26 March 2013

DAP PENAKUT HANYA BERTANDING KAWASAN MAJORITI CINA?

DAP ke Johor untuk Bersaing Dengan MCA


Tindakan DAP menghantar ramai pemimpin besarnya ke Johor untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) hanyalah untuk satu tujuan iaitu 'membunuh' MCA di negeri kubu kuat Barisan Nasional (BN) ini, kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
    
Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata, DAP berharap apabila ia berjaya 'membunuh' MCA dalam PRU13, parti pembangkang itu akan diangkat sebagai wakil tunggal kepada masyarakat Cina di Johor.
    
"Ini tujuan DAP sebenarnya, untuk mengalahkan MCA dan jikalau mereka berjaya, mereka akan mengubah suasana politik di Johor berasaskan kepada politik perkauman. Adakah ini yang dimahukan oleh masyarakat Cina di Johor?," katanya mengulas merasmikan jentera PRU13 Puteri, Pemuda dan Wanita BN baru-baru ini.
    
Menurutya, DAP mahu melakukan perkara yang sama sebagaimana dilakukan parti pembangkang itu di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum lepas - 'membunuh' parti Gerakan di negeri pulau itu.
    
Walaupun DAP mendakwa ia sebuah parti pelbagai kaum, tetapi  parti pembangkang itu hanya bertanding di kawasan majoriti pengundinya kaum Cina dan hanya menentang calon BN daripada parti MCA, kata Shahrir baru-baru ini ketika mengulas tindakan DAP memindahkan pemimpinnya bertanding di Johor.



DAP hanya boleh menang kawasan Cina dan Kawasan Campuran

Fakta menunjukkan DAP hanya boleh menang di kawasan majoriti pengundi cina dan kawasan campuran (Melayu/Cina). DAP yang mendakwa sebagai parti semua kaum jelas hanya membuktikan sebaliknya. Data berikut jelas membuktikan;


Jika benar DAP harus mencuba di kawasan majoriti kaum Melayu. 


Kenapa DAP hanya berani di kawasan bercampur yang ada MCA bertanding dan Gerakan bertanding? Apakah DAP ingin membuktikan merekalah parti dominasi kaum cina sekarang? Sasarannya ialah menumbangkan rakan komponen BN ini. 

DAP membayangkan Johor medan utamanya sebagai provokasi sahaja menafikan Johor adalah kubu kuat BN. Persepsi Johor kubu kuat BN harus di hapuskan. Ia harus dimulakan dengan mengasak Johor melalui kerusi percuma yang diberikan BN kepada MCA.

DAP meletakkan penasihatnya Lim Kit Siang sebagai calon di kawasan parlimen Gelang Patah.
    
Parti pembangkang itu juga berhasrat meletakkan pakar strateginya, Liew Chin Tong yang juga merupakan anggota parlimen Bukit Bendera, sebagai calonnya di Johor dengan kemungkinan besar kerusi parlimen Kluang menjadi pilihan.
    
Terdapat juga spekulasi pengerusi DAP Karpal Singh akan bertanding di Johor pada PRU13 ini, untuk kerusi parlimen Kulai yang kini disandang bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting.
    
Kemungkinan setiausaha agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bertanding di Johor memandangkan beliau dilahirkan di Johor Bahru.
    
Parlimen Kluang yang menjadi sasaran DAP kini disandang Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Hou Kok Chung, manakala parlimen Gelang Patah diwakili Tan Ah Heng.

Begitu juga di negeri-negeri lain DAP hanya mengintai kawasan majoriti masyarakat Cina. Sarawak, Sabah, Perak DAP akan menggunakan teknik ini. 




23 March 2013

Hiburan untuk YB YB- Aku dan Tanah Adat


Aku dan Tanah Adat.

Pesan kepada YB dan Bakal YB yang akan bertanding.

Surat Palsu Setiausaha MKN didedahkan?


Surat Palsu Setiausaha MKN didedahkan?

Dilaporkan harakahdaily.net


1. Harakahdaily melaporkan mengenai dokumen MKN yang kononnya telah tersebar dalam blog-blog. Apakah surat yang terdedah surat palsu atau pun sebenar? Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab selaku Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) tentu boleh menjawabnya. Bagaimanapun kita boleh sedikit sebanyak mengulas surat ini.



1. Pertama, surat yang di dakwa surat Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab ini tidak menepati ciri-ciri Panduan Pengurusan Surat Rasmi Kerajaan. Sila Klik.


i. Apakah benar nombor rujukan surat ? (ditutup)
ii. Apakah benar Letter Head Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti itu formatnya?
iii. Cara penulisan Alamat surat juga tidak betul dan meragukan. Alamat tidak lengkap.
iv. Dalam panduan pengurusan surat - Surat hendaklah dimulakan dengan: ‘Dengan hormatnya saya diarah merujuk’‘Dengan hormatnya izinkan saya merujuk’

Surat yang didedahkan “ Dengan segala hormatnya izinkan saya menjemput perhatian YAB Dato’ Seri berhubung perkara di atas” …… Menjemput? Bukankah sebaiknya menarik perhatian?

