20 March 2013

Apabila syarikat berkaitan Kerajaan menang tender...



Bernama- 19 Mac melaporkan

           
              BHIC Defence Techservices Sdn Bhd, anak syarikat Boustead
             Heavy Industries Corp Bhd dianugerahkan kontrak bernilai
             RM15 juta daripada Kementerian Pertahanan.


             Kontrak itu ialah bagi penyelenggaraan, pembaikan dan
             bekalan alat-alat ganti bagi senjata api Oerlikon 35mm
             dan radar Skyguard bagi tentera untuk tempoh tiga tahun.

         Kontrak rasmi antara kerajaan dan BHIC Defence akan
             dimeterai pada satu tarikh  kelak, kata syarikat itu dalam
            satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.


            Boustead Heavy Industries ialah pembina kapal,
            penyedia perkhidmatan berkaitan pembaikan kapal,
            maritim, kejuruteraan dan pertahanan.

            Pada tengah hari, saham syarikat itu susut 10 sen
            kepada RM1.98 dengan 198,000 saham diniagakan
.



1. Agaknya siapa yang tidak kenal Boustead Holdings Berhad milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), yang memiliki rangkaian perniagaan perladangan, perbankan, hartanah, pembinaan, farmasi, pembuatan, perkapalan dan lain-lain lagi. LTAT mengumumkan Dividen 16% dengan Pembayaran Berjumlah RM759.3 Juta kepada ahlinya. Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) mencatatkan prestasi yang sangat memberangsangkan bagi tahun kewangan berakhir  31 Disember 2012, dengan melaporkan tahap keuntungan tertinggi sejak ditubuhkan 40 tahun yang lalu. Boustead Holdings Berhad adalah penyumbang terbesar kepada keuntungan LTAT.

2. Bagi tahun yang dilaporkan, LTAT mencatatkan pendapatan belum diaudit berjumlah RM907.4 juta, peningkatan sebanyak 5.5% berbanding RM860.0 juta pada tahun sebelumnya. Boustead Holdings Berhad tentu sangat bertuah di bawah anak-anak syarikatnya yang Berjaya memiliki projek kerajaan sama ada secara rundingan terus atau perolehan tender.

3. Apatah lagi projek berkenaan daripada Kementerian Pertahanan Malaysia. Sebagai “baby” LTAT tentu amat sukar bagi MINDEF tidak memberikan kontrak kepada kumpulan Bousted. Ini bermakna amat sukar kontraktor lain bersaing dengan kumpulan ini di MINDEF, LTAT atau kontrak yang disediakan oleh Bousted sendiri.

4. Ramai yang beranggapan jika tender MINDEF di buka dan melibatkan penyertaan anak syarikat kumpulan Bousted maka peluang untuk mereka bersaing adalah amat tipis sekali.
Amalan penyertaan anak syarikat badan berkanun, koperasi-koperasi dan tabung kakitangan kerajaan dalam perolehan badan induk nampaknya sudah menjadi perkara biasa di Negara ini. 

5. Walaupun Surat Pekeliling PerbendaharaanBil 1 Tahun 2011  ada menyebut mengenainya tapi kemenangan projek oleh syarikat yang berkaitan dengan Kementerian atau agensi berkenaan tetap berlaku. Mungkin ia masih dianggap amalan biasa untuk membantu ahli-ahli kumpulan sesebuah agensi.

6. Apakah ini yang disebut menepati garis panduan dan prosedur kawalan dalaman sesebuah kementerian atau sesebuah agensi berkenaan yang dilaksanakan secara telus, adil dan saksama berasaskan prinsip-prinsip perolehan?

7. Penulis memerhatikan sejak dahulu anak-anak syarikat kementerian atau agensi yang ditubuhkan sering kali memenangi projek bekalan atau tender kerja, bekalan atau perkhidmatan. Ia bukan sahaja dalam Kementerian Pertahanan malah kementerian lain yang mempunyai anak syarikat atau perbadanan.

8. Apa bila mereka menang tender, mereka dengan bangganya mengumumkan tentang kemenangan mereka tanpa memikirkan implikasi tanggapan umum kepada kerajaan.  “Jika begitu buat apa iklankan tender, lantik sahajalah syarikat-syarikat berkenaan.”.

9. Apakah anak syarikat dimiliki kementerian atau badan berkanun sangat bagus kriteria teknikal dan kewangannya berbanding syarikat lain?

10. Namun tidak dinafikan keupayaan kumpulan Boustead ini dalam sektor yang lain seperti perladangan, perbankan dan kesihatan. Siapa tidak kenal Syarikat Pharmaniaga Berhad? Monopoli mereka mengimport dan penjualan ubat-ubatan kepada hospital kerajaan. Begitu juga AFFIN BANK Berhad yang dikenali. 

Spekulasi?

11. Mengambil contoh Boustead, sekarang kedengarannya sebuah syarikat anak syarikat Kementerian Kewangan Malaysia iaitu Syarikat Prokhas Sdn Bhd sedang melobi dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk mengintai Projek Pengurusan Fasiliti Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Selangor atau pun Kuala Lumpur.

12. Apakah Prokhas bermaksud mendapat projek secara rundingan terus dan kemudian menendernya semula kepada syarikat yang layak? Bukankah sepatutnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan membuat tender secara terbuka bagi memberi peluang kepada syarikat yang layak ? Atau jika sekiranya tender terhad kepada projek ini dengan melibatkan Prokhas Sdn Bhd, boleh ke syarikat kecil menandingi mereka?

13.  Malah situasi ini wujud di Universiti-universiti gedung ilmu kita dengan menubuhkan syarikat universiti untuk diberi projek kepada anak syarikat mereka atas alasan memudahkan melantik kontraktor. Mungkin inilah yang dipanggil "dari kerajaan kepada kerajaan".  Ada banyak lagi contoh yang berlaku disekitar kita.Cuma mungkin perkara ini telah dianggap biasa oleh masyarakat kita. Jika begitu kita akan menghancurkan peluang kepada beribu syarikat lain di negara ini. Apatah lagi syarikat bumiputera di negara ini.


Bisik-bisik

KUALA LUMPUR 14 Mac - Pengeluar sarung tangan getah, Top Glove Corporation Bhd. (Top Glove) telah melantik bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd. Sidek Hassan, 61, sebagai Pengarahnya, melalui kenyataannya ke Bursa Malaysia. Beliau yang menamatkan perkhidmatannya sebagai KSN pada 23 Jun 2012, ketika ini turut menyandang jawatan sebagai Pengerusi Petronas.

Inipun amalan biasa masyarakat kita. Pernah dengar bekas KSU menjadi pengerusi syarikat pembinaan yang dulu dia pernah  meluluskan projek berkenaan pada zamannya mentadbir? Cuba periksa…mesti ditemui.

1 comment:

  1. Akhirnya begitulah endingnya. Lagi malang beli dokumen tender mahal-mahal. call semua supplier. akhirnya syarikat yang kita tahu dapat. Budaya kita

    ReplyDelete