29 March 2012

SELANGOR BANDAR SAMPAH?

Datanglah Kajang


Selepas penamatan Alam Flora Sdn Bhd sebagai konsesi perkhidmatan kutipan dan pembersihan sisa pepejal nampaknya PBT dan Kerajaan Selangor masih bergelut untuk menyesuai diri dengan situasi ketiadaan Alam Flora. Kerajaan Selangor tidak menandatangani perjanjian antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan PBT untuk perkhidmatan PSP & PA selaras Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) bermakna Kerajaan Selangor berhak dan mempunyai kuasa penuh untuk menguruskan pembersihan awam dan sisa pepejal PBT masing-masing. 


Kerajaan Selangor sebelum ini menerima peruntukan kerajaan persekutuan bagi kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam setiap tahun (secara interim) bagaimanapun selepas Kerajaan Selangor tidak menandatangi perjanjian penswastaan konsesi bermakna Kerajaan Selangor dan PBT akan menanggung sendiri kos berkenaan. 

Sebelum ini didapati PBT Selangor tidak membayar kepada  Alam Flora sebanyak 120.3 juta jumlah yang paling besar. 

Sekarang ini selepas sahaja PBT mengambil alih kerja-kerja kutipan  dan pembersihan sisa pepejal nampaknya Selangor agak terkial-kial menyelesaikan masalah longgokan sampah, bau busuk dan rumput yang tidak dipotong. Lihatlah saja kawasan kajang yang saya diami banyak sampah tidak dikutip mengikut jadual. Ada satu tempat di Bangi ketika saya melalui kawasan itu pada bulan Februari, rumah sampah di bakar mungkin disebabkan kemarahan memuncak atau sebab kelalaian penghuni taman. Nasiblah Bomba cepat mengambil tindakan. 

Jika anda membaca akhbar  sekarang boleh dikatakan setiap hari banyak pihak tidak berpuas hati dengan perkhidmatan kutipan dan pembersihan sisa pepejal di Selangor sekarang. Sampah menimbun dan berbau busuk. Mungkinkah Selangor tidak mempunyai peruntukan yang cukup? sehingga Selangor sekarang mengalami masalah sampah yang mungkin boleh menjejaskan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor jika berlarutan. 


Gambar yang diambil di Kajang- Sg Chua sebelah dengan Pasaraya Giant
Haraplah angkat dan bersihkan. 


27 March 2012

Tahniah! KSU KPKT BARU

Datuk Arpah Abdul Razak dilantik Ketua Setiausaha KPKT

2012/03/27

KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan hari ini mengumumkan pelantikan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Arpah Abd Razak sebagai Ketua Setiausaha kementerian itu yang baru, mulai 3 April ini. 

Arpah menggantikan Datuk Seri Ahmad Kabit yang menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Setiausaha KPKT pada 2 April ini setelah berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam selama 36 tahun, kata Mohd Sidek dalam satu kenyataan hari ini.
Arpah, 57, berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Perancangan Bandar dan Wilayah dari University of Southern California, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Pengajian Bandar dari Universiti Sains Malaysia (USM).
Beliau memulakan perhidmatan dengan Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 26 November 1979. - BERNAMA

NOTE: Tahniah Datuk. semoga dapat berkhidmat dengan cemerlang. 

SESUATU YANG KITA HARUS BELAJAR


Kenaikan harga minyak di Indonesia yang diumumkan oleh kerajaan Indonesia telah mengundang padah apabila demonstrasi mengenainya di adakan besar-besaran di Indonesia. 

Ia jelas memberi pengajaran kepada kita bahawa menjelang PRU13 isu-isu berikut perlu dielakkan. 

1)  Kenaikan harga minyak.- Jangan sesekali mengumumkan kenaikan harga minyak ia memberi kesan kepada isu lain terutama mengakibatkan kenaikan barang lain.

2).       Memperkenakan GST sekarang. Walau anda bijak  mengolah fakta untuk orang boleh menerimanya. Yang jelas rakyat masih belum boleh memahaminya. Isu ini tidak sesuai sekarang dibangkitkan.
.    
Hati-hati, kita dah terlalu banyak isu nak diselesaikan...Rakyat bukan lagi seperti dahulu hanya ada TV1, TV2 dan TV3 dan seorang menteri penerangan yang boleh mengawal semuanya. sekarang zaman terbuka dari TV satelit, internet dan lain-lain lagi. semua orang boleh akses maklumat. 

24 March 2012

Bila akal semakin hilang!!

Beritanya.


NONE
Kira-kira 80 orang pelajar pro-Mahasiswa pada petang ini berhimpun di hadapan Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya bagi menuntut supaya pilihan raya kampus diadakan pada kadar segera.