3. Kedua, penulis surat rasmi yang di dakwa Setiausaha MKN ini merupakan seorang yang sangat tidak teliti. Kesilapan pada panggilan “Pangkat gelaran kebesaran”. Dalam surat di alamat YAB Dato’ Sri dan semasa penulisan di awal dan akhir surat YAB Dato’ Seri. (sama ada salah ejaan atau tidak peka). Apakah Setiausaha MKN selaku bekas Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri tidak teliti sehingga melakukan kesalahan seumpama itu?

4. Ketiga, perhatikan tandatangan Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab apakah betul atau tidak. Terdapat perbezaan tandatangan.Apakah tandatangan Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab dipalsukan? 

contoh tandatangan Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab yang boleh dibandingkan

Terdapat perbezaan Tandatangan. perhatikan.
Apakah terdapat pihak diluar sana yang menirunya ?
memandangkan surat -surat yang pernah
Setiausaha MKN ini tandangan juga ada didapati dalam internet.

5. Keempat, kandungan surat menyebut Laporan Mengenai Strategi Pakatan Pembangkang yang diperolehi melalui pintasan email. Apakah strategi PKR adalah dalam emel sahaja? Banyak sangatkah strategi dalam emel? Strategi dalam emel sangat penting sehingga MKN perlu membuat pintasan dan membuat laporan mengenainya?. Banyak lagi tugasan yang mungkin boleh di buat oleh MKN berbanding untuk perkara seperti ini.



6. Kelima, Surat yang ditunjukkan tidak kelihatan seperti Surat Terperingkat Dengan Tanda Keselamatan. Surat terperingkat hendaklah ditaip atau dicop peringkat keselamatan (RAHSIA BESAR/ RAHSIA/ SULIT/ TERHAD) dengan HURUF BESAR di penjuru kiri sebelah atas dan di penjuru kanan sebelah bawah tiap-tiap muka surat dengan huruf besar berukuran 7 mm dan dihitamkan. 


Apa tahap terperingkat surat MKN yang didedahkan ini? RAHSIA BESAR/RAHSIA?

Agaknya Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar tidak pernah melihat surat terperingkat seumpama itu sehingga tidak boleh membezakan yang benar atau palsu. Lagipun gambar surat didedahkan hanya muka depan sahaja. Tidak begitu jelas sifatnya. Apa kandungannya? 


Apapun oleh kerana PAS nak Setiausaha Majlis Keselamatan Negara itu jawab maka kenalah jawab. Nanti melarat pula. 


22 March 2013

Papa Gomo vs Anwar : Saman 100 juta Siapa Untung?




Papa Gomo vs Anwar : Saman 100 juta siapa untung?

1. Mari kita menyorot isu-isu dalam politik semasa negara kita hari ini. Episod saman terbaru 100 juta Anwar Ibrahim terhadap Papa Gomo nampaknya hangat diperkatakan.

2. Saman 100 juta bagi Anwar Ibrahim bukanlah perkara baru. Pada zaman Tun Mahathir pun Anwar menyaman 100 juta. Khairy Jamaludin pun pernah di saman 100 juta. Begitu juga bekas sahabat baik beliau Nalla Karuppan. 100 juta adalah perkara biasa. Apa yang hairan 100 juta?

3. Agak-agak siapa menang saman ini? Bagi Papa Gomo nampak beliau tidak sedikit pun merasa gentar dengan saman tersebut. Malahan Papa Gomo menyambutnya dengan memohon maaf secara terbuka dan enggan menarik balik tuduhan dan membuat provokasi semula kepada Anwar Ibrahim. Antara kenyataan Papa Gomo;

“Salam sejahtera kepada Dato Sri Anwar Bin Ibrahim Ketua Umum Pakatan Rakyat. Saya dengan ini memohon maaf diatas ketelanjuran saya yang menyebarkan gambar gambar berbentuk separa lucah kepada rakyat. Saya benar benar memohon maaf diatas kebiadapan saya ini yang mencerca Dato Sri dan melabelkan Dato Sri sebagai pengamal Homoseksual.”

“Dengan permohonaan Maaf ini saya harap agar Dato Sri dapat balik menarik saman RM 100 juta yang difailkan keatas saya kerana saya orang susah, tidak ada duit sebanyak itu untuk membayar saman Dato Sri. Lagipun saya terpaksa menanggung 5 orang adik adik saya yang masih lagi bersekolah manakala ibu saya tidak sihat dan bapa saya pula tidak berkerja.”

Apa sekalipun Dato Sri, saya juga dengan ini memberikan amaran buat Dato Sri untuk menarik balik saman tersebut dalam masa 48 Jam kerana jika Dato Sri tidak menarik balik saman tersebut serta membuat permohonan Maaf kepada saya maka saya dengan ini tidak akan teragak agak untuk mendedahkan lebih banyak paparan video Homoseksual Dato Sri untuk tatapan rakyat.

4. Dalam erti kata “samanlah” dan Papa Gomo akan mendedahkan lagi video dalam simpanannya. Nampaknya Papa Gomo mempunyai “ Kad-kad Magik” mencabar Anwar.

