17 March 2013

Malindo Beroperasi



SEPANG 15 Mac - Penerbangan hibrid pertama di Malaysia, Malindo Air (Malindo) hari ini menerima pesawat baharu pertama miliknya yang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pukul 4.30 petang hari ini seperti yang dijadualkan.

Pesawat Boeing 737-900ER itu yang berlepas dari Seattle, Amerika Syarikat membawa sekumpulan krew kapal yang diketuai oleh Pengarah Operasi Penerbangannya, Kapten Niazi Saifu-dean Hamid Dean.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Chandran Rama Muthy berkata, Malindo yang menjadikan Kuala Lumpur sebagai hab transit akan menerima 12 pesawat tersebut secara berperingkat sehingga akhir tahun ini.

Namun, katanya, sebagai permulaan pihaknya akan beroperasi di peringkat domestik menggunakan tiga pesawat yang bakinya akan tiba pada minggu hadapan.
"Penerbangan pertama Malindo di peringkat domestik akan mula beroperasi pada 22 Mac ini ke Kota Kinabalu, Sabah.

"Manakala, penerbangan antarabangsa pula dijadualkan beroperasi pada Jun ini selepas kita menerima pesawat lain," katanya kepada pemberita pada Majlis Menyambut Pesawat Sulung Boeing 737-900ER di KLIA di sini hari ini.

Hadir sama Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Operasi MAHB, Datuk Azmi Murad.
Menurut Chandran, pesawat tersebut yang mampu terbang selama lima jam tanpa henti boleh menampung seramai 180 penumpang untuk dua jenis tempat duduk iaitu kelas bisnes dan ekonomi.

Selain itu, katanya, pesawat tersebut turut menawarkan televisyen persendirian di setiap tempat duduk di samping perkhidmatan bagasi daftar masuk percuma 15 kilogram (kg) untuk kelas ekonomi dan 30kg untuk kelas bisnes.

Dalam pada itu, mengulas sambutan terhadap promosi tambang inklusif serendah RM38 dari Kuala Lumpur ke Kuching dan RM68 ke Kota Kinabalu yang bermula sejak minggu lepas, katanya, pihaknya mendapat sambutan yang baik dan akan meneruskan promosi itu di masa hadapan.

"Sambutan yang diterima sangat memberansangkan dan habis ditempah kerana tiada caj tersembunyi yang dikenakan.

"Di samping itu, kami turut menyediakan sebanyak 10,000 tempat duduk lagi pada harga RM38 dan RM68 sempena Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) nanti," katanya.





© Utusan Melayu (M) Bhd 




------- Usaha Malindo akhirnya membuahkan hasil walaupun sebelum ini terdapat banyak kritikan pedas mengenainya. 

Kemunculan Malindo Airways, syarikat penerbangan tambang murah kedua negara yang akan memulakan operasi pada March 2013 mendapat reaksi negatif daripada beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat. Antara isu yang menjadi perhatian ialah kepentingan saham yang dipegang oleh DZJJ Sdn Bhd dalam National Aerospace and Defence Industries (NADI) . NADI adalah syarikat tempatan yang memegang saham sebanyak 51% dalam Malindo Airways.

Tony Pua mempersoalkan saham yang dimiliki oleh DZJJ Sdn Bhd dalam NADI kerana dua pengarah syarikat berkenaan adalah anak kepada pemimpin senior UMNO iaitu Dato' Sri Dr. Ir Jamaluddin Jarjis . Dalam sidang media yang sama, ahli parlimen Shah Alam , Khalid Samad mempersoalkan sumber kewangan yang diperoleh DZJJ Sdn Bhd memandangkan usia pengarah yang masih muda.

Sekiranya dilihat pada sejarah , DZJJ Sdn Bhd telah didaftarkaan pada tahun 1982 . Pada ketika itu, Dr. Jamaluddin masih berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) . Dua tahun kemudian, beliau berhenti berkhidmat di UTM untuk menumpukan perhatian pada perniagaan dan menubuhkan sebuah syarikat perunding kejuruteraan iaitu J & A  Associates .

Beliau membangunkan empayar perniagaan pada ketika itu tanpa mempunyai apa-apa kepentingan jawatan dalam pentadbiran kerajaan. Penglibatan beliau dalam bidang perniagaan berkaitan kejuruteraan juga merupakan satu pencapaian yang agak besar bagi sebuah syarikat berstatus bumiputera memandangkan pada ketika itu perniagaan yang berkaitan kejuruteraan lebih banyak dimonopoli kaum bukan bumiputera. Terus baca sila klik


Sebelum ini pembangkang mengaitkan- 


- Melibatkan penguasaan 3,000,000 Juta saham dalam DZJJ Sdn. Bhd. (Rantai Wawasan) yang turut bergabung bagi membentuk syarikat penerbangan tambang murah terbaru, Malindo Airways. Pemegang saham majoriti, National Aerospace and Defence Industries Sdn Bhd (Nadi), terdiri daripada empat syarikat atau pihak. Kementerian Kewangan menguasai 13,016,394 saham, PJB Industries 177,962,541 saham, PAB Nominee 12,034,831 saham dan DZJJ Sdn. Bhd. pula 23,885,190 saham.

- DJZZ mempunyai kepentingan 10.5 peratus di Nadi, yang dikawal oleh ahli perniagaan Ahmad Johan, yang juga menguasai Airod Sdn Bhd, Syarikat baik pulih pesawat  yang beroperasi di Lapangan Terbang Subang.

-  nama Syarikat DZJJ Sdn. Bhd. telah ditukarkan kepada Rantai Wawasan Sdn. Bhd. pada 19 April 2004.

- Nur Anis memegang 2,100,000 saham dalam Nadi manakala Ikhwan pula memegang genap 900,000 saham dalam syarikat yang sama..( Sila Baca....)

Apapun kewujudan Malindo syarikat penerbangan rendah terbaru dapat mengimbangkan penguasaan Air Asia. Ini memberi pilihan terbaik kepada rakyat untuk memilih penerbangan Malaysia Airlines, Air Asia dan Malindo. Bukan apa kadang -kadang Air Asia ini lebih sudu dari kuah...


Air Asia Lantik Tony Pua DAP Serang Malindo Airways? Sila Klik

Teringat langkah Airasia nak buat LCCT di Labu....sila klik
MAHB vs Airsia ..sila klik

No comments:

Post a Comment