NONE
Kumpulan itu berkumpul pada kira-kira jam 2.45 petang dan cuba untuk menyerahkan memorandum serta batu nesan kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Memorandum itu diterima oleh setiausaha politik Mohd Khaled, tetapi beliau menolak menerima batu nesan yang melambangkan "kematian demokrasi pelajar".

Memorandum yang dihantar mewakili lapan kumpulan mahasiswa, termasuk Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia and Pro-Mahasiswa.

----------------------------------------------ulasannya--------------

Bila akal pemimpin mahasiswa semakin singkat cara. Kenapa nak bawa nesan? Nak menggambarkan matinya demokrasi dengan cara memberi batu nesan?. Cara mahasiswa pembangkang ni dari dulu memang sentiasa pendek akal. Dari bawa keranda sehingga bawa nesan. Siapa nak hormat kita jika kita tidak hormat orang lain. 

Inikah caranya? kenapa batu nesan ini tidak di bawa ke parlimen serah pada Anwar Ibrahim supaya Anwar boleh bercakap bagi pihak mahasiswa yang malang ni mengenai matinya demokrasi mereka. Kita tengok reaksi Anwar..


18 March 2012

Pengguna Prabayar selamat?



Semalam selepas Utusan menyiarkan mengenai 6% cukai perkhidmatan kepada pelanggan pra bayar 

Hari ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menafikan pernah mengeluarkan memo mengarahkan syarikat telekomunikasi tempatan mengenakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus terhadap pelanggan pra-bayar bermula 1 Julai ini.

Sebaliknya, kata Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, pihaknya masih berbincang dengan syarikat telekomunikasi tempatan berhubung perkara itu bagi mencari jalan penyelesaian terbaik agar pengguna terus mendapat perkhidmatan komunikasi pada harga berpatutan.

Penulis berharap agar tidak perlulah pengguna pra bayar dikenakan cukai 6% ini. Biarlah ia sekadar perbincangan saja. Harap-harap yang membawa maksud berpatutan itu bukanlah juga cukai 2% atau 3%. Dengan tidak mengenakan cukai-cukai perkhidmatan ini tak akan miskin syarikat seperti Digi, Maxis dan Celcom.  Dekat-dekat PRU13 ini janganlah menambah beban kerajaan nak menjawab pelbagai isu. Cukuplah isu-isu sekarang yang membebankan. 


17 March 2012

Bagaimana kalau semua Naik?

Anda boleh membayangkan suasana ini bila anda mendapat berita;

1.  Bantuan 500, BRIM kepada isirumah yang layak. Gembiranya isi rumah di Negara ini. Dapat sikit meringankan beban. Beruntung sangat rakyat Malaysia. 

2. Bantuan sekolah kepada pelajar RM 100.00 seorang. Menggembirakan ibubapa.

3. Boucher Buku 1 Malaysia kepada mahasiswa. Gembira mahasiswa

4.Begitu juga kedai-kedai Rakyat  1Malaysia dan kedai ikan 1 Malaysia.

5. SBPA di mansuhkan yang melibatkan 1.4 juta penjawat awam. 1.4 X 3 orang ahli keluarga dalam satu rumah bermakna  4.2 juta orang gembira.

Rakyat sangat suka. Mereka puji semua usaha kerajaan ini. Jadi kita jangan mensia-siakan harapan rakyat. 


Namun bayangkan anda menerima berita ini;




1. Pembantu  rumah dari Indonesia yang mula di hantar ke Malaysia bulan depan hanya melakukan satu tugas khusus di rumah bakal majikan. Bayangkan memasak, mengasuh bayi, menjaga orang tua dan mengemas rumah dibayar gaji RM 700 seorang. Bermakna kalau anda memerlukan pembantu yang melakukan semua kerja itu maka anda kena membayar RM2,800 (untuk 4 orang). Hebat syarat Negara Indonesia sehingga berjaya membuat tuntutan itu. Nampaknya kita kena cari alternatif lain supaya tidak menggunakan amah Indonesia.

2.  Cukai perkhidmatan prabayar 6% pada Julai ini yang memberi kesan kepada 26 juta pengguna perkhidmatan prabayar di seluruh negara. 85% pengguna Digi,77% pengguna Celcom dan 74% pengguna Maxis. Bermakna syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi dapat meningkatkan keuntungan mereka sekitar 2 hingga 6 peratus. Mari kita kira berapa pengguna dari golongan warga tua, mahasiswa, remaja, isi rumah, golongan profesional, ahli perniagaan, dan lain-lain lagi. Agaknya jika 26juta pengguna ini mengundi apa kesannya?