5. Mengapa agaknya Anwar Ibrahim memilih menyaman Papa Gomo? Apakah kerana pengaruh dan kesan blognya? Jika selama ini Anwar menyaman orang –orang yang mampu membayar samannya kini seorang blogger di saman.

6. Mesej yang lebih utama ialah Anwar memberi pengiktirafan kepada blogger seperti Papa Gomo sebagai seterunya.Tentulah ini memberi keuntungan publisiti pada Papa Gomo sebagaimana penantiannya untuk disaman Anwar selama ini.  Anwar vs blogger Papa Gomo tentu satu perbicaraan mahkamah yang dinanti-nantikan.

7. Di pihak Anwar Ibrahim pula tidak menyaman Papa Gomo mungkin memberi tanggapan umum kenapa Anwar biarkan Papa Gomo menyerangnya? Apakah dengan hanya “ignore” maka pendedahan Papa Gomo akan tenggelam begitu sahaja? Tapi nampaknya “ignore” kali ini bukan seperti biasa.

8. Apakah dengan menyaman, maka Papa Gomo akan takut dan senyap? Dan rakyat melihat tindak balas ini sebagai serangan balas Anwar Ibrahim yang memfitnahnya? Anwar Ibrahim tiada pilihan. Saman adalah reaksi yang mungkin boleh menyelamatkannya.

9. Sebaliknya Papa Gomo menantinya dengan maaf dan menyerang balas. Laksana seorang Jeneral dalam peperangan Papa Gomo mengatur strateginya satu persatu.



10. Ditengah-tengah isu Keselamatan Lahad Datu Sabah yang dipergunakan sepenuhnya oleh pembangkang, bapa saiful yang berpaling tadah kepada anaknya,PRU ke 13 yang semakin hampir, pendedahan Papa Gomo akhirnya “mengalihkan pandangan rakyat terhadap isu-isu semasa yang dibangkitkan oleh pembangkang” sekarang.

11. Tidakkah saman Anwar Ibrahim ini kepada Papa Gomo ini seperti menjerat diri sendiri? Apakah Anwar akan meneruskan saman melalui peguam-peguam saman 100 jutanya sebagaimana kata-katanya Saya serahkan perkara itu kepada peguam saya untuk uruskannya,".

Seperti kata Papa Gomo lagi;

“Saya cuma link blog Rajagoyang pada blog saya tapi sendiri tidak kenal siapa orangnya yang kendali blog berkenaan,” “Apapun lawan tetap lawan. Saya memang sudah lama tunggu saman dari Anwar.Lama sangat kata nak saman tapi baru hari ini saman sekalipun saya bukan blogger Rajagoyang,” tegasnya.( Agendadaily).

Papagomo mempersoalkan kenapa Anwar sampai hari ini tidak berani saman Datuk Shahzryl Eskay Abdullah yang mendedahkan isu dakwaan video seks dengan China Doll yang disahkan 99.9 peratus tulin oleh pakar luar negara.?


12. Apa lagi selepas ini?.................... Tan Sri Rahim Thamby Chik pun dah muncul untuk minta di saman. Jangan anti klimak Tan Sri. Nanti isu saman Papa Gomo 100 juta tenggelam pula.





Pywar Musuh?

Psywar



Dokumentari ini meninjau evolusi propaganda dan perhubungan awam di Amerika Syarikat, dengan penekanan kepada teori elitis demokrasi dan propaganda. 

Apakah kita juga terperangkap dengan kerangka "psyops" musuh? sila klik

Atau Kadirjasin.blogspot.com "An Open Letter to 'Murderer' Bush

21 March 2013

PRU ke 13 makin dekat, Apakah Nasib Kawasan-kawasan Parlimen ini?

1. PRU 2008 kerusi – kerusi Parlimen berikut adalah mempunyai majoriti pengundi Melayu tetapi diberikan kepada calon daripada komponen BN Bukan Melayu:


Kerusi Parllimen Majoriti Kaum Melayu

2. Apakah BN akan terus mengekalkan penentuan calon di kawasan majoriti Melayu  kepada rakan parti komponen BN? Mampukah rakan parti komponen seperti MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain memenanginya?

3. Apakah ini akan menjadi penyumbang kepada kekalahan BN dalam PRU ke13 sebagaimana dalam PRUke12?

4. Apakah pembangkang akan terus menggunakan sentimen majoriti pengundi Melayu untuk meletakkan calon-calon mereka?

5. Perhatikan pula kawasan Parlimen yang mempunyai majoriti bukan pengundi Melayu


Kerusi Parlimen majoriti bukan Melayu (Cina)


6. Kerusi parlimen majoriti bukan Melayu tidak pernah dipinjam kepada UMNO berbanding kawasan majoriti Melayu yang sentiasa dipinjamkan kepada komponen MCA, Gerakan dan MIC. Apakah kali ini akan berlaku perubahan?

