia?



1. Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai isu kehadiran syarikat penerbangan Malindo Air yang bakal beroperasi di Malaysia ini pada Mac 2013 ini.

2. Dengan menggunakan tagline “Not Just Low Cost”, Syarikat penerbangan ini dikatakan bakal menjadi pesaing hebat syarikat besar yang lain seperti Air Asia, MAS serta FireFly kerana tambangnya sangat rendah. Sebagai pengguna, ia merupakan alternatif terbaik untuk terbang ke destinasi pilihan dengan lebih jimat dan selamat.

3. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy berkata semasa ketibaan pesawatnya yang pertama

"Sambutan yang diterima sangat memberangsangkan dan habis ditempah kerana tiada caj tersembunyi yang dikenakan.

"Di samping itu, kami turut menyediakan sebanyak 10,000 tempat duduk lagi pada harga RM38 dan RM68 sempena Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) nanti," katanya.

4. Nampaknya ia memberi gambaran yang baik kepada pesaingnya Air Asia

Kesombongan Air Asia

5. Air Asia merintis perjalanannya di Malaysia dengan bertapak, berkembang dan berjaya sebagai sebuah syarikat penerbangan tambang murah di Asia. Setelah mencapai kejayaan cemerlang, pemiliknya, Tan Sri Tony Fernandes bercakap sombong dan angkuh dengan berkata: "Growth in Malaysia will be boring. It is growth beyond Malaysian shores which is tempting" (Star 10 June 2012). Keangkuhan dan keberanian Tony Fernandes bermula dari zaman Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri, kerana ia mempunyai ramai kawan rapat di Jabatan Perdana Menteri.


6. Oleh  kerana penguasaan Air Asia dalam penerbangan murah, seringkali kita melihat Asia Asia dan Tony Fernandez mengugut kerajaan agar keistimewaan dan kelebihan diberikan kepada mereka. Ketika MAHB menaikkan Airport tax pada tahun 2011, Airasia terang-terangan menentangnya. Kempen "Say No To Airport Tax"  di lakukan bagi mempengaruhi rakyat agar menyokongnya. Bukankah ini kehebatan Air Asia dalam pemasaran dan pengiklanannya sebagai mana mereka mendapatkan hak  pendaratan di Singapora dengan melakukan provokasi kepada kerajaan? 

Dengan tidak membayar hutang kepada MAHB, Air Asia beranggapan hutangnya jauh lebih sedikit berbanding sumbangannya memberi pendapatan kepada Negara. Apakah seorang itu seorang yang cintakan Negara?  dengan mengatakan 

"Growth in Malaysia will be boring at single digit of 3%, 4% to 5%, but countries like Vietnam, Phippines and Indonesia are where there is plenty of opportunities over the next 10 to 15 years".

"Our cost advantage in Malaysia is eroding as airport changes go up whereas in other countries  they are building low cost teerminal for us,"

Bolehkah kita fikirkan sebuah syarikat penerbangan yang kaya raya bermula dari Negara ini telah memindahkan "headquarters" ke Jakarta.

Banyak syarikat begitu bangga dan patriotik dengan negara kelahiran jenama mereka. Mereka kekal terus berpusat di negara mereka walaupun ada halangan kos dan sumber. Mereka terus kekal kerana keterikatan dan rasa cinta akan jenama kepada negara. Mereka tidak pula menyebutnya sebagai “boring”. Kerajaan Malaysia tidak pernah pula melarang Air Asia meneruskan empayar mereka sehingga di Negara India. Kerajaan tidak pernah pula berkempen “ Say No To Air Asia” sebagaimana kempen Air Asia “Say No To Airport Tax” yang sepatutnya di salurkan tuntutannya dengan betul.    

Apakah kempen “Say No To Airport Tax” memberi maksud tersirat menanam perasaan kebencian rakyat kepada kerajaan? Jika Tony Fernandes mempunyai kabel yang cukup hebat mengapa tidak sahaja beliau berjumpa dengan Perdana Menteri menyuarakan rasa hatinya?

10 syarikat penerbangan terbesar di dunia terus mengekalkan "Headquarters" mereka di negara mereka walaupun boleh sahaja mereka berpindah. Syarikat ini jauh lebih besar dari Air Asia tetapi mereka tidak pernah memberi provokasi kepada kerajaan mereka.

1. QANTAS - Botany Bay, Sydney, New South Wales, Australia 
2. Delta Airlines - is a United States airline headquartered in Atlanta, Georgia, in the United States
3. Southwest Airlines, is the largest low-cost carrier in the U.S. headquartered in Dallas
4. American Airlines (AA), is a U.S. airline and a subsidiary of AMR Corporation. It is headquartered in Fort Worth, Texas
5. China Southern Airlines - is an airline headquartered in Baiyun DistrictGuangzhouGuangdong Province, People's Republic of China
6. RYNAIR - Irish low-cost airline. Its headquarters is located at Dublin Airport with its primary operational bases at Dublin - ireland
7. Lufthansa's - registered office and corporate headquarters is in DeutzCologne, Germany
8. United Air Lines - corporate headquarters in Chicago. United's largest hub is George Bush Intercontinental Airport in Houston
9. US Airways is a U.S. airline based in the U.S. city of Tempe, Arizona 
10. China Eastern Airlines Corporation Limited - is an airline headquartered on the grounds of Shanghai Hongqiao International Airport inChangning DistrictShanghaiChina
AIRFRANCE, is the French flag carrier headquartered in Tremblay-en-France, (north of Paris) 


Kontroversi LCCT 2

Tahun lalu AirAsia Bhd menafikan tuduhan ia memilih untuk kekal beroperasi di Terminal Penerbangan Tambang rendah (LCCT) sementara, dan tidak akan berpindah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2). 