3.  Bayangkan kalau harga minyak naik sekali lagi sebelum pilihan raya ini? atau harga gula, minyak, tepung beras dan barang-barang keperluan asas naik. apa kesannya?

4.   Harga rumah yang naik mendadak di bandar malah di pinggir bandar juga mencecah 300 ribu ke atas mengundang masalah terutama golongan pembeli muda yang dijanjikan skim rumah pertamaku sekarang. 

5.  Bayangkan jika SBPA tidak mansuh maka  1.4 X 3 orang ahli keluarga dalam satu rumah bermakna  4.2 juta orang bersedih. Dan mungkin akan kehilangan 4.2 juta pengundi (jika mengundi).

Cadangan saya dalam tinta ini, agar dekat-dekat pilihan raya ini janganlah diberitakan hal-hal yang naik ini. Minyak dan harga barangan ini janganlah naik dulu. Pengguna prepaid misalnya yang berjumlah 26 juta itu kalau 50% mengundi apakah kesannya?. Dari segi gerak saraf dan perang saraf umumlah berita-berita yang Kerajaan dekat dengan rakyat. Anda akan melakukan kesilapan jika tidak berhati-hati. Fikir-fikirkan cadangan penulis ini. Jadi media massa yang di kuasai kerajaan sekarang jangan terlalu ghairah 'memberita' kerana kesannya kepada rakyat sangat cepat sekali. 


15 March 2012

Layakkah "State of Israel" diberi jaminan Keselamatan?

Wawancara WSJ, 26 Januari 2011 Anwar Ibrahim menyebut "I support all efforts to protect the security of the state of Israel," said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.

"State of Israel'  dan jaminan keselamatan Israel itu tentu menarik untuk dikupas dan diperhalusi sebagaimana tulisan Nordin Kardi, Menghalalkan State of Israel Kenapa Anwar begitu bangga menyebut “State of Israel” itu? Apakah beliau mengiktiraf Negara Israel yang tidak wujud?  Apakah jaminan keselamatan Israel yang dibanggakan Anwar itu? Apakah seperti di bawah?





11 March 2012

Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama?

Anwar Ibrahim tentu kecewa kerana tidak setaraf
Presiden CEUPACS duduk bersama PM. Awnar Layak duduk
bersama Paul Wolfowitz dan 3 Presiden Israel sahaja


Tahniah kepada Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang berusahabersungguh-sungguh menyelesaikan isu  dan polemi Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) selepas ia dibatalkan dan penggajian diteruskan mengikut Sistem Saraan Malaysia (SSM). Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengenai perkara itu melegakan dan menggembirakan lebih 1.4 juta penjawat awam di seluruh negara. 


Kenaikan gaji itu adalah adil dan saksama serta memberi kebaikan kepada semua penjawat awam kerana SBPA membentuk jurang antara kumpulan pengurusan dengan kumpulan utama.

Mana Anwar Ibrahim dan Nurul Izzah?
Pelarasan gaji berdasarkan Jadual Gaji Matriks (JGM) SSM itu menyaksikan Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Pelaksana Gred 1 hingga 54 menikmati pelarasan sebanyak 13 peratus.

Gred Utama dan Gred Khas C, B dan A akan menikmati pelarasan sembilan peratus, Turus III dan II (lapan peratus) dan Turus I serta Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Selain itu, kadar COLA bagi kawasan B (di antara bandar dan pedalaman) dinaikkan daripada RM200 kepada RM250 sebulan, manakala untuk kawasan C (pedalaman) daripada RM100 kepada RM150.  Pelarasan gaji itu berkuat kuasa 1 Januari lalu yang mana penjawat awam akan menerima gaji tertunggak. Difahamkan, gaji baru akan dibayar sama ada akhir bulan ini atau bulan depan
.

Bersusah payah Datuk Omar Osman dan 'teamnya'mendesak pimpinan kerajaan agar kemelut SBPA di selesaikan, tiba-tiba manusia yang bernama Anwar tampil kedepan selepas pengumuman PM "merekalah yang menyebabkan SBPA dimansuhkan". Apakah Anwar anak beranak terlibat dalam sesi perjumpaan dengan PM bersama Ceupacs? setakat bercakap tumpang kritik semua pihak pun berbuat demikian tanda rasa tidak setuju. ini dinamakan "Lembu Punya Susu, Sapi Dapat Nama". 


Nota: Dekat-dekat PRU13 ni kena tengok semua perkara. 1.4 juta penjawat awam dicampur dengan seorang suami/isteri dan dua anak dalam satu keluarga berapa agaknya undi yang ada? 1.4X3 =4.2 orang. mungkin sebab itu dibatalkan dahulu.