7. Apakah calon-calon BN (MCA/Gerakan/MIC mampu menewaskan DAP di kawasan majoriti Cina?

8. Apakah Presiden MCA akan bertanding ? Bertanding di kawasan majoriti Melayu sebagaimana biasa? Dan apakah pemimpin-pemimpin utama MCA akan bertanding di kawasan majoriti pengundi cina bagi melihat sokongan yang diberikan oleh pengundi cina kepada mereka?

9. Apakah pula Presiden MIC akan bertanding di kawasan majoriti Melayu sebagaimana biasa (kawasan majoriti kaum India di negeri Selangor)? Bolehkah G. Palanival memenanginya selepas kalah teruk tahun 2008?

10. Jika DAP dan PKR bijak membaca iklim politik Malaysia memecahkan tradisi persahabatan komponen BN bermakna DAP/PKR telah menemui jawapan penentuan calon berasaskan pengundi majoriti adalah suatu yang amat wajar dalam konteks iklim politik Malaysia.

11. Bukankah ini mencerminkan hubungan antara sokongan kaum dengan politik perkauman masih sukar dipadamkan?

12. Jika begitu masih ada harapankan BN khususnya MCA dan Gerakan mempertahankan dirinya? Sedangkan MCA dan Gerakan menang pun adalah di kawasan majoriti Melayu atau di kawasan pengundi kaum campuran.

Kerusi Parlimen bercampur majoriti Melayu dan Cina
13. Apakah Tan Lian Hoe di P.154 Grik di kawasan majoriti 73% pengundi Melayu mampu bertahan di sana? Apakah kerusi UMNO ini pada asalnya akan kekal di pinjamkan kepada MCA? atau akan ada pertukaran kerusi lain?

14. Tidakkah pembangkang akan mengambil kesempatan? Apakah BN tidak belajar dari sejarah kerusi Parlimen P.183 Kuantan (60% Melayu) yang di menangi oleh Fuziah Salleh (PKR) yang menewaskan calon BN Fu Ah Kiow?Juga kerusi lain.  Pembangkang sudah tentu bersedia dengan cara ini. Mungkin akan berbeza jika BN meletakkan calon yang sesuai, orang tempatan atau yang boleh diterima rakyat. 

Apakah Johor masih kubu kuat BN?

15. PRUke 12 , UMNO Johor terus mengekalkan sebanyak 35 kerusi daripada 56 DUN. Hanya 2 dimenangi oleh PAS dan 4 daripadanya calon DAP. Keseluruhan BN memenangi 50 kerusi. Dua kerusi DUN, N.13 Sungai Abong dan N.15 Maharani tentulah bukan gambaran menggugat UMNO.

16. Namun UMNO tidak boleh mendabik dada dan mesti membuat kajian mendalam. Ini kerana jika di analisis sebanyak 33 kerusi Dun yang ditandingi oleh PAS dalam PRU 2008 telah mengalami peningkatan yang sangat ketara berbanding PRU 2004.




17. Kawasan DUN yang mengalami peningkatan besar undi PAS itu bukannya kawasan yang mempunyai peratus pengundi Melayu yang besar. Semua adalah di kawasan pengundi campuran. Dun Sg Abong (43.84% Cina), Maharani (42.51%), Mahkota (43.48%), Pengkalan Rinting (41.62%), Kempas (36.7%), Nusa Jaya (39.23%). Ini menunjukkan pengundi cina telah menerima calon PAS.

18. Apakah pula PRUke 13 akan berubah? UMNO/ BN Berjaya meningkatkan undi? Atau PAS/DAP/PKR meningkatkan undi mereka? Pakatan sangat yakin mesti ada alasannya..

19. Apakah pengumuman Lim Kit Siang untuk berpindah ke Johor melihat analisis ini dari hari ke hari penerimaan rakyat johor kepada DAP? Atau akan ke Parlimen Bakri menggantikan calon DAP sekarang?

20. Apakah BN akan mengekalkan kemenangan di Perak? Boleh merampas semula Selangor dan memenangi Kelantan?

21. Apakah BN mengekalkan Fax Deposit Sabah dan Sarawak?

22. Sama-sama kita nantikan. Apakah politik "persahabatan" dan "perkongsian" menidakkan situasi kaum boleh bertahan? Jangan "sokong membawa rebah" sudahlah.  






20 March 2013

Kenapa Kerajaan tidak tetapkan dasar penggunaan bio plastik?


Kenapa Kerajaan tidak tetapkan dasar penggunaan bio plastik?

Kali ini penulis memilih untuk menulis mengenai penggunaan bio plastik. Bukanlah bermakna penulis seorang anti penggunaan plastik. Betul juga adilkah kita untuk berkata, bahawa segalanya yang melibatkan plastik menjadi beban kepada alam sekitar? Namun kita juga harus bertanya mengapa industri Bio Plastik di negara kita belum berkembang? Penulis cuba mencari maklumat berkaitan plastik. Sebahagiannya penulis paparkan dalam tulisan ini.

Plastik dan Sampah

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh Japan International Corporation Agency (JICA), jumlah sisa pepejal yang dihasilkan oleh penduduk negara ini akan meningkat dari tahun ke tahun dan menjelang tahun 2020, sisa pepejal yang dihasilkan oleh penduduk Malaysia dianggarkan sebanyak 30,000 tan sehari.