"Pokok tidak akan bergoyang jika angin tidak bertiup". Umum mengetahui Air Asia secara mengkritik MAHB dan kerajaan mengenai penggunaan LCCT2 yang akan menaikkan kos Air Asia. Jadi strategi pemasaran Air Asia menggunakan spekulasi media bukanlah sesuatu yang menghairankan kepada kita.

Walaupun Air Asia adalah pengguna terbesar LCCT 2 tapi kita janganlah seolah-olah mengalah dengan tuntutan syarikat penerbangan tambah murah terbesar ini.

AirAsia Bhd kini berunding dengan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berhubung syarat untuk merumuskan perjanjian tahap perkhidmatan (SLA) di terminal penerbangan kos rendah baharu (LCCT), KLIA 2. AirAsia bersedia untuk menjadi penyewa terbesar di KLIA 2, dan SLA dijangka menentukan tahap perkhidmatan secara formal yang akan disediakan MAHB dan AirAsia di KLIA2, yang dijadualkan beroperasi pada April 2013.

Jika kerajaan tidak berhati -hati maka kerajaan akan termakan pujuk rayu Air Asia ini. 


Kontroversi Terminal 1 Kota Kinabalu International Airport dan Terminal 2 KKIA

Lihat lah strategi Air Asia menekan kerajaan. Walaupun kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan telah memuktamadkan agar Air Asia berpindah di terminal 1 yang telah dibina  lebih 1 bilion itu. Semasa saya bertugas di Kementerian Pengangkutan adalah jelas arahan pemindahan jika Terminal 1 KKIA telah siap nanti.

Namun apa yang berlaku? Sekali lagi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Air Asia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes menggunakan kelebihan “networking” dan strategi pemasaran medianya mengubah keputusan itu. Jika beliau tidak boleh menggunakan Perdana Menteri untuk menyelamatkannya maka beliau menggunakan pemimpin dalam  negeri Datuk Seri Musa Aman Ketua Menteri Sabah menyelamatkannya. Nampaknya Kaedah ini berhasil. Air Asia akhirnya kekal beroperasi di Terminal 2 KKIA dan tidak akan berpindah ke Terminal 1.

Tan Sri Tony Fernandes berkata “Saya akan menjadi orang terakhir berpindah kerana pelbagai perkara perlu dipertimbangkan, termasuk cukai dikenakan di Terminal 1 KKIA meningkat dari RM33 kepada RM55 walaupun kita menyediakan perkhidmatan penerbangan tambang murah.

“Berpindah ke Terminal 1 hanya akan menyebabkan operasi perniagaan AirAsia terjejas,”

Tony berkata, kos rendah amat penting bagi AirAsia dan negeri ini boleh menjadikan Terminal 2 KKIA sebagai terminal yang terbesar jika dibangunkan kerajaan. “Terminal 2 KKIA boleh dibangunkan dan diperluaskan bagi menyelesaikan masalah kesesakan di samping mampu mengurangkan kos serta menambah pendapatan kerajaan negeri terutamanya pertambahan kemasukan pelancong ke negeri ini,” katanya. Sehubungan itu, AirAsia berharap kerajaan dapat mempertimbangkan supaya Terminal 2 KKIA dapat dinaiktarafkan.

Strategi memujuk kerajaan negeri ini cukup bagus sehingga pesawat Musa A320 diperkenalkan sebagai menghargai jasa kerajaan Negeri. Jika begitu banyak lagilah nama-nama pemimpin kerajaan akan dinamakan sempena membantu Air Asia ini? mungkin selepas ini  Najib A320 ( jika tuntutan mereka di LCCT dituruti)..atau mungkin nama-nama Menteri Besar Negeri selepas dibina lapangan terbang nanti di negeri masing-masing?

Kemunculan Fireflght, mas wings mungkin tidak memberi kesan besar kepada Air Asia. Namun kemunculan Malindo Air ini di harap dapat memberi saingan yang sihat dan tiadalah lagi syarikat penerbangan yang dibantu kerajaan suatu ketika dulu boleh bertindak  mengugut atau meminta bermacam-macam seperti Air Asia ini.

Malindo Air mesti memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat di negara ini. Sebagai alternatif rakyat sudah muak dengan kaedah cekik darah Airasia mengaut keuntungan secara monopoli. serangan  pihak pembangkang sebagaimana yang diutarakan oleh Tony Pua terhadap Malindo Air adalah perkara biasa. Mungkinkah ini juga strategi Tony Fernandes?...sama -sama berfikir






No comments:

Post a Comment