Anda boleh membayangkan jika sampah itu adalah plastik kerana sifatnya tidak terdegredasi iaitu sukar diuraikan. Pelupusan plastik mengambil masa beratus-tahun lamanya untuk mereput dan ia bergantung pada jenis dan kategori plastik berkenaan. Paling mudah, jika seorang individu menggunakan hampir lapan keping beg plastik dalam seminggu, tentulah mencerminkan betapa banyaknya kalau sebulan dan setahun.  Yang pasti, semakin banyak plastik dikeluarkan, semakin terjejas ruang persekitaran bumi.

Plastik terhasil dari polimer yang terbentuk dari polimerisasi molekul-molekul kecil (monomer) hidrokarbon yang membentuk rantai yang panjang dengan struktur yang kaku. Plastik merupakan senyawa sintesis dari minyak bumi (terutama hidrokarbon rantai pendek) yang dibuat dengan reaksi polimerisasi molekul- molekul kecil (monomer) yang sama , sehingga membentuk rantai panjang dan kaku dan akan menjadi padat setelah temperatur pembentukan nya.

Plastik memiliki titik didih dan titik beku yang beragam , tergantung dari monomer pembentuknya. Monomer yang sering digunakan adalah etena (C2H4),  propena (C3H6),  styrene  (C8H8), vinil kloridanylon dan karbonat (CO3).

Hampir semua plastik sukar untuk diuraikan. Plastik yang memiliki ikatan karbon rantai panjang dan memiliki tingkat kestabilan yang tinggi, sama sekali tidak dapat diuraikan oleh mikroorganisme. Memburukkan lagi keadaan, bahan-bahan plastik ini juga bukan sahaja mendatangkan kesan buruk  kepada alam sekitar malah penggunaannya mampu memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia.


Bio Plastik vs Plastik

               i.       Plastik sangat mudah di dapati seperti bekas makanan dan minuman dan beg plastik
      ii.         Para peniaga makanan dan kedai runcit masih memilih untuk menggunakan plastik tersebut kerana harganya yang lebih murah dan ianya mampu memaksimumkan keuntungan.
   iii.    masyarakat pula cenderung menggunakan pembungkus plastik kerana ia lebih praktikal dan mudah
         iv.    bahan plastik  terurai bio sepenuhnya amat mahal . Selain harganya, kekuatan plastik bio terurai ( Biodegradable) agak rendah dan agak sensitif terhadap suhu dan kelembapan. 
     v.    Pihak pengilang kurang berjaya untuk menarik pengguna menggunakan plastik biodegradasi disebabkan harganya yang dibawah jangkauan pasar raya atau peniaga biasa.

Apakah kempen kitar semula,  pengurangan penggunaan plastik dan penghasilan produk Bio Plastik kita gagal?

Pertama- kita perhatikan kementerian yang terlibat;

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan-  Melibatkan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Objektif Dasar Pengurusan Sisa Pepajal Negara antara yang penting;

-       -  Pengurangan sisa pepejal isi rumah, komersial, perindustrian,
keinstitusian, awam dan pembinaan  melalui 3R
-      - Pemilihan teknologi yang telah terbukti, mampu bayar
dari segi capex & opex serta mesra alam
-      -  Menjamin pemeliharaan alam sekitar dan kesihatan awam

Setakat ini tiada kajian khusus dibuat untuk mengukur dan mengesahkan kadar kitar semula kebangsaan yang terbaru. Namun dokumen  RMKKe-9 menyatakan kadar kitar semula rakyat Malaysia  adalah sekitar 5% setahun dan jangkaan kitar semula penduduk Malaysia pada tahun  2020 adalah sebanyak 22%. 


Kementerian tenaga, teknologi hijau dan air (keTTHA).
Antara objektif Dasar Teknologi Hijau Negara yang  berkaitan

     i.     Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara
   ii.      Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persada antarabangsa 
  iii.      Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang
  iv.     Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau


Sektor Air dan Pengurusan Sisa
Menerima pakai Teknologi Hijau dalam pengurusan dan penggunaan sumber air, rawatan kumbahan, sisa pepejal dan kawasan pelupusan sampah

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri –
Melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) di bawah Akta Penyelarasan Perindustrian, 1975  bertujuan untuk mengekalkan pembangunan dan pertumbuhan yang teratur dalam sektor perkilangan negara ini. Di bawah Akta ini, syarikat-syarikat perkilangan yang mempunyai dana pemegang saham RM2.5 juta ke atas atau menggaji 75 atau lebih pekerja sepenuh masa dikehendaki memohon lesen pengilang untuk kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Permohonan Pembangunan Pelaburan Malaysia sebuah agensi di bawah MITI yang diberi tugasan menggalak dan menyelaraskan pembangunan perindustrian di Malaysia. 

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan- Mengadakan Kempen Pengurangan Plastik di pasar raya.

Masing-masing kementerian mempunyai matlamat dan tugasan yang tersendiri. Ada yang meningkatkan industry, ada yang menghasilkan teknologi baru, ada yang melihat pengurusan sisa pepejal untuk mengurang pencemaran, dan kempen-kempen kepada masyarakat. Semuanya mempunyai matlamat dan objektif yang hampir sama

Kedua  - NGO
pandangan Forum Plastik Malaysia (MPF), sebuah badan yang melindungi kepentingan industri plastik tempatan. MPF yang ditubuhkan 2005, merupakan hasil gabungan dua persatuan iaitu Kumpulan Pengeluaran Resin Plastik-Persatuan Petrokimia Malaysia serta Persatuan Pengeluar Plastik Malaysia (MPMA).

Kenyataan MPF mengenai Penggunaan Plastik dan Plastik Biodegredasi

 i.     - MPF tidak bersetuju dengan pengharaman penggunaan beg plastik kerana ia tidak   menangani punca asas ia itu masalah sikap manusia yang membuang sampah merata-rata dan ia juga membebankan pengguna.
ii.   - Beg plastik kebanyakan nya dibuat daripada polyethylene(PE) dan menurut life cycle assessment (LCA) atau kitaran penilaian hayat, beg plastik PE adalah lebih mesra alam dan mampan berbanding beg plastik mudah urai dan beg kertas.
iii. - Tidak ada yang memudaratkan berkaitan plastik, jika ia gunakan secara bijak
iv.  - Plastik bukanlah isu alam sekitar hanya kerana adanya mitos yang menyatakan bahan tersebut merupakan bahan yang mengambil masa terlalu lama untuk terurai.
v.    - Dalam satu kerja-kerja menggali di tapak pelupusan sampah di New York, AS , ada kes menunjukkan bahawa sehelai kertas akhbar pada tahun 1950-an masih tertanam kemas di bawah tanah tanpa tanda-tanda akan berlaku penguraian.
vi.  - Sekiranya berlaku penguraian sekalipun, impak ke atas alam sekitar lebih memudaratkan memandangkan proses tersebut menghasilkan gas. Dalam keadaan atau kehadiran oksigen (aerobik), hasil penguraian membentuk air apabila gas oksigen berkenaan berkenaan bertindak balas dengan hidrogen dan membentuk gas karbon dioksida. Ini kerana bahan organik seperti kertas, tumbuh-tumbuhan dan haiwan mengandungi unsur hidrogen dan karbon. Seperti diketahui, gas karbon dioksida ialah gas rumah hijau yang menyebabkan kemudaratan kepada alam sekitar.
vii. - Lebih parah lagi apabila proses penguraian berlaku tanpa kehadiran oksigen (anaerobik) yang mana proses berkenaan menyebabkan hidrogen dan karbon bertindak balas dan membentuk gas metana yang lebih mudarat lebih 22 kali berbanding gas karbon dioksida (CO2)
viii.       -Kajian oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA), AS menunjukkan tidak berlaku proses penguraian sempurna di tapak pelupusan sampah termasuk bahan organik lain.
ix.  -"Penyelidikan terkini menunjukkan bahawa kertas di tapak pelupusan sampah tidak mengurai atau mengurai tidak sepantas yang diharapkan plastik. Malah tidak mengurai sempurna kerana ketiadaan air, udara, cahaya serta elemen lain yang mencukupi."
x.    -Jika ada persepsi negatif menyatakan bahawa bahan plastik mengurai dalam tempoh 1,000 tahun atau lebih tetapi daripada segi positif ia mengurangkan munculnya gas metana.
xi.  -Kira-kira 40 peratus plastik adalah untuk pembungkusan makanan. Dan ini membantu penyimpanan makanan , mengurangkan pembaziran makanan dan mengurangkan berat bungkusan. Kecekapan makanan dalam pembungkusan makanan plastik tidak boleh dibandingkan berbanding bahan lain.
xii.Di Eropah kata beliau, sebanyak 50 peratus makanan di rantau berkenaan dibungkus dengan plastik. Ironinya, dengan ketiadaan plastik, kuantiti pembuangan makanan meningkat 158 peratus dan pembuatan meningkat kepada 108 peratus. 



    Ketiga- Pandangan Ahli Akademik mengenai Penggunaan Plastik.
Prof. Madya Dr. Zelina Zaiton Ibrahim,
Ketua Jabatan Alam Sekitar, Fakulti Pengajian Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM)

Langkah mengurangkan penggunaan beg plastik adalah dengan menggantikannya dengan penggunaan beg mesra alam atau beg hijau adalah wajar kerana penggunaan beg plastik untuk membeli-belah dan tujuan lain dengan berleluasa telah menyumbang kepada kesan negatif terhadap ekologi dan masalah kesihatan masyarakat hari ini.

Pelupusan plastik mengambil masa beratus-tahun lamanya untuk mereput dan ia bergantung pada jenis dan kategori plastik berkenaan. Kita kena faham bahawa bahan plastik ini mengambil masa sekurang-kurangnya 100 hingga 500 tahun untuk lupus sekiranya ditanam manakala impak pencemaran lebih besar jika dibakar.

Pengeluaran, pembuangan dan pereputan beg plastik juga bukan semudah yang disangka. Walaupun sebahagiannya dilihat sudah hancur, tetapi bahan-bahan kimia masih terdapat dalam bentuk habuk yang stabil.

"Saya sendiri tertanya-tanya bilakah negara kita akan menetapkan peraturan seperti dilakukan oleh beberapa negara di benua Eropah yang mewajibkan pengguna membawa beg sendiri yang digelar beg hijau sebagai ganti beg plastik ketika membeli-belah”

"Seperti di England, Ireland, Bangladesh dan Amerika Syarikat, kerajaannya telah memperkenalkan undang-undang bagi penggunaan beg mesra alam," jelasnya berhubung cara memperluaskan penggunaan beg mesra alam kepada para pengguna.

Ibarat “Ditelan mati emak,diluah mati bapa” .

Sektor pembuatan berpotensi membawa pulangan yang positif kepada pendapatan negara. Pada tahun 2009, industri pembuatan menyumbang sebanyak 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Eksport barangan pembuatan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 23.2 peratus kepada RM283.4 bilion dalam tempoh tujuh tahun pertama, iaitu dari Januari hingga Julai pada 2010.

Nilai jualan bagi industri pembuatan pada September 2011 pula, mencatatkan peningkatan sebanyak RM7.2 bilion kepada RM50.89.8 bilion berbanding dengan RM43.6 bilion pada September 2010. Peningkatan ini dijanakan oleh pertumbuhan nilai jualan oleh 92 industri atau 80.0 peratus. Lima industri utama yang mengalami peningkatan nilai jualan ialah pembuatan produk petroleum bertapis (49.1 peratus), pembuatan kimia perindustrian asas lain kecuali baja dan sebatian nitrogen (20.4 peratus), pengilangan semula getah dan pemprosesan susu getah (49.2 peratus), pembuatan plastik dalam bentuk utama dan daripada getah tiruan (32.9 peratus) dan pembuatan peranti semikonduktor (8.8 peratus).
Sektor pembuatan di jangka berkembang pada kadar 5.6 peratus setahun dan menyumbangkan 28.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2020, seperti yang digariskan dalam Pelan Induk Perindustrian Ketiga (PIP3).

Industri plastik mencatatkan angka-angka memberangsangkan daripada sudut ekonomi, bagaimanapun pencinta alam sekitar menganggap kehadiran bahan polimer tersebut lebih memudaratkan.

Angka eksport menunjukkan pertumbuhan industri plastik ialah antara 10 dan 15 peratus dalam tempoh sepuluh tahun.

Ini termasuk catatan bahawa Malaysia merupakan pengeksport filem terbesar Asia dan pengeluar serta pengekport bungkusan dan beg plastik di Asia dan pasarannya sehingga ke Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat (AS) serta Jepun.

Di Malaysia, industri plastik merekodkan perolehan RM16.24 bilion pada 2008, peningkatan sebanyak 5.2 peratus berbanding dengan perolehan RM15.44 bilion pada 2007. Nilai eksport pula mengalami peningkatan sebanyak 11.6 peratus, daripada RM8.33 bilion pada 2007 kepada RM9.30 bilion pada 2008. Pembuatan produk plastik menyumbang sebanyak 21.8 bilion, iaitu sejumlah tiga peratus kepada nilai output kasar pada tahun 2009 daripada 730.0 bilion nilai output kasar keseluruhan yang disumbangkan oleh kumpulan pembuatan negara. Nilai eksport bagi pembuatan produk getah dan plastik pula sejumlah 21.3 peratus dengan nilai 13 289.0 juta pada tahun yang sama.

Pada 2009, produk plastik meningkat 2.4 peratus dan hal ini disokong oleh prestasi kukuh segmen pembungkusan pengguna. Pengeluaran produk tiupan teracu plastik misalnya, meningkat 0.6 peratus bagi tempoh Januari hingga Julai 2009 disebabkan oleh permintaan yang tinggi bagi bahan pembungkusan daripada industri makanan dan minuman di pasaran domestik.

Nampaknya Kerajaan dan masyarakat di Negara ini tiada pilihan lain sekiranya kerajaan mahu menguatkuasakan undang-undang pengurangan plastik di negara ini. Pencinta Alam yang menyuarakan tentang kebimbangan pencemaran perlu menghadapi penggiat industri plastik seperti  Forum Plastik Malaysia (MPF), Kumpulan Pengeluaran Resin Plastik-Persatuan Petrokimia Malaysia dan Persatuan Pengeluar Plastik Malaysia (MPMA).

Apakah industri plastik Negara boleh terjejas?

Berdasarkan angka industri plastik itu nampaknya tidak mungkin industri plastik boleh terjejas jika sekiranya kempen atau larangan penggunaan beg plastik hanya terhad di pasar raya. Sedangkan beg plastik masih digunakan secara meluas di pasar malam, pasar tadi, pasar basah, kedai runcit, kilang dan pelbagai premis perniagaan.

Pelbagai produk berasaskan plastik terus mendapat permintaan. Oleh itu tidak mungkin industri plastik menghadapi masa depan yang gelap jika plastik tidak digunakan lagi di pasar raya.


Situasi Menang-menang

Saban hari malah setiap tahun kita mendengar pelbagai penciptaan barangan Plastik Biodegredasi yang mesra alam. Kenapa kita tidak mempromosi atau meningkatkan penggunaannya? Kenapa kerajaan tidak menetapkan Dasar Penggunaan 2 % penghasilan Bio Plastik di negara ini? Bukan menyaingi industri plastik konvensional tapi meningkatkan lagi alternatif penghasilan plastik yang mesra alam.  Ini sudah tentu dapat meningkatkan industri ini selain memberi insentif cukai menggalakkan syarikat meneroka dan mengguna pakai teknologi hijau disamping meningkatkan keyakinan insitusi perbankan memberi pinjaman bagi projek berkaitan teknologi hijau.

Antara penghasilan plastik baru (sebahagian yang ada)

Universiti Sains Malaysia

·      Penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) tampil dengan inovasi terkini iaitu penghasilan  plastik terbio-urai menggunakan bahan buangan daripada buah-buahan tropika.
·       Bukan sekadar mudah terurai, plastik yang dikenali sebagai Fruitplast itu juga sangat unik kerana dihasilkan daripada kulit buah-buahan tropika seperti pisang, rambutan serta kulit dan jerami cempedak.
·    Ketua penyelidik Fruitplast, Profesor Hanafi Ismail berkata, idea menghasilkan plastik daripada bahan buangan itu timbul setelah melihat kepada potensi pasaran plastik terbio-urai yang dianggarkan meningkat sehingga 30% setiap tahun.
·     USM  telah membangunkan kajian untuk menghasilkan plastik terbio-urai menggunakan bahan buangan bagi mengurangkan kos namun ia tetap berdaya saing dan setanding dengan mutu plastik komersial sedia ada. sila klik
·       USM juga telah menghasilkan bio plastik daripada sisa kelapa sawit melalui penghasilan bakteria. Plastik yang dihasilkan pula terurai dalam masa singkat sahaja iaitu tiga bulan hingga setahun berbanding plastik kimia yang mengambil masa bertahun-tahun lamanya untuk terurai. Sila Klik

Di China, kanji digunakan untuk tujuan tersebut manakala di AS, mereka menggunakan tepung jagung. Brazil pula memanfaatkan gula untuk penghasilan bioplastik memandangkan negara berkenaan kaya dengan tebu.


Bio Plastik dari ubi kayu

ICBP- D09, Jalan Tanjung A/4, Free Trade Zone, 
Port of Tanjung Pelepas, 81560 Johor, Malaysia.

Bukankah di Malaysia telah ada kilang penghasilan Bio Plastik dari ubi kayu? Anda boleh melayari http://www.icbp.com.my/ . seperti kata pengusahanya;

1.    Resin bio ICBP mesra alam sekitar. Faedah untuk alam sekitar dengan mengurangkan kesan karbon hasil penggunaan bioplastik mendorong kerajaan Malaysia menyediakan insentif dan undang-undang yang mempercepatkan penerimaan bioplastik.
2.    Teknologi moden telah menemukan kita dengan resin (damar) plastik daripada kanji  jagung, ubi kentang dan ubi gajah. Bahan-bahan asas ini mudah hancur di dalam tanah.
3.    Harga atau kos pengeluaran bioplastik terbiodegradasikan  bukan satu halangan jika dipertimbangkan kesan ‘positif’ terhadap alam. (tidaklah mahal sebagaimana digemburkan). Jadi kerajaan perlu mengalak dan bantu pengilang tempatan untuk membuat produk plastik terbiodegradasikan daripada kanji dan bahan yang bersesuaian
4    Bio resin ICBP tidak berasaskan makanan staple food
5.    ICBP ialah syarikat pertama di rantau ini menerima sijil berprestij AIB-Vincotte Certification (tanda pengesahan ‘OK Biobased’) yang mengesahkan ICBP memiliki keupayaan teknologi yang setaraf dengan pembuat resin berasaskan bio yang terkenal dari negara seperti Amerika Syarikat, Eropah, Jepun dan negara lain.
6.    Persijilan OK Biobased yang diterima membuka masa depan ICBP untuk menjadi perintis pembuat resin bioplastik daripada ubi gajah.sila klik

antara produk bio plastik ICBP


Apakah kerajaan rugi dengan menyediakan suasana “menang-menang”? bukankan ini juga dapat memberi rakyat peluang untuk membuat pilihan? Memelihara alam sekitar dan mengurangkan “demand” persatuan penggiat plastik yang mempertahankan   kepentingan mereka? Bukan mudah membentuk sikap masyarakat dari segi pembuangan sisa. Bukankah lebih baik juga dalam masa kita meningkatkan pendidikan rakyat kita dapat mengurangkan penghasilan plastik yang mencemar alam dan dapat pula membina alternatif bio plastik? Bukankah kita telah membuktikan negara kita mampu menghasilkan produk bio plastik berkualiti tinggi sehingga diiktiraf dunia sebagaimana ICBP itu?

Apakah cara menang-menang ini satu mitos? seperti mitosnya plastik yang tidak boleh "terurai"..